Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Jan-2011 00:32 Email | Share | | Bookmark
Bergambar untuk Kenangan

 
 
Entry kali ini hanya kenangan gambar Atikah dan Azalia semasa kami Cuti-cuti Port Dickson bulan Disember yang lepas. Sebenarnya kami hanya pergi ke PD tanpa perancangan oleh yang demikian percutiannya hanyalah sekadar untuk tidur di hotel atas permintaan budak dua orangtu... Jadi layanlah seadanya gambar-gambar kami yang tidak seberapa ini hanya untuk kenangan....


Betapa comotnya budak dua orangnikan tapi sebabkan dah kelaparan kami redahjer...


Kemain seronok lagi budak dua orangni dapat tidur hotel padahal hotel budgetjer.. kalau hotel mahal entahler seronoknyer camnerkan.. namanya budak-budakkan...


Dik Ya berposing sakan....


Atikah ngan posing ala-ala seksi...


Acara minum susu....


Dik Ya semasani begitu kemaruk nak bersekolah di Genius Aulad.. kalau kata "buat cam Genius Aulad" giniler aksi dia..


Ini pula hanya gambar Atikah dan Azalia semasa kami membuat lawatan ke Tugu Peringatan Negara...

Salam Sayang....
CHO ZILA
Jom Takaful....


Friday, 7-Jan-2011 14:36 Email | Share | | Bookmark
Konsert Tadika Permata Riang....

 
Tempat : Kelab Golf Kinrara
Tarikh : 28/11/2011
Xtvt : Konsert tahunan dan Majlis Graduasi Tadika Permata Riang

Kisah bulan November yang lalu... Tadika Atikah telah mengadakan konsert tahunan dan Majllis Graduasi di Kelab Golf Kinrara pada 28/11/2010 dengan jayanya. Teman memang begitu teruja sekali untuk melihat Atikah pada hari tersebut memandangkan sebelum konsert tersebut berlangsung setiap hari dia akan berlatih dengan penuh semangatnya. Jomler kita layan terus gambar-gambar yang terakam pada hari tersebut....


Atikah sebelum persembahan dengan muka kena bangunkan dia dari tidur...


Guru Besar Puan Sathiya sedang berucap...



Inilah sahaja acara untuk kanak-kanak berumur 4 tahun bertajuk "I can dance", seronok tengok budak2 kecik menarikan nampak cute sesangat walaupun ada salah serba sedikit.......



Also i can dance....



Ini pula acara budak lelaki kelas Minnie( umur 4 tahun) tapi yang girlsnyer masih atas pentas...


Ini aksi-aksi budak kelas yang lain pula... bermacam-macam gaya best tengok...


Ini tarian bollywood ngan penyampaian ijazah tadika...


Azalia ambil kesempatan bergambar dan diapun teruja nak buat persembahan ....


Atikah selepas persembahan....


Jom kita balik..... berakhirlah penantian teman untuk melihat Atikah berada di pentas...

Entryni entah berapa kali tertangguh jadi pada hari ini keluarkan sahaja gambar yang ada walaupun tidak berhias bagai... namun ini hanyalah secebis kenangan yang begitu indah dalam kehidupan .... Semoga anak-anak ini akan menjadi anak yang boleh dibanggakan pada suatu masa nanti.. Teman nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA..... Semoga tahun 2011 ini akan memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua.. Tahun ini Atikah tidak keseorangan lagi ke sekolah kerana kini Azalia juga akan bersekolah, namun tahun ini akak memilih Tadika Genius Aulad yang baru dibuka di Bandar Kinrara... Semoga mereka berdua akan gembira di Tadika yang baru ini....


Salam Sayang
CHO ZILA ...


Friday, 17-Dec-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kenduri kahwin lama dah....

 
Sebenarnya ini gambar kenduri kahwin pada bulan November yang lepas tapi
disebabkan kemalasan teman dahulu gambarni terperam sebegitu lamanya.. Sebenarnya
banyak juga kenduri kahwin yang berlangsung setiap minggu (tanpa mengira cuti sekolah dah sekarangni) tapi entah kenapa kenduri kahwin di Kampung Pandan ini teman terlebih rajin mengambil gambar. Sementelah pula dua orang model teman yang comel tu pulak kemain suka lagi berposing haritu... JOMler kita tengok-tengok...

Tempat : Kampung Pandan
Tarikh : tak ingat tapi sekitar awal bulan November


Dik Ya berposing sebelum pergi kenduri.....


Ika berposing lak....


Dua beradik cuba berposing TERBAIK punya..


Pelamin dan bungga manggar kenduri.. Bunga manggarnya guna gula-gula jadi masa lepas digunakan untuk mengarak pengantin habis licin dikerjakan oleh budak2 kat situ...


Ika masa kenduri kahwin tersebut..


Jom beraksi depan pelamin pulak..

Quote:

Header baru fotopages kami, untuk menaikkan semangat bercerita di fotopages yang banyak kenangan ini. Amin......



[color]Salam Sayang....
Cho Zila [/color]


Thursday, 9-Dec-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga di Taman Pertanian Malaysia

 
Tempat : Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam...
Tarikh : 13/11/2010
Xtvt : Hari Keluarga PTGS.

Ini adalah xtvt kami sebulan yang lepas iaitu Hari Keluarga tempat kerja suami teman PTGS yang berlangsung di Taman Pertanian Shah ALam. Oleh kerana anak-anak teman belumpun pernah masuk ke taman pertanian ini (dulu Bukit Cherakah dan Bukit Cahaya Alam rasa namanya) teman kata kat suami teman jomler kita join kali ini hari keluarga. Lagipun budak-budaktu dah besar sikit dan rasanya mesti seronok dia dapat berkenalan dengan ramai orang dan dapat melakukan pelbagai xtvt. Jomler seperti biasa kita layan sahaja gambar yang ada pada hari tersebut...


Ni waktu menunggu bas untuk masuk kedalam. Kami dah tiba seawal pagi lagi. Budak-budakni dah meragam nak balik sebab dah jenuh menunggu..

Tempat berlagsungnya acara hari Keluarga ini di belakang taman haiwan dan bas itu cuma menghantar kami setakat taman haiwan untuk ahli keluarga sama-sama menengok haiwan yang ada di situ. Sebenarnya boleh sahaja bastu hantar kami terus ke lokasi kejadian, saja nak mendera kami dahler haiwan yang ada tak sebanyak mana... Atikah kata kenapa zooni sikitjer binatangnya. (pst dalam hati teman orang sebelah rumah temanpun der bela ayam ngan burung)... Tapi yerler jugakkan kos nak bela haiwanni bukannya murahkan....

Kesian anak teman menunggu badutni bagi belon ikut ayah dia gituler bukan nak disergahnya baduttu, ye lah anak teman yang datang dulu senang2 mak orang mintak untuk anak dia.. teman datang terus dapat. Atikah kata "ibu hebat"

Acara mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, tapi Azaliapun masuk tapi dia mencotengjerler. Yang penting kerjasamakan dan dapatlah hadiah saguhatikan...

Acara puzzleni rasanya Atikah tak berapa nak reti.. keh!keh! nasibler ahli kumpulanni...


Acara rebut gula-gula.. untuk 3 tahun dan kebawah, yang merebutnya bukannya anak-anak tapi mak budak sebabnya anak-anak semua tak nak lepaskan tangan emak takutkan badut... emakpun apa lagi ambik kesempatan.. Azalia cakap "dik Ya tak dapatpun ibu, tersepit" ....


Kita mandi dulu... Inilah yang ditunggu oleh anak-anakku pada hari tersebut sebab dah lama sesangat tak bawak diaorangni pergi mandi-mandi.. Sebenarnya banyak lagi acara di sediakan tapi budak-budakni dah tak boleh tahan tengok kolam renang, apalagi terjunlah..

Salam Sayang
CHO ZILA



Tuesday, 30-Nov-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
MaKaN-MaKaN plus sambut harijadi

 
Xtvt : Birthday Haziq, Nurin, Naufal, Azalia dan Sofea
Tempat : Rumah Mak Usu, Shah Alam
Tarikh : 31/10/2010

Kejadian ini berlaku hampir sebulan yang lepas namun disebabkan kemalasan dan kesepian yang terbawa-bawa (tengok fpni sunyi gilesss temanpun rasa macam sunyi gak) maka baru kini kisah ini dapat dipublishkan. Dan yang pasti selepas ini entry yang akan ditayangkan tanpa mengambil kira turutan masanya lagi.. hentam sahaja janji dipublishkan cerita yang menjadi kenangan kami sekeluarga.

Selepas melihat entry yang lepas-lepas di dalam fotopages sendiri, teman terasa KERINDUAN yang amat sangat sebabnya banyak juga acara yang tidak di masukkan di sini walaupun dah ada yang di masukkan di dalam album Facebook. Macam sesuatu yang tidak lengkap rasanya lagipun gambar-gambar tersebut teman hanya masuk di dalam fb Atikah dan Azalia sahaja bukan di dalam akaun teman. Oleh itu teman rasa walaupun kawan-kawan dan adik-adik semua dah semakin melupakan fp namun teman mesti gagahkan diri untuk terus bercerita di sini, INSYAALLAH.

Oklah, berbalik pada kisahnya seperti tajuk di atas majlis ini cuma makan-makan sambil menyambut harijadi untuk anak-anak yang lahir pada bulan Oktober. Kebetulan pada hari tersebut keluarga suami teman berhimpun di rumah Busu untuk sama-sama pergi ke majlis bertandang Mr K dan Aida di PKPS, Shah Alam. Oleh yang demikian teman dan ibu-ibu yang lain bercadang untuk buat majlis tersebut untuk kenangan kepada anak-anak.




Quote:
Dalam pada majlis yang berlaku secara segeratu teman masih sempat mengorder coklat dari sahabat baik teman di ZATI. Bukan sahaja budak-budak yang suka tapi emak/bapa dan atuk/nenek pun suka sesangat berebut nak cari karekter yang disukai. Thanks ZARA COKLAT sebab hasil kerja yang memang amat teliti sesangat...

Inilah coklat-coklat yang telah di order untuk buah tangan kepada semua yang datang.



Gambar anak-anak yang diraikan pada hari tersebut semoga kalian akan menjadi insan yang dirahmati dan berjaya dunia dan akhirat.... Amin....


Makanan yang terdapat pada hari tersebut yang sedap-sedap belaka. Hari itu kami dapat makan laksam, satay, kuih muih juga pencuci mulut berupa air buahan koktail juga buah tembikai.


Gambar Nurin ngan Sofea iaitu adik beradik yang lahir pada bulan Oktober.


Gambar dua pupu Azalia dan Sofea yang lahir pada bulan dan tahun yang sama. Juga gambar Azalia yang telah menunjukkan baju yang dia dapat dari MAK JANA sekeluarga dan pinggan dan cawan dari family Juan. Terima kasih daun keladi...


Upacara buka hadiah...Azalia bergembira dengan hadiah yang dia dapat daripada semua. Yang paling kelakar ialah hadiah dari pengantin baru yang sepatutnya diberikan kepada anak saudara lelaki dia tetapi disebabkan mak pengantin silap teknik diberikan kepada Azalia. Dan hadiah itu yang berupa mainan transformertu yang paling dia suka walaupun banyak hadiah yang sesuai untuk girl...



Budak-budak bergembira bermain buih sabun. Tapi teman punyalah kedekut belikan untuk Atikah dan Azalia sahaja..isyh teruk betoiler. Nasib diaorang tak kisah untuk berkongsi bermain bersama-sama.


Salam Sayang
CHO ZILA


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net