Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Dec-2009 03:52 Email | Share | | Bookmark
~♥~ Marilah Bergambar dengan ATIkahazaLIA ~♥~

 
 
 
View all 29 photos...
jom layan xtvt kami... Sekadar melayan xtvt kami seminggu lepas, gambar hari raya aidil adha boleh tak der tak perasan langsung. Macam biasa inilah gambar 2A yang terakam di bermacam-macam tempat... Moh kite!!




Hanya Azalia mengikut kami ke Sunway Pyramid haritu sebabnyer kakak dia dah dihantar ke Gombak seminggu sebelum hari raya. Oleh itu kemain manja lagiler Azalia selama seminggu.






Aksi 2A dengan kasut-kasut mereka....







Singgah sekejap di Taman Tasik Titiwangsa, tapi menakutkan ajer sebab budak dua orangni dah macam nak terjunjer dalam airtu.



Belonnyer dia nak tapi nak suruh dekat ngan baduttu, memang tak nak. First time pegi Wangsa Walkni, okler kot ramai orang, parking masih free lagi.
Simpanan PENDIDIKAN Takaful
CHO ZILA (019-210 4240)
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG

wakil takaful IKHLAS


Monday, 23-Nov-2009 06:48 Email | Share | | Bookmark
Aksi kami ~ ibu saya dapat pegang kamera

 
 
 
View all 13 photos...

Ini cerita-ceriti kami dikesempatan ayah 2A membenarkan teman memegang kamera secara automatik anak-anak teman teruja nak bergambar. Jadi inilah hasil kerja tangan teman, layan ajerler gambar-gambar yang ada ini.



Aksi 2A dengan basikal hadiah dari nek Jang, tapi basikalni tinggal rumah moyang 2A kat Gombak. Kiranya kalau ke Gombak sahaja 2A dapat bermain dengan basikal ini. Semingguni puasler Atikah pusing-pusing dalam rumah (sampai moyang dia kata boleh masuk world record kayuh tak berenti-renti) sebab Atikah duk kat rumah moyang dia dari semalam hingga hari rayaler.



Aksi 2A di rumah sendiri dengan koleksi buku kesayangan dan jugak gambar kawin teman kat belakangtu ( tak bergantung lagi selepas mengecat rumah raya yang lepas). Perasan tak gambartu adalah jahitan x-stich iaitu satu-satunya hasil kerja teman yang boleh dibanggakan.



Atikah ngan microfon hadiah dari McD, perasan menyanyi penuh perasaan. Memang sekarangni suka sangat menyanyi dan suami teman kata menyanyi cam mat salleh yang nyanyi dalam rancangan yang Redza jadi pengacara (rancangan apa yerk!!) dan artis kena teka tajuk lagu... dah ler lirikpun dia ubah secukup rasa. Nak cerita Azalia terer sikit menyanyi dari Atikah dari segi sebutan dan jugak irama berkemungkinan kerana pengasuh Azalia ada anak yang selalu masuk pertandingan menyanyi dan selalu menangpun, jadi selalulah berlatih menyanyi kat rumah.



Gaya terkini Azalia yang pantang nampak kamera tangan dia mulaler jadi cam gitu.



Ni aksi Azalia lagi...



Aksi kedua-dua puteriku dengan bangganya tak berbaju nak jugak bergambar, tengokler gigi Atikah yang dahler jarang tak berapa nak putih lak tu, Azalia pulak ngan muka berconteng dengan kalor krayon yang dibuatnya lipstik..pekap2. bahayakan!!

Quote:
http://kids.niehs.nih.gov/color.htm
Sajaler nak kasi link untuk anak-anak mewarna...



Simpanan Pendidikan Takaful IKHLAS
CHO ZILA ( 019-210 4240 )
BaNdAr KiNrArA, Puchong


Tuesday, 17-Nov-2009 07:12 Email | Share | | Bookmark
Majlis Harijadi Nek Jang...

 
 
 
View all 5 photos...

Hari sabtu yang lepas berlangsung sambutan harijadi untuk mak saudara suami teman di Jalan Melati, Gombak dengan meriahnya sepadan dengan pertambahan usia. Nek Jang itu adalah adik kepada emak mertua teman yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek mertua temanler. Majlis di mulakan dengan marhaban oleh grup yang di sertai oleh nek Jang jugak namun kali ini tiada baju seragam marhaban dibenarkan kerana terdapat pertandingan siapa yang paling the vogue. Ulasan cerita juri-juri awam bertelagah untuk mencari pemenang boleh dibaca diblog SUZANA ,memang kelakar sangat. Hadiah diberikan kepada 5 orang pemenang yang bertuah dan ketua jurinya adalah suzana~ adik ipar teman. Makanan seperti biasa kalau dirumah Nek Jang memang best-best belaka dan macam-macam ada... Jadi layan ajalah gambar yang ada ini dan dikesempatan ini mohon maaf kerana dah lama tak hapdet fpni.


Selamat Hari Jadi Nek Jang tak kira yang keberapa semoga kehidupan Nek Jang akan bertambah berbahagia dan sejahtera hendaknya. Ini gambar Atikah ngan sepupu dia Naufal menyampaikan hadiah sebagai cenderamata untuk hari jadi nek jang tahun ini.


Grup marhaban yang sporting dan juga penyampaian hadiah untuk pemenang pakaian paling vogue juga gambar cup cake yang cute itu. Lagu panjang umurmu dinyanyikan bersama grup marhaban tersebut memang kelakar sangat rasanya.


Upacara bukak hadiah yang gamat dihadiri oleh ahli keluarga sahaja dan itulah hadiah2 yang nek Jang dapat pada hari tersebut. Gambar cik Aty ngan hadiah yang diberikan kepada nek Jang.


Sana-sini gambar besday ini, yang pegang mangkuktu orang yang kasi hadiah bukan yang diraikan... dan ituler beg hadiah dari kami orang kinrara dan jugak kain berwarna biru yang kami berikan kepada nek Jang, nasib nek Jang suka.


Ini pulak gambar puteri kesayangan hamba yang pada hari tersebut. Cadang nak tukarkan baju tapi malas punya pasal comotler anak teman haritu, takper janji diaorang hepi jumpa sedara mara kebanyakan sepupu suami teman dan jugak dua pupu, sebab sepupu 2A sebelah ayah dia hanya ada 3 orangjer.

Simpanan Pendidikan
CHO ZILA (019-210 4240)
BaNdAr KiNrArA


Wednesday, 4-Nov-2009 02:58 Email | Share | | Bookmark
Hujung minggu di Bukit Jelutong

 
 
 
View all 4 photos...
Hujung minggu sudah teman dan 2A bermalam di rumah adik teman di Bukit Jelutong, Shah Alam kerana emak ngan apak teman ada kat situ. Jadi kiranya best gilerler dapat jumpa my parents ngan adik2 teman juger anak sedara tapi tak semualer yang ada dan paling best ialah dapat makan masakan emak teman.. Dan yang bestnyer dapat makan durian kampung yang memang power, terangkat dan melekat dan yang penting dapat gak makan pulut durian.. eee!! kenapaler lupa nak snap gambo... layanjerler yerk....





Ini gambo Atikah ngan Marcela semasa dalam perjalanan nak pergi rumah sepupu teman di Kajang. Sepupu inilah yang paling rapat dengan teman sebenarnya semasa di Ipoh dulu tapi semenjak dua2pun merantau kesini kitaorang dah tak serapat dulu lagi.



Ini pulak gambar anak2 teman ngan sepupu dia kat taman dan jugak gambar ngan Marcela yang nak pergi konsert tahunan tadika dia. Kami tak boleh nak ikut sebab tahunni konsert dia buat kat kelab golf mana tah yang memerlukan tiket untuk menonton, tahun lepas boleh ikut...



Inilah sebabnyer my parents datang sini sebab ada kenduri kawen sepupu teman yang dapat orang Taman Bakti, Ampang kot idak tak nak dia mai..




Selalu bila dah emak ngan apak teman tak dekat nak sangat ada gambo dengan deme tapi gituler bila dah ada depan mata selalu terlupa. Geram betoiler, 2A pun tak der bergambo dengan atok ngan opah. Takperler ni ler emak ngan apak teman masa nak balik Perak tapi teman takder hari isninkan kerja... adik teman yang pompuantu ambik cuti hari isnin.

Yang Terbaik untuk dirimu..
CHO ZILA (019-210 4240)



Wednesday, 28-Oct-2009 07:13 Email | Share | | Bookmark
♥Tara!! gambar kami di KLCC....♥

 
 
 
View all 4 photos...


Salam semua.. ini adalah gambar di KLCC pada 11/10 yang lepas. Oleh kerana gambar ini tidak dikeluarkan lagi maka ini adalah kenangan 2A di KLCC tempohari, kiranya serdak2 gambarlerni.. Sebenarnya kami nak pergi Aquaria haritu tapi disebabkan Azalia takder mood haritu terpaksalah dibatalkan dan yang tak syioknya ialah dia hanya nak berdukung dengan ibunya sahaja, penatler teman.Yang peliktu mood dia cam angin kejap2 gelak terkekek-kekek sekejap lagi dah takder mood balik. Apapun layan ajerlah aksi 2A yang kalau boleh nak naik semua permainan yang ada macamler tak pernah mainkan.. tapi dari takder gambar baik adakan...



Kereta yang paling best sebabnyer adik boleh bawak kereta dan kakak boleh ambik2 order kononnyer kereta hot dog. Masa nak main mainanni ada pulak anak mat salleh tu masuk dulu,punyerler lama.. boringjer 2A tunggu.



Ni teksi yang sepatutnya muat untuk sorang tapi Atikah nak jugak masuk jadi terpaksalah duduk atas patung yang memang dah sedia ada jadi penumpang jadi sampai terjojoller kepala keluar.. kecoh budak dua orangni..



Atikah masa ini mendongak pandang lampu katanya, permainan ini untuk 3 orang baru berbaloi tapi disebabkan duit syiling ibu banyak haritu layan ajerlah.. nak main free baik kita gi Giant kinraratukan, tapi buruk-buruk belaka mesinnyer..



Serba pink pulak anak ibu azalia sayangni...


Ini pulak gambar serdak sehari selepas besday bash Azalia haritu yang kini telah jadi gambar untuk ticker besday 2A terkini...


Atikah dengan puzzle hadiah Azalia dapat tapi dia dah mengaku itu dia yang punya. Yang paling dasyat hadiah baju adik diapun kalau boleh dia nak sapu gak, nasibler satu panjang satu lagi comeljer. Tapi ada gak orang kata depani kembar..



Jenuh nak ambil gambar Azalia sebab masani dia tengah syiok memanjat.




Takaful keperluan masa kini...
CHO ZILA (019-210 4240)


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net