Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Oct-2009 01:33 Email | Share | | Bookmark
~♥ Majlis harijadi yang sederhana untuk Azalia ♥~

 
 
 
View all 5 photos...
Entry kali ini kisah majlis sambutan harijadi Azalia yang berlangsung di Shah Alam (rumah bapa saudara suami teman) pada 17/10 yang lepas dan majlis ini untuk Naufal dan Haziq yang juga lahir pada bulan Oktober. Majlis hanya dihadiri oleh kaum kerabat suami teman dan tambahannya cuma family adik teman yang duk kat Bukit Jelutongtu. Dan tentunya detik yang terakam ini untuk kenangan buat Azalia yang telah genap berumur 2 tahun pada 08/10 yang lepas. Teman sedikit terlewat menyiarkan kisah ini disebabkan kali ini teman mabuk gambar (terlampau banyak gambo) tapi tak banyak lak gambar ramai2 asyik2 muka anak teman ajer... Layanjerler yerk..




anak ibu sayang...semoga menjadi anak yang pintar dan membahagiakan selalu....


Aksi gedik santai dua beradik sebelum majlis, budak 2 orangni kalau rumah tok busu diani memang suka sebabnyer ramai yang nak melayannyer.. kalau azalia asyik kena dukungjerler, jadi senangler kerja teman haritu nak ambik cupcake ngan syu dan gak beli satay kat PKNS juga beli pizza hut kat SACC Mall.



Terimakasih untuk aishah untuk kek yang memang menepati keinginan walaupun order dah terlewat. Terima kasih kerana letakkan kat blog Aishah kisah kitatu walaupun nama akak salah sedikit janji ada zie.. kek azalia di blog aishah


Cup cake yang diorder khas dari syuhaiza fotopages dan yang paling tak sangka ialah sesuai sangat dengan kek princesstu padahal akak cuma cakap kat Syu janji budak2 suka tengok. Tp memang atikah dan azalia suka sangat2 dan naufal jugak. Kiranya semua orang sukaler Syu, dan terimakasih bagi diskaun lagi.



Keseronokan menyambut harijadi kerana gembira melihat kek yang berwarna-warni dan yang penting ada princess Belle kat atas kektu dan Syu thanks buatkan garfield yang cute bangat. Walaupun majlisni kolabrasi sambutan harijadi Azalia, Naufal dan Haziq tapi biasalah girlni memang lebih sedikitkan...



Aksi besday girl yang gembira, dah comot dan keletihan dan yang penting malamtu punyalah lena tidur kedua orang puteriku ini


Azalia dengan sepupu2 suami teman dan waktu ini kebanyakan family suami teman dah nak berangkat balik. Terimakasih untuk hadiah yang memang amat berguna untuk Azalia.


Aksi birthday girl selepas majlis.. baru tau lapar gamaknyer. Juga gambar jajan yang teman bagi kepada tetamu haritu..




Takaful Untuk Kebahagiaan
CHO ZILA (019-210 4240)


Tuesday, 13-Oct-2009 07:52 Email | Share | | Bookmark
~♥ ~ Hujung minggu yang best walah!! ~♥~

 
 
 
View all 5 photos...

Thumbs up untuk ayah 2A kerana berusaha menyeronokkan hujung minggu kami anak beranak. Maalumler susah dia nak bersetuju pergi bawak budak 2 orangni ke tempat yang ramai orang kerana sekarangni nak makan kat kedai sekalipun selalu dia mengelak. Biasalah dah namanya budak-budak memang tak kenyang makan kalau 2A mengikut belum lagi dengan tumpah air dan terjatuh dari bangkunya. Tapi minggu lepas kami bukan sahaja dapat bergembira di Genting Highland pada hari sabtu tapi keesokan harinya dapat pulak pergi cuci mata di KLCC. Yang paling penting sekali ialah gambar 2A memang banyak untuk edisi jalan2 kali ini... Jadi layanzzzzz


Aksi Atikah semasa mula sampai di Genting ngan ayah dia, masani teman pegi beli tiket. Teman beli yang boleh main semua indoornyer game dalam sehari sebabnya semua game tak kira kanak2 @ dewasa harga RM8. Kalau beli pakej keluarga 2 dewasa 2 kanak-kanak RM109, jadinya kitaorang main satu-satu game sampai 3 kalipun ada nak bagi RM yang dibelanjakan berbaloi-baloi...



Atikah dengan kuda angan-angannya ~ princess2kan selalu ada kuda.. sekarangni kalau tanya besar nanti Ika nak jadi apa "snow white" mak oooi... jadi doktorker, engineerke, ahli muzikker... jenuh.... Mula2 sampaipun dia dah menjerit "ee, tempat princessler ayah".


Azalia dengan aksi membaham ayam goreng McD yang memang tak freshtu (adakah di gentingjer~ dahler harga cam berganda2jer), Atikah dah lelap dah masa ini kat sebelahtu. Gerun tengok cara Azalia makan.. adaker yang nak buat menantuni???


Inilah Azalia dengan aksi2 spontan dicampur ngan cakap selamba dia yang kadang2 tak percaya dia baru 2 tahun (maalumler Atikah dah 2 tahun lebih baru terer bercakap tapi sekarang dah jadi cam scha dalam awan dania.. pot pet pot pet tak berenti22).


Ini pulak Azalia dengan ibu dia. Azalia kelakar sangat semua permainan nak dicubanya, tanya kakak dia ada gak yang dia kata tak berani, Azalia bila tanyajer "Ya nak naik, Ya berani,"... teringat pengalaman pertama kali Atikah di Genting dulu, nasib beli tiket untuk satu permainan jer, dia macam nak terjun dari kereta rusa yang tinggitu.


Ini masa 2A naik monorail yang pusing sekeliling taman permain luar dan dalam, lebih kurang 20 minit gak kot. Masa kat sini dah membayangkan lain kali kita beli tiket out door lak, baru thrill sikit dapat rasa sejuk yang berkabuss2 tu.. dan paling teringin nak ambik gambo kat bas merah dua tingkattu.. (adaker tak beli tiket tak leh nak masuk dalam langsung~ ambik gambopun)..



Teman dan 2A kat luar.. tengok ajerler 2Atu "mengelenyor"(tak reti duduk diam), teramat payah nak mengambil gambo supaya beradab sopan sikit. takper janji boleh ambik gambokan...


Teman suka gambarni untuk 3 beranak, teman tengok ramai orang ambik gambo kat depan French Village(promosi jual barang Perancis kot) jadinya temanpun turut teruja. Tapi masa ni 2A sibuk nak tengok hantu yang keluar ambik angin sekejap dari rumah berhantuler kot!!. Azalia cakap adik Ya tak takutpun dia bye bye kat Ya...


Disebabkan 2A nampak seronok berada di Genting, teman dah berangan lebih2 trip yang akan datang kena tidur sana.. dicadangkan jugak untuk semua orang yang ada anak kecik, sebabnya ialah budak2ni mesti nak tidur atau berehat . Macam Azalia boleh tidur kat dalam trenjer, lepaihtu jenuh mendukungnya(tengokler dia leh tidor~ gambo ambik jugak) tapi takper janji hepi kan ayah!!


CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
"Bersama Kewangan Islam"


Monday, 12-Oct-2009 03:34 Email | Share | | Bookmark
~ Edisi suka-suki senang hati ~

 
 
 
View all 5 photos...
Kejadian berlaku pada minggu lepas sebenarnya, sewaktu kami balik ke Berjuntai Bestari (Batang Berjuntai ler tu) untuk melawat rumah yang sekian lama ditinggalkan. Kenapa tinggalkan rumahtu?? Kerana mak mertua teman (bapak mertua meninggal dunia tahun sudah) sekarangni tinggal dengan teman. Anak2 teman sebenarnya terpisah semasa teman pergi kerja kerana Atikah dibela oleh nenek dia manakala Azalia dihantar kerumah pengasuh. Jadi teman telah duduk sekali dengan mertua semenjak kelahiran Atikah dan bolehler teman katakan di sini betapa bertuahnya teman dapat mak mertua yang tak banyak kerenah dan begitu sporting sekali. Alamak melalutler pulak... Layanjerlah edisi teman kali ini...


Anak teman berangan2ler tu, suruh posing macam2 gaya dibuatnya.. sebenarnya banyak juga gambar yang kelakar teman ambik tapi disebabkan ini sahajalah gambar yang diberikan oleh suami teman layan ajaler kan.


Lihatler senyum anak2 teman itu, Atikah dengan lesung pipitnya dan nampak macam kakak sangat22kan... Harap2 begitulah hendaknya...


Seronok 2A dapat sorang satu bantal, sorang dapat ikan sorang dapat cili lepasni boleh kita masak ikan bercili... suruh senyum tapi tersengih last22 tak nampak mata. dahler matapun sepet...


Oleh kerana rumah Hanaz tak jauh sangat dari Berjuntai Bestari dan kebetulan dia menjemput teman pergi ke Open Housenya pada hari itu maka teman terjahlah rumah dia pada 03/09 yang lepas. Kiranya teman bernasib baik sebabnya suami teman ini idaklah selalu nak melayan karenah teman, syukurlah dapat juga bertemu muka dengan Hanaz yang memangler manis orangnya...

Quote:
Hanaz.. komenmu itu semasa akak dalam proses nak masukkan gambo .. jadinya maafkanler..


kasut Atikah yang kedua...
CHO ZILA (019- 210 4240)


Wednesday, 7-Oct-2009 04:29 Email | Share | | Bookmark
~♥~ Nurul Azalia binti Mohd Rafi kini 2 tahun~♥~

Besok 08/10/09, anakanda tercinta Nurul Azalia telah berumur 2 tahun, semoga kehidupan anakanda dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Azalia hendaknya menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapa juga keluarga tercinta. Ibu akan melakukan apa yang termampu dalam mendidikmu wahai anakanda yang tercinta. Layan ajalah gambar-gambar Azalia ini kerana teman belum ada perancangan untuk membuat majlis hari jadi dalam masa yang terdekat.






Azalia semasa masih di PPUM, betapa ibu dah tak sabar2 nak keluar dari wad masa ini. Kenangan nak mendapatkan Azalia akan terus menjadi ingatan yang berpanjangan.



Azalia semasa dalam pantang lagi belum balik Perak lagi masa ini, macam pandai kakak jaga tapi hakikatnyer semasa dalam pantang ini Atikah dah mem"baham" muka adik dia.. dan sampai kini ada tanda atas kening Azalia. Nasib tak nampak sangat, tapi temanni terasa sedih dan bersalah sebab tak boleh "protect" dia masatu



Azalia semasa kecil, best tengok tembam dan geram sangat tengok dia masani.



Masa ini Azalia berumur setahun, semasa ini dia dah tak berapa nak tembam dah tapi berbanding dengan kakak dia, Azalia lebih 'kenit' sedikit. Atikah cepat berjalan tapi Azalia cepat bercakap, betoiler kot teori kalau cepat berjalan maka lambat bercakap..



Aksi Azalia terkini yang makin lincah dan membuatkan hati teman ini terhibur dengan gelagat2nya. Azalia masih lagi menyusu badan walaupun tidak secara eksekutif tapi sekiranya dia bersama teman jarang sangat dia nak menyusu botol macam kakak dia.. Kelebihannya ialah Azalia kurang mendapat penyakit dan kekurangannya pulak dia asyik nak berkepitjer ngan teman, kalau ayah dia nak pujuk dia kalau menangis, dia cakap "nak ibu ajer"..

Al-kisahnya Nurul Azalia...
Quote:
Nurul Azalia dilahirkan pada 08/10/2007 melalui kaedah ceasarian di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa kandungan berusia 36 minggu. Pengalaman mengandungkan Azalia menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan kerana pelbagai peristiwa yang berlaku dan juga terpaksa tinggal di hospital selama 2bulan setengah disebabkan masalah "placenta previa" @ kita panggil uri bawah. artikel pilihan.

Pada permulaannya teman mengalami pendarahan semasa kandungan berusia 26 minggu dan dimasukkan kewad selama 2 hari dan diberikan cuti MC selama seminggu dan terpaksa datang untuk pemeriksaan seminggu kemudian. Selepas disahkan muri dibawah teman di masukkan wad sehinga menunggu waktu bersalin namun bernasib baik dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan yang senasib (selama ini teman tak terfikir langsung tentang masalah ini).

Pada minggu ke 28 pula berlaku satu pendarahan yang begitu banyak sekali sehinggakan teman disorong ke bilik bersalin sebagai persediaan untuk dibedah sekiranya darah tersebut tidak berhenti. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Teringat satu doktor yang menyuruh teman membaca surah "tabbad yada...." supaya dapat menghentikan pendarahan tersebut, dan teman juga banyak membaca doa nabi Yunus. Selepas kejadian tersebut teman dinasihatkan tidak banyak bergerak dan yang paling tak syioknya ialah teman tak boleh pergi ke tandas dan semua urusan di atas katil sahaja. Kesian kat nurse2 yang baik hati kat PPUMtu, betapa mulianya kerjaya mereka hanya ALLAH sahaja yang membalasnya.

Kini teman bersyukur semuanya selamat dan kenangan di PPUM itu menjadi antara kenangan terbaik yang pernah teman lalui, terimakasih kepada doktor, nurse dan yang berkaitan atas layanan yang diberikan selama teman di sana. Rasanya banyak kali teman bercerita kisah mengandungkan Azalia, kepada yang sudah membacanya sebelum ini teman mohon maaf..

AZALIA anak ibu.. inilah kenangan semasa mengandungkanmu sayang, moga anak ibu akan menjadi insan yang menjadi ikon kebanggaan semua dan dapat memberikan sumbangan kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia (tingginya harapan!!). Namanyapun ibukan.. namun harapan ibu yang satu ialah Azalia tetap menjadi anak kesayangan ibu sampai bila-bila.. selamat hari jadi yang ke 2, panjang lagi perjalanan hidupmu wahai anak tercinta.



Takaful Gaya TERKINI...
CHO ZILA (019-210 4240)



Monday, 5-Oct-2009 04:46 Email | Share | | Bookmark
~Bila Atikah & Azalia melaram.. letih gelak!!~

 
Ini aksi2 Atikah dan Azalia semasa berhari raya kerumah nek su dan Mak Zana dia.. Gambar2 adalah ehsan dari Cik Mira dan Cik Wani dan Atikah dan Azalia telah dimekapkan oleh Cik Nadia (semuanya sepupu husband teman). Sebelah suami sayani kalau ikutkan kecikjer familynyer sebab suami teman hanya 2 beradik dan adik ipar teman ada 3 anak lelaki dan teman lak ada 2 anak perempuan. Jadi yang rajin melayan 2Ani selalunya sepupu husband temanler, kebetulan suami teman adalah cucu sulung jadinya sepupunya ramai yang muda2 dan ramai yang perempuan. Jadi layanjerler...



Aksi dua beradik yang dapat spek mata yang baru dibeli..



Gambar 2A dengan Cik Ya...


Gambar Azalia ngan cik Ija ...


Gambar Azalia ngan cik Ya..


Gambar Azalia dengan cik wanie,,


Gambar Atikah dengan cik mira..

Takaful kini dan selamanya..
CHO ZILA (019-210 4240)




[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net