Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Sep-2009 05:28 Email | Share | | Bookmark
♥~Syiokknyer raya tahunni!!!!!~♥

 
Berakhirlah sudah ramadhan & syawal juga telah berlalu selama seminggu dan kini tibalah masanya untuk melihat gambar kenangan hari raya yang lepas. Hari raya kali ini adalah saat yang paling indah untuk teman kerana dapat berkumpul bersama adik beradik walaupun masih lagi bersedih dengan pemergiaan arwah atuk teman yang tercinta pada 09/08/09 yang lepas. Pada hari raya yang pertama di rumah kami diadakan majlis tahlil, tapi kesian jugak pada budak2 tak berani nak datang beraya sebab ada khemah kat depan rumah, family sebelah bapak temanpun ramai yang tak jadi nak beraya sebab ingatkan ada kenduri tapi tak mengajak. Jadi layan sajalah aksi2 kami beraya pada tahun ini.


Inilah gambar kami sekeluarga yang dapat diabadikan, disebabkan emak dan apak terlalu sibuk melayan tetamu yang datang. Pagi2 tak nak bersiap sedia itulah padahnya, ambik jer gambar dalam keadaan muka yang tak "semengah", tengokjerlah Atikah dan 2 orang sepupunya dah tak berbaju kurung dan baju melayu lagi. Tapi tetap best, cumanyer suami teman takder disebabkan dia tidur kepenatan jadi malas teman nak mengejutkannya.


Ini pulak gambar 2A ngan sepupu2nya tapi tak cukup sorang.


Inilah cucu2 Zakaria Ansari seramai 10 orang. Dari kiri Mikail (cucu ke-3 ♥ 9 tahun) memangku Azalia (cucu ke-10 ♥ 2 tahun), Harith (cucu ke-6 ♥ 5 tahun), Atikah (cucu ke-8 ♥ 3 tahun), Adriana (cucu ke-4 ♥ 7 tahun), Marcela (cucu ke-7 ♥ 5 tahun), Airin Sofea (cucu ke-2 ♥ 9 tahun) dan yang dibelakang Aiman (cucu pertama ♥ 11 tahun) dengan Adif (cucu ke-9 ♥ 2 tahun)... Tengokjerler adik2 teman punya anak semua dah besar2 belaka, macam sekejapjer masa berlalu.


Mak Su bersama dengan anak2 buahnya, satu2nya adik teman yang belum bertemu jodohnya. Kot idak cucu tok ngan opah mesti lebih dari 10ni.


Mak Su ni ambik gambo over dari anak buahnya, biasaler tu!!


Ini pulak gambar cucu2 ngan anak dan menantu perempuanjer. Dari kiri temanler, adik teman yang paling bongsu, adik ipar teman yang di Sitiawan, adik teman yang kat Ipoh dan paling kanan adik ipar teman yang di Bukit Jelutong..


Ini gambar Adif n Azalia yang teman ambik semasa sepupu2nya lain pergi sembahyang hari raya dimasjid. Baju Adiftu mak teman buat sendiri dari kain pelikat arwah atuk yang terlalu banyak tak digunakan lagi, teman tengok lawa jugak...


Tengokler aksi anak2 sedara temanni, dibulinya adik sepupu teman yang paling bongsu. Tapi teman sukaler gambarni sebab mengambarkan kemesraan antara kami masih terjalin walaupun jarang2 dapat berkumpul.


Melawat kubur insan tersayang memang sudah menjadi kemestian ketika hari raya, semoga roh mereka akan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Budak2tu duduk kat pondok yang menjadi tempat arwah atuk teman dulu2 selalu mengaji quran terutamanya dibulan Ramadhan, rindu pulak kat tuk sedangkan semasa dia hidup dulu jarang2 teman datang melawat. Jadi teman nak ingatkan diri teman sendiri supaya selalu menjenguk emak dan apak teman semasa mereka masih adani, jangan nanti menyesal dikemudian hari.


They say that time changes things,
but you actually have to change them yourself.
- Andy Warhol


Takaful Untuk Semua
CHO ZILA (019-210 4240)


Wednesday, 9-Sep-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
~♥ SeLaMaT hARi rAyA ♥~

 
 
Kepada semua yang di kasihi kini telah tiba Syawal setelah sebulan kita berpuasa, terasa cepat masa berlalu dan semoga segala amal ibadah kita diterima hendaknya. Sempena kedatangan Syawal ini teman ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan mohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap.


SeLaMaT HaRi RaYa



Disertakan kad yang telah diambil dari rumah adik2 maya ku..

Kad dari http://hanazmanis.fotopages.com/

Ini kad dari Hanaz yang rajin memasak.. wah raya sakan kat kampung nanti.

Kad dari http://aimanaqil.fotopages.com/

Sue.. seronok jumpa orang kampung di alam maya ini, kalau balik Parittu bolehler berhari raya ke Bota sekali. Semoga semua yang dirancang untuk hari raya ini akan mengembirakan hati semua...

Kad dari http://khazimahwalid.fotopages.com/

Imah terimakasih atas ingatan pada temanni, moga Imah akan berbahagia dengan anak-anak yang semakin membesar. Sikit lagi dah nak dapat menantuni...
Kad dari fiza

Kad daripada adik akak, Fiza yang comel orangnya. Terima kasih atas kad yang cantik ini.

Untuk adik-adik semua, teman doakan semoga sejahteralah hendaknya kita sempena kedatangan Syawal ini nanti.. moga kita semua akan beroleh kebahagiaan yang kita impikan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maafkanlah segala kesalahan yang telah teman lakukan selama ini. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya walaupun kita berjarak usia dan moga persahabatan ini akan terus kekal sehingga akhirnya.


Beringat Untuk Masa Depan:-
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com


Tuesday, 1-Sep-2009 02:45 Email | Share | | Bookmark
Anak Malaysia & jawab tag dari wani Kulim...

 
Maafkan teman kerana semakin sukar meng'update' fp ini kebelakangan ini.. terimakasih atas kunjungan semua. Temanni bercuti agak lama dari 2/9 sehingga semalam, terpaksa bercuti sebabnya masa hari raya hanya dapat bercuti sehingga hari raya ke-4 sahaja sedangkan teman dah menyimpan cuti.. kerja dengan orang macamtulahkan.. terimalah seadanya. Entry kali ini khas untuk mempromosikan kegigihan usaha kawan teman yang berada di perantauan dan teman hanya berdoa dari jauh untuk kejayaannya..
Promosi Solo Exhibition dari kawan teman orang Parit, Perak..

Untuk siapa2 yang berada di sana hadir2kan diri memberikan semangat untuk anak Malaysia kita yang mengadakan solo exhibitionnya yang ke 2 (rasanyaler).. Diani lecturer di UPSI, Tanjung Malim tapi sekarangni tengah melanjutkan pelajaran di Sheffield, UK. Inilah semangat anak merdeka yang perlu hadir kepada setiap dari kita, ingin memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Caiyokler Ury, yob parit kasi lopong mulut mat sallehtu. Isteri beliau pula merupakan anak Sarawak yang memang mempunyai kebolehan untuk mengambil upah membuat kek lapis dan rasanya dari sinilah datang idea tajuk Lapistu.. memandai2jer teman.. Aper22 layan ajalah entry teman kali ini..


Ini pulak tag dari Wani yang dapat tag dari Ika mummy Hazriq.. temanni benonyer malu sangat nak menayang gambo2 zaman dulu2, maalumler jahiliah sikit, ingatkan masatu lawa bebeno tapi tengok balik sekarangni memang gelak guling2, jadi ini gambar yang okler sikit... Tapi itulah nostalgia yang tak boleh dilupakan. Aci tak teman letakkan gambo teman umur setahun (dah publishpun sebelum ini), lagipun teman idak ada scanner bagai..Jadi terimalah seadanya... tajuk tag: flash back


Iniler teman berumur setahun, pandai jugak mak teman memilih baju... gambo hitam putih maalumler teman lahir era awal 70-an..

Ini pulak gambo teman masa muda2 dulu. Ni kira dah tapisni, kot idak lagiler kelakar zaman rock Battle of the Band.. seluar sesempit2nyer, rambut gel berkati22.. alahai


Ini pulak doa melindungi musibah wabak penyakit yang seumpama H1N1..

Takaful Gaya Terkini..
CHO ZILA (019-210 4240)


Wednesday, 19-Aug-2009 02:39 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan.. Pertingkatkan amalan...

 
 

bersalin itu indah~salindah~

Selamat Berpuasa untuk semua kawan2 dan adik2 yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah swt, moga kedatangan Ramadhan ini kehidupan kita semua akan beroleh bahagia dan sejahteralah hendaknya.. Seperti biasa temanni memang susah nak meng"update" dan men"touch up" fp temanni, jadiler terimalah seadanya.. harap2ler selepas ini teman akan ok dan dapat menjadikan fp temanni seglamer fp kawan2 semua yerk.. entah bilaler gamaknyer.. Maafler lambat sikit nak mengucapkan salam ramadhanni, tapi takper kan baru 3 hari kita berpuasa,,,

"May this Ramadhan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for you and your family" HAPPY RAMADHAN

Layan jer gambar yang dah berbulan lamanya...2A ngan baju princessnyer.

2A bergaya ngan skuter kesayangan ibu.

Harini senang sangat nak ambik gambar berdua..


Takaful Pilihan Semua...
CHO ZILA (019-210 4240)


Thursday, 13-Aug-2009 02:17 Email | Share | | Bookmark
Pergi tak kembali

 
Lagu "pergi tak kembali" dinyanyikan oleh Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani sering kita dengar dan seperti perginya Allahyarham Asri teman jugak sedang bersedih dengan kehilangan tok teman yang tercinta pada 08/08/09 yang lepas.. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh hendaknya. Teringat kata-kata tok teman pada bulan puasa tahun lepas "entahkan Ramadhan adalah yang terakhir tok, tuhan dah bagi dia umur yang panjang"...

Quote:
Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Inilah kenangan kami sekeluarga dengan Allahyarham tok tercinta.... Diambil pada hujung tahun lepas.

Teman menyepikan diri sekian lama bukan sebab apa2pun namun kerana tak banyak cerita untuk dikhabarkan dan kebetulan suami teman agak sibuk sekarang jadi kuranglah aktiviti 2A .. Ingatkan haritu 8/8/09 nak bergather2 ngan kawan2 lama sekolah Taayah di UPM dan lepas tu bergather2 ngan Hot Lovely Mom(HLM) di Putrajaya namun semuanya tinggal angan22, jadi makinler tak ada xtvt dan gambar 2A terkini untuk dipaparkan..
Ceritanya begini pada 7/8/09, teman dapat perkhabaran yang tok teman iaitu Tuan Haji Kamarudin dimasukkan wad di Hospital Changkat Melintang kerana cirit birit.. Oleh yang demikian semua perancangan yang sekian lamanya teman impikan terpaksa teman lupakan untuk menjenguk tok teman yang tercinta. Pada hari tersebut keluarga mertua teman mengadakan majlis tahlil sempena kedatangan Ramadhan ini maka teman berasakan adalah lebih elok teman balik selepas majlis tersebut. Walaupun emak teman mengatakan sakit tok teman ini tidaklah terlalu membimbangkan namun hati teman berasa serba tak kena. Teman cakap pada suami "kita balik jugaklah walaupun lepas majlis tahliltu, dapat tengok dia sekejappun takperlah.. janji balik".
Sepanjang perjalanan balik ke Perak teman berdoa dalam hati semoga semuanya baik2 belaka dan semoga Ramadhan ini teman masih lagi dapat mendengar suara dia mengimamkan sembahyang Terawih. Namun janji Allah adalah pasti tidak terlewat atau tercepat walaupun sedetik, Allah lebih menyayanginya.Teman cuma ketinggalan beberapa minit jer dari waktu kematian tok teman, namun teman berasa lega sangat2 kerana teman dapat menatap wajah terakhirnya di hospital sebelum doktor datang.
Tok teman meninggal pada pukul 6.00 petang pada 08/08/09 di Hospital Changkat Melintang, Bota, Perak meniggalkan banyak jasa dan kenangan.. Beliau dikebumikan pada keesokan harinya atas permintaan orang ramai memandangkan waktu maghrib dah semakin menghampiri.
Sebelum ini ada satu entry yang menceritakan tentang sambutan hari jadi tok teman yang ke 100.. itulah majlis yang pertama pernah diadakan untuk hari jadi tok teman dan merupakan yang terakhir untuknya.. Tiba2 teman terasa rindu pulak kat dia yang teramat sangat.. Cirit birit tu hanya sebagai penyebab sahaja dan kini dia tiada lagi. Tok teman ini dulu adalah Naib Kadhi yang pernah dilucutkan jawatan kerana engkar perintah sultan Idris Shah yang mengisytiharkan Perak berhari raya cepat sehari dari Persekutuan. Dulukan tengok anak bulan dan masa pengisytiharantu memang best berdebar2 tak macam sekarang dah ditentukan.. teringat masatu orang nak datang raya kami masih berpuasa dan tengah membakar lemang dan mengacau rendang.. tok teman tak nak mengimamkan orang bersembahyang hari raya pada masa itu dan diketahui oleh Sultan Perak. Tok teman dulu juga adalah guru besar sekolah agama rakyat di kampung teman (sebelum ada KAFA), teringat masa belajar masatu best sangat sebabnya tak stress macam sekarangni rasanyaler sebab dulu2 banyak bercerita, menyanyi , ada xtvt marhaban, nasyid dan pertandingan membaca al-quran.
Masa kecik2 dulu memang rapat sangat dengan tok temanni, tapi selepas opah teman meninggal tahun 1994tu hubungan kami agak renggang sedikit namun dalam tempoh setahun yang lepasni dia sekali2 tidur rumah mak teman hubungan kami kembali rapat. Setiap kali teman balik kampung memang dapatler jumpa dia dan yang spesialnya kami sembahyang berjemaah bersama dan setiap subuh ada kuliah subuh untuk kami anak beranak..
Ah! semua itu hanya kenangan...Berpisah sudah segalanya!! Yang tinggal hanyalah kenangan!! Diiring doa dan air mata!! Yang pergi takkan kembali lagi!! Al-Fatihah...

Takaful Gaya Terkini
CHO ZILA (019- 210 4240)


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net