Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Nov-2010 02:44 Email | Share | | Bookmark
Tadika Permata Riang, Bandar Kinrara

 
 
Entry kali ini cuma gambar kenangan Nurul Atikah dengan kawan-kawannya di Tadika Permata Riang, Bandar Kinrara, Puchong. Kebetulan tahun hadapan Atikah berkemungkinan akan bertukar ke tadika yang lain, oleh demikian sesuailah dengan tajuk album yang diberikan oleh cikgunya "Sweet Memories". Tanpa disedari dah setahun rupanya Atikah bersekolah di sini dan banyak juga perkembangan dia yang mengembirakan hati teman....


Atikah yang kelihatan agak tembam dan macam anak cha ya nun alif....
Ok pulak dia orang lain ambik gambar tak payahler mak dia nak membebel sebab susah sesangat nak ambik gambar dia, sebab diani tak reti duduk diam.. Moyang dia kata "Atikahni lenteng"....


Ini kenangan Atikah dan kawan-kawan kelas dia Kelas Minnie (umur 4 tahun), teman nak tergelak tengok stokin dia panjang sebelahtu...



Dalam album yang diberikan oleh cikgunya terselit juga gambar semasa "sports day" yang berlangsung sekitar bulan Jun di Kompleks Rakan Muda Puchong..


Juga terselit gambar salah seorang kawan dia sambut hari jadi. Dia cakap kek hari jadi dia lagi best, kenapalah cikgu tak nak ambik gambar... keh!keh!
Hujung mingguni tidak sabar rasa hati nak menengok konsert Tadika dia...

Alkisah masa dia nak tunjuk album ini... Teman baru balik dari kerja, dia dah tersengih-sengih menunggu depan pintu (kalau dulu orang tua marahkan nanti lambat orang meminang). Dia cakap "ibu ada surprise". Teman cakap "apa dia".. Terus dia tunjukkan album ini "SURPRISE",,,, buat suspenjer.


Quote:
Ni gambar budak dua orang yang baru balik dari KFC Fun Land di Giant Bandar Kinrara pada 20hb November yang lepas.. Sebabkan hari itu sedikit kelam kabut rancangan Atikah nak masuk pertandingan melukispun terpaksa dibatalkan dan yang paling rugi tak ambik gambar walaupun satu keping...


Layanjerler gambar budak berduani menconteng hasil buah tangan dari KFC. Sebab hari itu juga kami dalam keadaan penat tak sempat nak tengok Chicky potong kek birthday.. memang ralat tapi rasanya tahun depan ada lagi....



Salam Sayang ...
CHO ZILA


Friday, 5-Nov-2010 17:30 Email | Share | | Bookmark
Aida ♥ Mr K ~ Kau milikku

 
 
Tanggal 22hb Oktober yang lepas telah berlangsung majlis pernikahan antara Aida dan Khairul di rumah nenek mertuaku di Jalan Melati, Gombak dengan jayanya. Aida merupakan sepupu kepada suami teman. Oleh kerana teman menghadapi masalah nak mengambil cuti pada hari tersebut maka maafkanlah kak Zila wahai Aida tidak dapatlah meraikan hari bahagiamu itu...
Aida ini merupakan penutup majlis perkahwinan untuk keluarga Pak Long maka jemputannya lebih ramai dari yang lepas-lepas. Kebetulan pula Aida mempunyai ramai kenalan maka majlis perkahwinan hari ini juga dah menjadi majlis reunion kawan-kawan sekolahnya. So, layan sahaja gambar-gambar yang ada....



Inilah gambar hari pernikahan yang teman tidak dapat menghadirkan diri. Maka secara rasmi Khairul menjadi ahli keluarga Pak Long dan keluarga besar Nenek Fatimah Gombak... Moga ikatan kekeluargaan yang terjalin akan kekal selamanya....


Sebelum mekapkan pengantin, flower girl mesti dimekapkan dulu seperti biasa oleh Cik Nadia dan Mak Usu. Dan untuk memastikan flower girl menjalankan "duty"nya maka KITA MAKAN DULU....



Suka sangat dengan pelamin ini yang teramatler comelnya dan dipenuhi dengan bunga segar rasa macam berada di Cameron Highlandjer..


Ini adalah geng kipas dan geng tuala good morning.


Jom Karaoke kita... Bapak pengantinpun tak ketinggalan untuk menyumbangkan suara di majlis tersebut.


Inilah pengantin yang diraikan, indah berseri bergelar raja sehari. Semoga ikatan yang suci ini akan berkekalan sehingga akhirnya dan kekal bahagia dan sejahtera hendaknya.


Nampaknya dah tak sabar-sabar lagi budak-budak kenitni... Kaum bapa komen lipstik tak cukup kuatler.. Tapi tak sempat nak tambah lagi sebab pengantin lelaki dah sampai...





Gadis Bunga ini mendapat pujian kerana menjalankan tugas mereka dengan dedikasi.. Temanpun nak ucapkan terima kasih kepada pengantin yang sudi menghadiahkan terus baju flower girl yang cantik itu beserta dengan cekak dan stokin.. semoga di berkatilah perkahwinan korang sampai bila-bila...


Azalia dah keletihan langsung tidur di sofa sahaja, tanpa menghiraukan hiruk pikuk suasana kenduri..

Majlis di sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Shah Alam yang bertemakan biru.. Tapi tak berapa rajin nak ambil gambar dengan harapan dapat ciluk dari sepupu yang lain, rupanya semua orang tak berapa nak rajin macam teman juga. Tapi okler dari takderkan...


Hanya untuk ingatan kepada diri sendiri dan semua... Pada masa majlis yang berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai berlakulah peristiwa yang menyakitkan hati dan mungkin menjadi kenangan seumur hidup. Yang pasti setiap kali majlis berlangsung pasti perkara ini menjadi ingatan... Adik ipar teman dan jurusolek flower girls Cik Nadia telah kehilangan beg tangan yang sudah pasti berisi dokumen penting, duit dan juga handphone (blackberry lagi). Kalau yer pun nak ambik tolongler tinggalkan i/c, kad bank dan sebagainya supaya tidak menyusahkan orang nak melawat JPN juga bank.. Memangler menyusahkan. Kita selalu mendengar kisah kehilangan seperti ini di majlis perkahwinan yang mana ada insan yang rasanya bukanlah tetamu dan buat-buat macam tetamu mengambil kesempatan dari kelalaian sedikit kitakan(sebab kedua beg itu sudah disorok namun pencuri itu memang pakar)... Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita semua.... Jom tengok blog adik iparku yang ada kisah ini dengan lebih detail lagi http://najidfamily.blogspot.com

Sayang Kamu Semua....
CHO ZILA


Wednesday, 22-Sep-2010 05:15 Email | Share | | Bookmark
♥ SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI ♥

 
 



Salam Sejahtera untuk semua kawan dan adik-adik yang teman kasihi sekeliannya...
Lama menyepi kini kembali semoga akan meneruskannya sehingga bila-bila
di fotopages yang banyak kenangan.

Dah seminggu lebih kita berhari rayakan, sekarangni musim rumah terbuka pulakkan...
namun tak salah rasanya meninggalkan kenangan di hari raya pertama teman tahunni.
Teman tahunni beraya di Jalan Melati, Gombak rumah nenek mertuaku, hanya raya
kedua teman balik ke Bota Kiri. Kalau diikutkan tak banyak perbezaanpun berhari
raya di mana sekalipun, di sinipun dah meriah sekarangni. Kalau kat rumah nenekni
lagilah sebab duduk di kawasan yang bukan taman jadi tak terasapun beraya
di Kuala Lumpur. Jadi jom layan gambar kenangan hari raya kami tahun ini......


Antara gambar yang sempat terakam..... semoga ikatan kekeluargaan yang
ada kini akan bertambah kukuh dan kekal selama-lamanya.....


Gambar sebahagian dari keluarga, yang mula keluarga adik iparku, seterusnya
keluarga Pak Busu, dan seterusnya keluarga Ateh (Al-Fatihah untuk Ateh
yang meninggal dua hari sebelum puasa) dan akhir sekali keluarga teman
yang langsung tak bertema.....


Gambar keluarga untuk kenangan, yang pertama gambar Atikah dan Azalia
dengan nenek diaorang. Yang kedua dan ketiga adalah gambar nenek mertuaku
dengan cucu dan cicit lelaki dan perempuan. Yang terakhirtu gambar nenek dengan
Zana adik ipar teman dan Naufal.....




Keluarga suami teman memang suka berposing tapi rasanya tahunni
kurang sikit dari selalu.... tapi apa-apapun posing tetap posingkan.....
Ini gambar Atikah dan Azalia dengan sepupu ayah diaorang dan juga nenek
sedara juga....



Ini gambar Atikah dan Azalia dengan sepupu kesayangan mereka Naufal...
Gambar paksaan sebelum dapat main masak-masak


EH! rendang tak masak lagi.. camnerni nak raya??? Takper nasibler der
Chef kenit, kot idak tak raya kita tahunni.... Atikah memang berminat
sangat main masak-masak, dan kalau nak tau saluran kesukaan dia ialah 703 (AFC),,,
"ibu nak tengok rancangan masak-masak, kan besar nanti Ika nak jadi chef!!!"...
sejuk hati ibu ini, mana tau nanti chef yang berjayakan....

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )

http://takafulatilia.fotopages.com


Friday, 13-Aug-2010 07:04 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan untuk semua.... ♥♥♥♥

 
Salam kepada semua yang teman sayangi.. sudah lama bebeno teman idak mencoretkan apa-apa di sini disebabkan malas yang melampau ngan masa yang tak cukup2 dan yang paling tak tahan ialah gambar yang tak berapa nak ada.. entah ngapa sekarangni malas nak ambik gambar... Kesimpulan penyakit M dah teruk. Tapi teman harapler korang semua masih ingatkan teman yerk...

Sebelum lupa nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan moga ibadah puasa kita tahun ini akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Ok.. ni gambar yang pelbagai tempat dan keadaan... moga tak marahler yerk, kelam kabut sikit susunannyer sebab dah lupapun tarikh2 gambar di ambil.. janji teman dapat update cerita untuk fp tercinta ini....


Tarikh :
Tempat : IOI Mall, Puchong


Ni masa tengok wayang cerita Toys Storyler, tengok yang 3Dkan tapi tuler Azalia macam biasa hampir separuh cerita tidur sebab sebelum masuk panggung tak reti-reti nak tidur. Lepastu dah bangun tidur tak nak pakai spektu, tapi dia kecoh kata gambartu rosak... Atikah memang suka kalau dapat masuk panggung wayang, okjerler sampai sudah...


Ini gambar campur-campur Atikah dan Azalia di merata-rata tempat. Yang kentang putar-putartu terpesona ngan bisnes Salmah Melaka kawan fp kitatuler...



Masa dalam perjalanan nak balik dari Perak ke Puchong teman bodek-bodek suami singgah ke Jeramni.. Sue dan Nurul akak dah berjaya makan di Jeramni, Sue.. akak confidentjer ambik ikan ngan ketam ngan udang sebab akak dah budget belanjanyer dari Suenyer komen haritu. Thanks tau. Gambar tak banyak sebab budak dua orangtu buat hal, maalumler kat Tanjung Karang jalan jem sikitkan bosanler diaorang... bila budak buat hal, ayah budakpun asyik nak marahjer, temanpun hilang mood sikit, petangtupun hujan rintik2 lagiler tak leh nak bergambar sangat....


Ni xtvt budak berduani nampak lipstik ngan eye shadow, lantak korangler kan... ibu dia tak suka mekap tapi diaorangni pantang nampak... nanti jadi makeup artis cam nurul shukortu pulak...Makeup tak hengat



Ini masa balik Bestari Jaya (Batang Berjuntai) rumah nenek 2A sebab dah lama tak balik sini, sajalah tengok2 rumahkan.


Ini pulak pergi Hospital Selayang melawat Ateh buat kali pertama, pergi kali ke dua tak ambik gambarpun.. Nampak sangat kemalasan temannikan..
Al-Fatihah untuk Ateh (Aziyan bt Ahmat) yang kembali kerahmatullah pada 09/08/2010 Isnin lepas kerana penyakit kanser. Kali pertama pergi hospitaltu, Ateh kelihatan ceria sebab baru dipindahkan dari HKL, dia kata kat sini nampakler sikit pemandangan. Tapi kali kedua pergi melawat pada 07/08tu teman terkejut tengok Ateh yang dah kelihatan susut sesangat dan muka dia yang nampak sangat menahan sakit. Memang meleleh air mata tengok dia, sepanjang kami datangtu dia tak sedarpun sebab baru dapat suntikan morfin untuk menahan sakit.
Semoga Achik (suami Ateh) dan anak-anaknya tabah menghadapi kehilangan Ateh yang terlalu penyayang dan pengasih. Merindui saat-saat bersamanya walaupun Ateh hanyalah seorang mak saudara kepada suami teman... Al-Fatihah.

Ini gambar Ateh dengan Achik yang memang loving couple sampai hujung nyawa pada hari raya tahun sudah. Puasa tahun lepas Ateh selalu bercerita dia tak boleh makan banyak sangat dan macam ada masalah dengan perut dia... Semoga roh allahyarhamah Aziyan aman di sana....

Quote:
Dalam masa dua bulanni memang mencabar jugak rasanya, balik kampung sebab bapak teman masuk hospital, tapi sekarang dah ok. Cuma mak temanni pulak, adik teman cakap sakit lututnya menjadi-jadi, bila nak balik kampung lagini.. Terasaler bila duk jauhni, moga mak cepat sembuh. Semasa Ateh di HKL, mak dia (nenek mertua ku) juga dimasukkan HKL sebab pengsan @ tak sedar dalam jangka masa yang lama rupanya kandungan gulanya rendah sangat. Itulah yang nenek kata masa nak kafankan Ateh, ingatkan mak pergi dulu.. gitulah kehidupan kita ingat kita masih muda namun ajal maut Allah yang tentukan....

Sori Sue, akak gantung award yang dah lama dapatni sekarang ok... ampun....

Terima kasih untuk awardni....


Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 210 4240 )
http://takafulatilia.fotopages.com


Friday, 23-Jul-2010 03:15 Email | Share | | Bookmark
Jom main layang-layang....

 
Salam sejahtera sahabat sekeliannya. Sori mori lama tak update dan sori gk lama tak meronda.. entahler penyakit malas dan letih dah mari dah... tak pe harini gagahkan diri update cerita dua minggu sudah.. Jadi layanjer gambar yang tak sebarapa dari kamini...

Tempat :- Opps tak tau nama tamanni.. tapi femes orang main layang-layang
Tarikh :- 11/07/2010
Xtvt : Main layang-layang


Beli layang-layang sampai dua tapi bukan reti mainpun.. satu layang-layangjer di naikkan sebabnya kalau der dua susah nak kontrol... Ada sekalitu suruh Atikah pegang, dilepaskannyer jer... nasib sempat kejar kot idak umpama layang-layang terputus talinyer...




Budak berduani memang suka sesangat sebab dapat lepas bebas ....


Dah nak balik dah.. hari dah gelap.. dapatler main sekejap. ok ler tapi tamanni cam best jer kalau jogging...

Oklerkan.. sekian dulu untuk kali ini.. sue akak der dapat award tak ambik lagiker??

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 -210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS

http://takafulatilia.fotopages.com


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net