Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Jul-2010 01:11 Email | Share | | Bookmark
Majulah Sukan Untuk Negara

 
Piala Dunia dah hampir melabuhkan tirainya. Pasukan mana pilihan anda Belanda vs Sepanyol? Temanni hanya tau pasukan Kejo Yob Kejo jer tapi tahunni deme dah merapu meghaban, dah nak tumpo gamaknya. Isyh! merepek dahni, gini benonya entry kali ini tak berkaitan bolapun tapi pasal tadika anak teman mengadakan Hari Sukannya baru-baru ini. Jadi layan ajalah serba sedikit kisah kami pada hari tersebut.

Tarikh : 27/6/2010
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Puchong
Acara : Tadika Permata Riang Sports Day

Di sebabkan harini Atikah kena bersukan (cam sukan olimpik pulak yerk), teman masakkanlah sarapan konon nak bagi makan kenyang-kenyang. Lagipun mak mertua temanpun nak ikut sama jadi tak payahler nak singgah kedai makan menyusahkan diajer nak berjalan. Go Atikah Go!!

SEBELUM ACARA

Atikah yang nak bersukan tapi Azaliapun beria-ria nak pakai seluar dogging (dia tak lerh sebut j) jugak. Happy kemain budak dua orangni. Acara dimulakan pada pukul 9.30pagi tapi kena pergi awal sebab nak kena mendaftar dulukan.

ACARA PERBARISAN

Tadika ini ada 3 kelas - 4 tahun (kelas Minnie), 5 tahun (kelas Mickey) dan 6 tahun ( kelas Donald). Seronok tengok diaorang "marching" kelakar sesangat terutamanya kelas Atikahler yang teramatler kelam kabut. Maalumler budak umur 4 tahun, kecik-kecik lagi. Tapi teman lagiler rasa nak pecah perut gelak tengok Atikah punyaler semangat angkat tangan dan kakinyer..

SUKAN KELAS ATIKAH
Setiap kali teman tanya Atikah dia masuk sukan apa mesti dia buat bodohjer, mungkin tak tahu nak "explain" atau memang dia malas nak layan ibu dia. Dia selalu kata "Ika last ibu". Ingatkan pasukan dia selalu tak menang rupanya dia orang terakhir untuk pasukan. Atikah kumpulan Upin.


Giant Ball ~ Ini acara pertama Atikah haritu. Atikah menjadi peserta kedua kena golekkan bola besartu. Seronok tengok sebabkan dia pantas bergerak dan membolehkan pasukan Upin dengan mudah memenangi permainan ini.


Fill/fill ~ Acara ini ialah mengisi air dalam cawan dan Atikah peserta terakhir. Pasukan Upin menang lagi. Yeah ....


Run with bean bag ~ Acara ini Atikah juga menjadi peserta terakhir iaitu lari dengan beg kacang atas kepala. Acara ini di menangi oleh kumpulan Ipin tapi tak jauhpun kurang selangkahjer...

ATIKAH DENGAN KAWAN KELAS

Atikah memang di bagitahu oleh cikgu kelas dia masa ambik report card, tak banyak cakap dan kurang berkawan. Tapi ada gak Atikah sebut kawan dia selalu buat dia macam-macam tapi setakat ini tak ada yang cederapun. Entahler mungkin betoi mungkin tidakler kan.... namanya budak-budak.

POSING-POSING


Ini acara bebaslerkan, posing-posingler kat dalam dewantu. Nasibler buat kat dewankan idakler berpanaskan, bolehler nenek diaorang ikut...

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Susah betullah nak kawal budak-budakni, ada yang lari turun balik dapat ibu ayah dia, ada yang berlari atas pentas tapi memang menghiburkan. Tengoklah barisan kawan sekelas Atikah, dialah yang paling tinggi sekali.

SERONOK DAPAT HADIAH

Hadiah yang diterima oleh semua pelajar mengikut kelas mereka adalah sama, sukan hanyalah untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan mereka sahaja. Oleh kerana haritu sepanjang majlis dipasang lagu tema Piala Dunia, jadi pantangler dengar iramani kat tv mesti budak dua orangtu kata ini lagu teacher.

KITA MAKAN DULU

Selepas tamat sukan kami pergi ke Gombak untuk menjenguk nenek oleh itu kami singgah ke kedai Chiangrai(betoiker idak ejaannyerni) di danau kota untuk makan tengahari.

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG

Cerita Takaful Kami :-
http://takafulatilia.fotopages.com


Monday, 5-Jul-2010 01:01 Email | Share | | Bookmark
Belen-belen gambar ~ Edisi Balik Kampung 5

 
 
 
Cerita terakhir edisi balik kampung kami hanya nak tayang gambar yang masih berbaki hanya untuk kenangan. Cuti kali ini tidak dapat menghimpunkan kesemua cucu Zakaria Ansari disebabkan masing-masing mempunyai agenda cuti tersendiri. Walau apapun layan saja kisah Atikah dan Azalia yang sentiasa gembira bersama dengan sepupu-sepupunya...

HANYA GELAGAT DALAM KERETA

Hanya gelagat Atikah dalam kereta sebab menunggu ibu dia bershopping tak sudah-sudah, bukan beli apapun tapi saja seronok tawaf kedai yang murah-murah kat Ipohni. Bukan nak beli apapun, saja alang-alang dah sampai... Atikah kena tinggal sebab masatu dia tidur, dudukler ngan mak su dalam keretakan...

ATIKAH DAN MARCELA

Ini Marcela anak adik teman yang kat Bukit Jelutong, kat sini jarangpun jumpa selalunya nak jumpa balik kampung. Pahamjerler masalah orang duk KL ni sibuk memanjangkan... keh!keh!keh!

AZALIA BELAJAR KAYUH BASIKAL

Azalia memang tak pandai lagi kayuh basikal, disebabkan rumah opah besarkan basikal ini memang di kayuh di dalam rumah. Jadinya memang keseronokanlah dia...

OPAH DAN CUCUNYA

Gambar kenangan dengan opah diaorang di Pekan Ayer Tawar selepas Tok dia belanja belikan basikal untuk Atikah (hadiah harijadi lepas). Teringat kenangan teman ngan adik-adik masa dulu, Pekan Ayer Tawar inilah tempat yang paling best kalau dapat pergi kalau apak teman dapat gaji. Pekan ini masih seperti dahulu lagi tak banyak sangat perubahan ketara yang berlaku, namun tiap kali balik kampung teman tetap tak ketinggalan singgah ke sini.

SUKANYA DIA

Muka hepi sebab atuk dia belikan basikal baru, maka basikal lama (atuk/opah gak belikan~ macam kat KLni takder jual basikalkan) akan diturunkan kepada Dik Ya. Mula-mula Azalia memberontak dia kata kakak dah ada basikal belikanlah untuk dia, opah dia dah kesian dah tapi pujuk-pujuk nasib dia ok. Nasibler basikal lamatu tak der bakul jadi kat kedai tu belikan bakul untuk basikal dik Ya. Dia boleh terima jugakler...

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS

http://takafulatilia.fotopages.com


Sunday, 27-Jun-2010 01:40 Email | Share | | Bookmark
Lost World of Tambun ~ Balik Kampung Edisi 4

 
Tempat : Lost World of Tambun Water Park Ipoh
Tarikh : 09/06/2010



Inilah acara kemuncak kami balik kampung cuti sekolah yang lepas iaitu pergi ke Lost Word of Tambun (LW). Maka pada 9/6/2010 yang lepas tertunailah sudah hajat di hati menjejakkan kaki kesini bersama dengan sepupu Atikah dan Azalia iaitu Danish, Haris dan Adif dan juga dengan adik teman iaitu Ekin (mak budak bertigatuler) dan adik teman yang bongsu iaitu Baiti ( Mak Su diaorang). Jadi layanjer cerita kami :-

Hanya untuk informasi:-
Quote:
Opening Hours
Mondays-Fridays: 11:00 am - 6:00 pm
Saturdays & Sundays: 10:00 am - 6:00 pm
School holidays & public holidays: 10:00 am - 6:00 pm

The park is closed on Tuesdays except during school holidays and public holidays
Admission
Adults: RM30.00
Children below 12 years old: RM24.00
Children below 90 cm in height: Free


BERGAMBAR SEBELUM MASUK



Lihatkan saja gambar ini dalam keterpaksaan anak2 sedaraku diambil gambar kerana takut tak dapat masuk LW tapi anak2 teman macam biasa posing tetap posing..

ADVENTURE RIVER
~ Malaysia’s longest water park river ride takes you on a relaxing and pleasant cruise on floats pass architectural landscapes on the park. It even has a wave generator to provide some fancy waves to the river flow so keep your hands on your tube!



JUNGLE WAVE BAY
~ At the heart of every water park there is a wave pool - fun for everyone and relaxing for those who want their fill of thrills!




EXPLORABAY
~ The children will love this section specially made for them! Watch them play among water curtains, fountains, tipping mine buckets and shoot down super slides!




TAMBUN HOT SPRINGS
~ Rest, rejuvenate and soak yourself in the warm pools fed by 100 percent natural spring water. Rich in minerals, the waters are believed to have healing properties that will enhance your body’s overall health.

Quote:
Tambun Hot Springs by Night
Adult RM5.00 per person
Children (below 12 years old) RM5.00 per person
Children below
90cm in height Free of Charge

Open on every Friday & Saturday from 6 pm to 9 pm only


AMUSEMENT PARK
Dragon Flight
~ A highly thrilling swing chair ride. It allows its thrill seekers to have an aerial view of the park as you spin dry as well!

Disebabkan di sini anak-anak dah mula meragam hanya dua permainan yang sempat iaitu "Dragon Flight" dan "Stormrider" sahaja yang sempat dan yang menjadikan lebih tak seronok ialah di sini hanya satu permainan berlangsung kerana selepas satu permainan tamat staff yang menjaganya akan pergi ke permainan lain maka kenalah berebut-rebut sebab tidak diketahui selepasni permainan apa pula yang bergerak. Kelakarkan even masa tu cuti sekolah pengunjung agak ramai juga..

ADVENTURE EXPRESS
~ Take it easy after all the activity as you sit back and let the Lost World Train take you on a journey past majestic ruins, surging water and wild tigers!


TIGER VALLEY
~ See real-life majestic tigers roam free in a natural enclosure and stare in awe at their fearsome stature!



LOST WORLD PETTING ZOO
~The Lost World of Tambun is proud to announce their new attraction, The Lost World Petting Zoo. Covering an area of 80,000 sq ft , a unique petting zoo has been created within the natural jungle, against a backdrop of limestone hills. Here is a place for recreation and learning for visitors of all ages; a place where families can spend time together interacting with the animals. For many children, and adults too, this is a unique opportunity to appreciate animals from a closer perspective, to be at one with animals of their choice, and at the same time have an enjoyable experience. The Lost World Petting Zoo has been created at a cost of RM6 million in an area of jungle formerly called Monkey Valley. There are 4,000 animals and 55 species of animal at Lost World Petting Zoo.
Tujuan utama kami ke LW adalah untuk ke sini namun di sebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan Adif dah tertidur, Azalia dah mengamuk dan hujan dah mulai turun rintik-rintik maka masa di sini terpaksa dipendekkan maka terasa amat ralat sekali. Oleh itu dipersembahkan sahaja gambar pintu masuk Petting Zoo ini dari laman web rasmi LW http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/

Memang menarik tempat ini dan sungguh istimewa sekali berbanding dengan zoo yang ada di Malaysia ini, semoga kami dapat berkunjung lagi ke sini dan memastikan akan mengunjungi Petting Zoo ini terlebih dahulu sebelum terjun di kolamnya... Insyaallah LW of Tambun kami akan datang lagi..

Terimakasih kerana ramai kawan-kawan yang masih sudi mai sini .. Episod akan datang cuma gambar2 extra di rumah opah dan tok di kampung sahaja mengambil tempat.

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 -210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS

http://takafulatilia.fotopages.com


Thursday, 24-Jun-2010 01:22 Email | Share | | Bookmark
Teluk Batik ~ Balik Kampung Edisi 3

 
SAMBUNGAN .....Sebenarnya tujuan kami tidur di hotel adalah kerana nak bergambar banyak-banyak di Teluk Batik, Lumut dan seangkatan dengannya. Namun seperti biasa kita hanya merancang hanya Allah juga menentukan, banyak benda yang tidak mengizinkannya. Apapun teman tetap bersyukur anak-anak teman tetap bergembira bersama dengan sepupunya walaupun tidak ada kesemuanya. Jom layan xtvt kami yang hanya bergambar di Teluk Batik tapi jurugambar tak berapa rajin sangat dan model tak berapa nak bergambar.....

BUKA BEKAL


Kami tak bawak bekal apa-apapun ingat nak buat sandwich terlupa nak beli barang-barang nasibler kan... tapi kalau sepupu Atikah ngan Azalia memang suka kalau tak kena makan, tengokler badan diaorang slimjer...

SUSAH NAK BERGAMBAR

Memang payah sesangat nak ambil gambar budak-budakni sorang pandang lain sorang pandang lain jadinya dah macam der dua kamera pulak gambarni...


Azalia seperti biasa ada mood yang berubah-ubah nak buat camner ikutkan saja, ni kira masa susah nak ambil gambar tak kuasa dah... perut pun dah lapar janji der kenangan dahler...

ATIKAH NAK JADI MODEL

Berbanding dengan sepupu dia Atikah memang suka bergambar malah kalau jurugambar rajin sampai tak terlayanler, tapi selalunyer jurugambar memang tak kuasa....

BRUNCH (BREAKFAST @ LUNCH)
Kamini tak bersarapanpun cuma makan biskutjer dan duk telan jajan jer kat Teluk Batik dan sebenarnya lepak di Teluk Batiktu sebab nak tunggu kedai Silaturahimni buka. Jadi tanpa melengahkan masa kamipun menyerbu kedai yang agak femes di sini untuk mengisi perut. Sebenarnya teman terlupa ambik gambar tapi gambar dibawah ini teman jumpa dari satu blog http://serimanjung.blogspot.com/. Banyak info menarik tentang Lumut, Manjung, Sitiawan juga Ayer Tawar....

Entah bilalah dapat nak ambil gambar secantik ini, mintak maaf tuan punya blog teman c&p gambar ini. Walau macamanapun kedaini memang best sesangat dan menepati selera orang kampung macam teman, pelbagai pilihan lauk pauk dan ulam-ulaman. Jomler singgah sini kalau berkunjung ke Teluk Batik.

Quote:
Ini pula award dari http://suhaya.fotopages.com .. suka sebab bunga raya..

Sekarang dah der copy right gitu...


Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS

http://takafulatilia.fotopages.com


Thursday, 17-Jun-2010 03:29 Email | Share | | Bookmark
Tidur di Manjung ~ Balik kampung Edisi 2

 
Hari ahad bersamaan 6/6/2010 kami berangkat ke Manjung nak tidur hotel main langkaujer rumah emak bapak teman di Botatu. Sajalah ambik angin lain sikit sambil senangler kami bershopping dan lepak-lepak kot balik kampung susah sikit nak bergerak apak temantu banyak pantang larangnyer (maalumler cikgu disiplin pencen). Jadi layan ajalah cerita kami hari ahad dan isnin sebagai kenangan.


Ini sebelum bertolak di rumah adik teman lagini, beg besar yang Azalia pegangtu adalah satu-satunya beg teman masa naik keretapi supaya tidak kelam kabut. Tapi balik sini tak boleh dah sebabnya beg teman dah beranak pinak macam-macam barang nak di beli kat kampungni.


Ini pulak aksi budak2 dalam kereta sambil tunggu mak su diaorang isi minyak, habis spek mak su diaorang kerjakan.. dah lah macam turtle masing-masing...


Budak-budak memang seronokler dapat jumpa sepupu-sepupu, ini hanya anak teman dengan anak adik teman yang dipanggil mak aten, mak su tak kawen lagi... Kot semua sepupu bersama tak terlayanler....


Ini pulak perangai bebudak duk dalam tab mandi, masa kecikni takler malu sangatkan kot dah besar nanti tak kuasa diaorang nak ambik gambo gini.


Yang ini adalah kelakuan Azalia yang tak berapa senonoh, masatu teman order laksa untuk teman tapi Azalia makan sampai angkat mangkuk memang tak bagi tapi dia dah mengamuk sebab nak gak buat hooo liau... (memang tak elokler iklan tu, ajar anak teman tak senonoh). Laksani memang kegemaran kami tiga beranak, tapi laksa di medan selera Billion Manjungni memang sedap rasanya.


Ini pulak makan malam di tepi laut kedai Azmiker apa namanya(epan flat TUDM), mula nak makan kat tempat selalu pergi dulu-dulu(belakang Marina) tapi tengok orang punyalah ramai tu yang pergi ke sini. Tapi kira ok jugak di sini sebabnya jauh sikit dari laut kot tempat yang biasa pergitu cam susah sikit kontrol budak-budak, lagipun pemandangan di sini lebih cantik tapi biasalah kalau kedai ikan bakar punyaler lama menunggu udahlah Azalia tidur naik lenguh tangan memangku dia.



Ini gambar sebelum check out, Azalia dengan Adif sebaya tapi Adif lahir bulan Mac dan Azalia lahir bulan Oktober. Memang kalau baik jalan nak berpegang tangan datang hanginnya bergaduh gak dua orangni tapi Azalia biasa menang maalumler biasa duk ramai-ramai kat rumah pengasuh yang anak adik temantu duk ngan ibu diajer..
Sekian untuk kalil ini... untuk next entry bergambar di Teluk Batik....

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 -210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net