Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Jun-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
Jom kita naik keretapi... Balik Kampung Edisi 1

 
 
Dah sekian lama terbiar fp temanni tapi entahler fpni pun kurang dah serinya berbanding dulu-dulu.. ah! biarkanlah teman mesti update jugak cerita terkini untuk rujukan masa hadapan nak harapkan blog lagi teruk dah berkurun lamanya terbiar sepi tak tau nak menulis berbanding dengan fpni letakjer gambar.. biarkan gambar menceritakan segalanya... merapu... Ok layanjer kisah kami anak beranak yang balik kampung selama seminggu, kisah yang pertama ialah pengalaman pertama Atikah dan Azalia menaiki keretapi malah Azalia selama inipun tak pernahpun menaiki LRT, komuter dan seumpamanya. Oleh yang demikian keterujaan mereka memang ketara sekali .. Jom kita naik keretapi balik Ipoh memudahkan dan tak memenatkan badan untuk memandu maalumler perjalanan kami kali ini hanya teman dan dua budak kecil ni jer suami teman tak ikut sekali....

KL Sentral

Malamtu kami tidur di rumah nenek mertua ku di Gombak supaya senang pagi-pagi nanti kami naik LRT Putra dari Stesyen Putra untuk pergi ke KL Sentral. Sebabkan seronok sangat kami keluar dari rumah nenek pukul 6.45pagi dan sampai ke KL Sentral lebih kurang pukul 7.30 pagi. Oleh kerana keretapi akan bertolak hanya pada pukul 9.10pagi kami sempat bersarapan dengan aman damainya disebuah kedai di situ, ok jugaklahkan. Tapi memangler menguji kesabaran sebabnya kalau budak2 dah lama sangat mulaler tunjuk perangai dia, teman dah berdoa dalam hati janganlah hendaknya dalam keretapi diaorang buat perangai lebih teruk lagi.

Dalam Keretapi


Kisah dalam keretapi tak kurang tragik dan kelakarnya, maalumler teman kena layan dua budak kecik yang tak dapat nak di agak kelakuannya. Mula-mula Atikah buat perangai dia bantai menangis dari KL Sentral sampai Stesen Kepong rasanya tak berhenti-henti rasanya sedih tengok ayah dia kena tinggal, Azalia okjer siap pujuk kakak dia. Teman lak nak pujuk dia siap berjanji bagai ingatkan dia tak dengar tapi lepas dia dah habis menangis dia siap tanya bila kita nak beli semuatu.. kuang! kuang! kuang! kesimpulannya jangan pandai-pandai nak berjanji....
Lepastu kisah Azalia pulak, dia cakap dia dah terbuang air besar, teman dah panik gak mana lak tandas dia maalumler temanpun ini kali kedua naik keretapi. Nak pergi ke tandas tu punyaler terhoyong hayang teman dengan nak mendukung Azalia lagi memang rasa cuak semacamjer, nasib Atikah tak kisah nak tinggal kat tempat duduk. Sampai kat tandas Azalia tak membuangpun dengan bergoyang-goyang yang kuat sangat Azalia dah menjerit " Ya nak balik rumah kitajer"... Nasib pujuk-pujuk tertidurler dia.
Kisah yang terakhirnya pulak lepas Azalia bangun tidur masing-masing berebut nak duduk satu bangku sorang, yang temanni ikut cakap budak yang jual tikettu Azalia tak payah dia kecil lagi, lagipun teman fikir kalau teman ambik 3 kerusi camner nak arrange Azalia mesti nak kepit ngan teman Atikah mesti tak nak duk sorang2 ngan orang lain, akhirnya nanti 2 bangku jer pakai... tapi nasiblah masatu dah nak sampai Ipoh kot idak jenuh gak.


Model keretapi

Oleh kerana pertama kali naik keretapi tak sahlah kalau tak bergambar dengan keretapikan nanti orang tak percaya pulakkan. Nasibler mood budak dua orangni agak baik nak bergambar jadi adalah kenangan untuk diingati masa besar nanti, kamijer yang beria ambik gambar orang lain buat tak kisahjer.. Lantaklerkan

Stesen Keretapi Ipoh

Sementara menunggu adik teman datang mengambil, masani gembira sesangat siap bercerita kat ayahnya betapa baik perangai diaorang naik keretapi, ye ke!! ...

Walau apapun teman memang berpuas hati dengan perjalanan teman hari itu, dengan masa 3 jam untuk sampai ke Ipoh rasanya naik keretapipun bagus untuk jalan-jalan di Malaysia ini. Tak cuba tak tahukan.. Jom kita naik keretapi...

Quote:
Selingan ..... Stesen Keretapi Ipoh yang penuh sejarah ( 1917).....
Teman ambil dari http://www.malaysiahotelreview.com maklumat yang baik.

Ini ialah pokok Ipoh yang mana bandaraya Ipoh mendapat nama.


Inilah gambar bangunan stesen keretapi Ipoh yang unik dan bersejarah. Teringat dulu-dulu ada medan selera di tepinya tapi sekarang dah takder lagi dan rasanya dulu lebih meriah lagi.


Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS


Tuesday, 1-Jun-2010 11:35 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berendoi Ameer Miqtha 30-05-2010

 
 
 
Pada 30-05-2010 yang lepas telah berlangsung majlis berendoi aka majlis cukur jambul (apa-apapun tak kisahler kan) untuk baby baru keluarga suami teman iaitu Ameer Miqtha b. Ammirul Nasyani yang berlangsung di rumah moyangnya(rumah nenek suami temanler tu) di Jalan Melati, Gombak. Majlis ini berlangsung dengan jayanya pada hari itu walaupun tetamu yang dijangka ramai namun tidak dapat menghadirkan diri disebabkan oleh faktor bertembung dengan kenduri kahwin yang tidak kurang banyaknya pada hari tersebut. Walau apapun kami sepupu sepapat tetap meriah dapat makan macam-macam dan dapat borak-borak macam-macam cerita. Oleh kerana dah lama tak update cerita baru kami persembahkan untuk entry kali ini pelbagai ragam dan gaya sepanjang majlis tersebut berlangsung, seperti biasa aksi-aksi anak teman yang mendapat tempat...


Inilah baby Miqhta yang diraikan bersama ahli keluarganya yang terdekat, nenek dan atuknya, ibu dan ayahnya juga Cik Ya mak saudaranya....

Ini kerja diamanahkan untuk anak teruna membasuh pinggan untuk sarapan pagi sahaja, makan tengahari katering jadi tak susah manapun havocjer lebih bebudakni...

Ni aksi budak2 naik buai sementara menunggu marhaban habis.

Layan gambar Atikah sekejap...


Gambar Azalia dirakam dari kamera Cik Wani & Cik Ocu, Azaliani memang pemalu sikit kalau orang nak ambik gambar dia, kot idak tak larat nak melayan perangai dia.

Atikah yang tak berapa nak makan sebab dah seronok dapat gula-gula yang macam-macam, yang mencelah di belakang Atikahtu adalah Cik Am sepupu suami temanler. Ibu Atikah ngan Azalia ambik gambar mesti nak cover badan dia yang tak berapa nak kuruihtu..

Dulu-dulu family suami temanni memang menyambut harijadi setiap anggota keluarganya setiap bulan dan selalunya bulan Mei memang sedikit meriah disebabkan ramai yang lahir pada bulan Mei. Kalau majlis harijadi bulan2 yang lain akan dikongsi bersama harijadi bulan yang terdekat, majlis harijadi bulan Mei tidak begitu. Nenek Miqtha telah menghadiahkan kek yang cantik dan sedap ini untuk yang menyambut harijadi di bulan Mei ini termasukler teman, terimakasih Ateh.. Nampaknya semua family ada menghantar wakil untuk memotong kek, keluarga Pak Long best sekali semua anak sulung lahir pada bulan Mei. Pak Long generasi pertama, Juan generasi kedua dan Hariz generasi ketiga, wah baguihler....

Kek yang cantik dan sedap, sebab apakan walaupun kekni agak besar jugak tapi sekelip matajer dah habis. Cik Aida yang konon nak berdiettu pun ambik sepotong jugak, jangan nanti baju bertunang tak muat sudahler yerk...

Nampaknya semua family ada menghantar wakil untuk memotong kek, keluarga Pak Long best sekali semua anak sulung lahir pada bulan Mei. Pak Long generasi pertama, Juan generasi kedua dan Hariz generasi ketiga, wah baguihler....

Birthday boy & girl bergambar.....

Pada hujung minggu ini pula ada majlis pertunangan sepupu suami teman Cik Aida gambar diatasni ( Cik Aida mintak maafler kak zila ngan 2 budak comelni tak dapat hadir sebab kami nak balik kampung seminggu, mintak maaf banyak-banyak).

Quote:
Award dari Sue Meru

Terima kasih Sue ... seronok dapat award banyak2ni... nnti akak akan mencopot lagi.. tapi next week takder ler dapat nak bercuti selama semingggu... ta ta ti ti tu tu....


SALAM PENUH TAKAFUL
Cho Zila ( 019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS


Wednesday, 26-May-2010 06:21 Email | Share | | Bookmark
~1ST GIVEAWAY by permata hatiku~

INI ENTRY KHAS..... Jadi untuk cerita terkini ada selepas entry ini yerk....

Tahniah kepada Adik Shaza kerana memberanikan diri untuk melakukan
satu anjakan paradigma yang begitu tulus dan mulia agar fotopages ini akan lebih
meriah sepertimana yang berlaku di blog. Semoga usaha muliamu dik Shaza akan
diberkati hendaknya..


Inilah banner rasmi giveaway ini....


Sebagai menyokong usahamu Adik Shaza temanpun menjoinkan diri dengan
harapan akan lebih ramai lagi kawan-kawan akan mengikut jejak teman ini..


================================================
STICKY MODE TILL 30 MEI 2010
================================================

Cerita Terkini ada di bawah, yang sini tak yah komenpun tak per tapi terusjer join jangan malu-malu dan jangan segan-segan. Letakjer kami punya link fotopages ini sebagai korang punya referrel, mana tau bolehler kami menang satu hadiahkan. Jangan Bertangguh tau....


Tuesday, 25-May-2010 01:16 Email | Share | | Bookmark
25hb Mei .... Selamat Hari Jadi ...

 
 
 
Hari ini adalah harijadi teman .. Kalau dulu-dulu masa sekolah kalau ditanya cita-cita teman mesti teman jawab nak jadi "lawyer" kononnyer sebab tarikh harijadi teman sama dengan peguam yang femes iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tapi taujerler memang tak tercapai dek akal, namun Sudirman adalah penyanyi aka penghibur yang paling teman minati dari dulu, kini dan mungkin selamanya. So, SELAMAT HARI JADI untuk teman yang dah banyak bilangannya.. Semoga teman akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan dapat mencapai hajat-hajat yang teman hajati selama ini. AMIN.. AMIN....











------->-------->-------> ♥♥♥♥ SELINGAN ♥♥♥♥ <--------<-------<-------

Quote:
Percaya atau tidak semakin usia bertambah semakin senang penyakit mendatang. Oleh itu persediaan kearah itu seharus menjadi agenda terpilih untuk memastikan kehidupan tidak semakin sengsara. Bacalah artikel ini untuk gambaran :-
Perlindungan Kesihatan Takaful
Sumber UTUSAN online : 16/12/2009
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

SEMUA orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Tetapi malangnya ramai yang terlepas pandang aspek kesihatan fizikal dan mental dalam mengecapi kebahagiaan hidup. Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua, untuk pendidikan masa depan anak-anak dan seringkali tabungan untuk kesihatan dilupakan.

Dewasa ini, kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal yang memerlukan dana yang besar untuk kos rawatannya. Dua jenis penyakit yang boleh memberi kesan sampingan yang kronik, termasuklah serangan sakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh terbesar di Malaysia. Di samping itu, penyakit-penyakit seperti kanser, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya, juga antara penyakit yang dikenal pasti menjadi pembunuh rakyat Malaysia masa kini.

Sebagai contoh anggaran perbelanjaan perubatan rawatan kanser payudara di sekitar RM20,000 ke RM100,000. Tanpa tabungan yang cukup bagaimana boleh kita menampung kos perubatan yang tinggi. Kos untuk perkhidmatan perubatan juga telah turut meningkat dari semasa ke semasa sehingga menjadi suatu beban yang akhirnya terpaksa 'merempat' untuk menagih simpati bantuan orang ramai. Hal ini sudah pasti akan menambahkan lagi bebanan menanggung kesakitan dan kewangan.

Kesihatan adalah anugerah yang sangat bernilai dan perlu dihargai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (riwayat Bukhari ) dan sabda Nabi lagi yang bermaksud: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (riwayat Muslim).

Memang tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Namun persiapan menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi untuk tabungan kesihatan adalah suatu perkara yang sangat perlu.

Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan yang akan dihadapi walaupun sedang ditimpa penyakit. Pepatah Melayu menyebut, 'Sediakan payung sebelum hujan' amat tepat untuk direnungi dan sangat relevan dengan persiapan mewujudkan tabungan untuk kesihatan.

Persoalannya, adakah melalui kaedah tabungan biasa seperti yang disediakan oleh institusi kewangan mampu untuk memenuhi keperluan tabungan kesihatan. Cuma dalam hal ini kita mencari satu kaedah yang lebih baik agar ia benar-benar dapat memenuhi keperluan perlindungan perubatan seperti yang kita hajati. Alhamdulillah, dengan kemunculan takaful seolah-olah memberi nafas baru yang dapat memberikan peluang untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif, adil dan telus.

Quote:
Di antara elemen yang ada pada satu-satu produk takaful ialah aspek memberikan bantuan perlindungan (protection) jika ditakdirkan seseorang peserta ditimpa sesuatu musibah.
Sebagai contoh Ahmad menyertai Pelan X dengan mencarum RM100 untuk 10 tahun. Sekiranya Ahmad hidup sehingga tempoh tersebut maka beliau akan memperoleh apa-apa yang terkumpul bagi tempoh berkenaan. Akan tetapi sekiranya ditakdirkan Ahmad baru sahaja menyertai pelan tersebut 1 tahun, beliau meninggal dunia.
Kalau mengikut kaedah simpanan biasa (bukan kaedah takaful) maka Ahmad atau waris Ahmad akan memperoleh secara kasarnya RM1,200. Namun hal ini berbeza dengan kaedah takaful.
Ahmad atau warisnya akan menerima secara kasarnya wang caruman terkumpul dicampur dengan keuntungan pelaburan kemudian dicampur pula dengan baki caruman yang belum sempat dijelaskan yang akan dibayar oleh pengendali takaful hasil daripada derma dan bantuan para peserta lain yang menyertai pelan takaful.
Pendek kata Ahmad atau warisnya akan menerima sejumlah wang yang jauh lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah beliau carumkan.
Justeru, perlindungan kaedah takaful seperti yang diterangkan ini jauh lebih bermanfaat dan dapat meringankan beban ketika ditimpa sesuatu musibah berbanding dengan kaedah-kaedah perlindungan biasa.


Takaful Ikhlas sebagai sebuah pengendali takaful yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah telah mengambil langkah yang proaktif dengan menawarkan produk-produk berkaitan perlindungan kesihatan yang inovatif dan dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.

Di antara produk yang berkaitan kesihatan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas ialah 'Ikhlas Wanita Takaful' yang direka khusus untuk perlindungan kesihatan wanita, Ikhlas Critical Illnesss. Takaful Rider pula menyediakan perlindungan terhadap 40 penyakit-penyakit kritikal, Ikhlas Hospital Benefit Takaful Rider menyediakan perlindungan dalam bentuk bayaran tunai harian apabila dimasukkan ke hospital dan yang terkini Ikhlas Medic Assist Takaful yang menawarkan lima pelan penghospitalan dan pembedahan yang komprehensif dengan kos yang berpatutan dan turut menyediakan kad perubatan.

Justeru, langkah-langkah proaktif perlu diambil dengan menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan yang ditawarkan. Menyiapkan perlindungan untuk kesihatan perlu dimulakan dengan segera bukannya setelah penyakit sudah menyerang, seperti pepatah Melayu menyebut, 'Sudah terhantuk baru terngadah.'

Ini hanya sebahagian daripada keseluruhan artikel tersebut... Artikel penuh boleh didapati DI SINI


Ok nak tayang gak award dari Sue Meru

sori sue td ko masuk belum der lagi akak gantung awardni...Gi CH akak dapat lagini... bestnyer..

CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takafu IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
http://takafulatilia.blogspot.com



Monday, 17-May-2010 22:05 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kahwin anak kawan dan Lepak di Shah Alam Mall

rumah wak belakang kedainilah...
anak ibu tersayang
Salam Sejahtera semua....
Ini kisah kami ke Majlis Perkahwinan anak kepada sahabat rekreasi kami Wak Sarip yang berlangsung di Batu Belah, Klang pada 8/5/2010. Oleh kerana banyak masa lapang maka kami anak beranak melepak di Shah Alam Mall selepas majlis tersebut dan dapatlah menyaksikan sambutan hari ibu yang berlangsung di situ. Jadi Atikah dan Azalia sedia beraksi untuk memeriahkan fotopages teman seperti biasa, terima kasih semua kerana sudi bertandang ke sini.




Kami hadir lewat sedikit ke majlis tersebut kerana datang dari Putrajaya yang kebetulan pagitu adik ipar mengajak kami bersarapan di rumah dia, oleh itu kempunanlah kami nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi makanan yang disediakan memang sedap juga terdapat air tebu penghilang dahaga dan ini memang menepati selera kami yang kelaparan dan dahaga .






Budak dua orangni kalau dapat makan mi memang mertua lalupun dah tak nampak gamaknya, nasibler tak ramai orang kot idak memang memalukan.

Aksi Atikah yang berposing mengikut aksi model yang memperagakan pakaian untuk pertunjukan yang diadakan sempena hari ibu. Dia siap cakap nanti dah besar dia nak jadi macamtu, isyh tak habis berangan rupanya anak ibu ini..
Kesimpulan gembira dapat bersama sekeluarga walaupun aktiviti biasa-biasa sahaja. Sekadar melihat keletah mereka menyeronokkan hati walaupun kadang-kadang menguji kesabaran. Semoga anak ibu tersayang akan menjadi insan yang berguna hendaknya dan sentiasa dimuliakan.

Quote:
Dikesempatan ini teman ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI untuk suami tercinta semalam iaitu bersamaan 16hb Mei. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kehidupan suami ku dan dapat menjadi kekuatan kepada kami anak beranak untuk terus menyayangimu.

Semalam keluarga Mak Usu datang dari Shah Alam dan bawak kek SR yang comelni untuk suami teman, maka kami menyambutnya serba ringkas... HAPPY BIRTHDAY RAFI...


Award dari sue meru .. terimakasihler susah-susahjer buat award2 cantik kat akak ... ha! kena buat lagikan....


Salam Penuh Takaful...
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara, Puchong


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net