Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-May-2010 15:49 Email | Share | | Bookmark
Semoga kita jadi ibu yang hebat.... wah-wah-wah!!!

 
Kisah terjadi sempena hari ibu pada hari ahad yang lepas di rumah moyang 2A di Gombak. Semoga sambutan ini akan memberikan semangat dan kekuatan kepada teman untuk menjadi ibu yang TERBAIK untuk kedua permata hati.. Layan diri macam biasaler yer....


Azalia dengan Naufal menyorok bawah meja, jenuh tunggu orang nak potong kek..


Kek "HAPPY MOTHER'S DAY" ala dari SR mana lagikan... Thanks Cik Ya yang belikan kek ini... Teman 1st time dapat potong kek hari ibuni...



Iniler ibu-ibu yang ada pada masa potong kek diketuai oleh moyang 2A dan diapit oleh ibu mertuaku dan Ateh... Kat belakangtu teman dengan Mak Usu dan adik iparku Suzana..





Sikenit yang seronok nak potong kek. Baby Miqtapun dah celebrate hari ibu tapi ibu dia tak der pulak....






Gambar selingan budak dua orangni menemankan ibu dia berjogging, tapi tak dapat nak berjoggingpun sebab risau tengok diaorang. Teman baru berjumpa taman di BK5ni yang pada teman memang seronok untuk berjogging....

Quote:

Ambik dari kak rus yang banyak resipi...

Untuk emak teman di kampung yang juga tak pernah menyambut hari ibu secara rasmi namun emak tahukan kami anak-anak teramat menyayangimu. Ramai orang melihat emak dapat mendidik kami dengan baik dan berhemah dan jasa emak tidak mampu kami balas. Cuma doa yang selalu kami kirimkan untuk emak tercinta Hajah Asiah binti Haji Kamaruddin...

Ini gambar kami sekeluarga semasa hari raya tahun sudah, baru teman perasan teman jarang bergambar dengan emak dan apak teman. Balik kampung kali ini mesti banyakkan koleksi gambar dua insan tersayang ini.


SALAM PENUH TAKAFUL
Cho Zila ( 019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS

Bandar Kinrara, Puchong


Thursday, 6-May-2010 03:12 Email | Share | | Bookmark
Harijadi Sara anak jiran ....

 
 
 




Selamat Hari Jadi Siti Sarah yang ke 9 (besday girl yang tengah2tu comeljer)..
Semoga kehidupan Sarah akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Terima kasih jemput kami sekeluarga untuk majlis harijadi yang meriah ini..








Seronokkan rumah kamini menghadap taman jadinya bolehler gunakan tamantu
untuk majlis harijadi macam ini. Kat tamantu pulak memang ada khemah tersedia...
Ramai gak tetamu yang Lizani jemput rupanya temanni dahler dijemput last minute
tak bawak hadiahpun just bagi duitjerler... malu gak



Aksi makan-makan di taman dan jugak berjalan balik ke rumah dengan bawak bekal...
Quote:

Terimakasih untuk Za Penang yang bagi award
tapi yang satutu akak lupa nak tepek kat sini ... sori yerk...
bukan tak sudi tau terlupa ler tu maalumler orang dah berumur sikitni....



Thanks untuk Ayie Cheras juga yang sudi
menghulurkan salam persahabatan untuk akak ini...


Salam Takaful ..
CHO ZILA (019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


Monday, 3-May-2010 01:43 Email | Share | | Bookmark
Aksi kami yang terakam...

 
 
Oleh kerana dah lama betoi tak ada cerita baru kat fotopages ini, terima sahajalah aksi anak-anak teman yang terakam di pelbagai tempat dan situasi. Gambar ini juga ada kenangan dalam kehidupan dua beradik ini yang mesti diabadikan di fotopages. Jadi layan diri seperti biasa melihat aksi-aksi Atikah dan Azalia.


Gambar Azalia yang kelakar tak boleh ketinggalan menghiasi fotoges ini. Yang mulatu gambar kat rumah kami sebenarnya aksi Azalia yang nak jugak pakai spek hitam makan mi goreng dahler comot pakai spekpun tak berapa nak betoi... tapi tak tahantu tanya gini "ibu kenapa tak ambik gambarni". ituler teman ambik gambar walaupun tak berapa nak senonoh sikit gambarni... Yang kedua aksi bosan dia menunggu ibu diani memilih kasut, dia boleh baring kat situ tanpa pedulikan orang keliling.



Kejadian ini berlaku di Gombak rumah moyang 2A, sebenarnya anak Jaja (dua pupu 2A) nak main layang2 kat taman yang jalan gi Kepongtu (sori tak ingatler namanya- tapi femes orang main layang2 kat situ) tapi disebabkan hari hujan diaorang berpatah balik tapi kat rumah cuaca ok cuma angin tak berapa nak adalah. Hantam ajalahkan asalkan budak2 suka, tapi Atikah dan Azalia macam tak heranjer tengokler muka budak dua orang yang menjadi pemerhati haritu.. Ingatkan diaorang tak suka tapi besoknya bangun-bangun tidurjer terus cakap "ibu nanti beli layang-layang princess tau banyak-banyak"







Ini pulak kegiatan kami 2/5 yang lepas iaitu pergi ke Taman Bukit Jalil yang tak jauh manapun dari Bandar Kinrara tapi kemain susah nak pergi ke situ. Oleh sebab kesihatan teman tak berapa nak elok jadilah temankan budak2ni main gelungsur kat situ, ok lah jugak tapi ramai gak orang takut pulak sekarangkan musim H1N1. Moga2 semuanya selamat.. Gelungsur kat sini besar sikit dan tinggi jadi Atikah seronokler tapi Azalia yang takut-takuttu main yang kat bawahjerler...

Salam Takaful ..
CHO ZILA (019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


Tuesday, 20-Apr-2010 03:17 Email | Share | | Bookmark
Melawat Ateh di Hospital Kuala Lumpur

 
 
Entah kenapa rasa macam malas sangat nak update fotopagesni walaupun hati teringin sangat. Rasa lesu semacam dah fpni disebabkan ramai sangat kawan-kawanku telah berkecimpung ngan blog dan facebook semestinya. Tapi demi rasa sayang yang tak pernah lunturni teman gagahkan jugak cerita terbaru kami yang pergi melawat emak saudara suami teman yang telah dua kali dimasukkan ke wad tapi kami cuma dapat melawat Ateh pada minggu lepas bersamaan 18/04/2010. Layanjerler...




Gambar ini diambil selepas kami melawat Ateh, terlupa langsung nak ambik gambar Ateh atau gambar di wad. Lepas dah letih berjalan tentulah dahaga maka kamipun duduk dibangku kat taman di situ, sebenarnya banyak kenangan HKLni ngan teman maalumler dulu arwah bapak mertua teman mendapatkan rawatan di sini dan kena pergi 2 kali sebulan minima. Semasa teman tak bekerja sekejap dalam tahun 2002 - 2003 (lamanyer yerk dekat dua tahun tak kerjakan) teman memang menjadi driver dan jugak peneman dia pergi mendapat rawatan. Banyak kenangan teman dengan arwah bapak mertua semasa pergi ke hospital ini dulu, tapi banyak gak perubahan HKL kini dan dulu terutamanya sistem tempat letak kereta. Isyh tiba-tiba rindu ngan abah pulak..
Untuk syima niler baju Atikah ngan Azalia yang hendak dipakai kalau pergi majlis hari jadi Kyra minggu sebelumnya. Rupanya 2A nak melaram ke HKL melawat Nek Teh dia, suka Nek Teh tengok 2A datang maalumler selama ini 2A macam cucu dia sendiri.

Inilah gambar Nek Teh semasa hari perkahwinan Erwani dan Ezrin..

Gambar pengantin dengan emak saudara perempuan. Dari kanan : tuler Ateh, Mak Long, Mertua saya, pengantin, Mak Lang dan Mak Su. Mak Pengantin takder sibuk melayan tetamu.. Masani Ateh dah tak berapa sihat sebenarnya tapi dikuatkan semangat untuk meraikan hari bahagia anak saudaranya kerana selepas dua hari majlisni Ateh dimasukkan ke hospital kembali... Ikuti kisah dibawah ini...

Ini cerita tentang Ateh @ Mak Teh yang telah saya copy & paste dari blog adik ipar temanni suzana .
Ini untuk cerita pembedahan kali pertama :-
Quote:
Semalam Mak Teh saya (adik mak) menjalani satu pembedahan perut yang sebelum ini banyak kali tertunda.Pembedahannya semalam mengambil masa selama 8 jam yang bermula dari pukul 11.00 pagi.Dengar khabar dari cousin saya dia sedar pada pukul 9.00 malam dan asyik mengerang kesakitan.Dan yang lebih saya sedih mendengarnya Maklang saya menyatakan Doktor telah mengesahkan Mak teh saya mengidap kanser.Perasaan saya semasa diberitahu oleh cousin saya Ochu(anak maklang) mengenai sakit sebenar Mak Teh saya ialah saya terdiam serta merta
.
Ini kisah dia dimasukkan wad kali kedua juga dari blog adik ipar saya juga, saya kalau bab nak men"describe" ni memang failed selalu.
Quote:
Dulu saya ada cerita mengenai Mak Teh saya yang ada ketumbuhan didalam usus kan, 2 minggu selepas dia operate ususnya,ususnya bocor sendiri. Sewaktu lawatan ke hospital Mak Teh nampak ceria,walaupun sebenarnya saya pun tak berani nak cakap keadaan sebenarnya macamana. Perut Mak Teh ada diletakkan satu pouch plastik and makanan yang telah diproses menjadi najis akan keluar disitu. Makteh pun tak boleh makan lansung dan hanya boleh minum sahaja.Makanan yang boleh masuk hanya susu khas yang disalurkan melalui tangan(maybe urat ke tak sure) and susu itu akan terus masuk ke perut

Semoga Ateh akan dapat sihat kembali (semalam dah keluar dari hospital) dan dapat melihat cucunya yang sulung Amir Miqta yang dilahirkan pada 9/04/2010 yang belum sempat Ateh tengok secara live hanya menerusi gambar di kamera.

Inilah baby Miqta yang juga terpaksa tinggal lama di hospital kerana mendapat demam kuning selama seminggu.. dugaan.. tapi sekarang dah baik seperti sediakala.. dan memang comel....

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.fotopages.com


Wednesday, 14-Apr-2010 23:11 Email | Share | | Bookmark
♥ Selamat Hari Jadi Nurul Atikah binti Mohd Rafi ♥

 
 
 
Semalam 14-04-2010 maka genaplah umur anak kesayangan teman NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI 4 tahun. Kehadiran Atikah adalah sinar bahagia setelah sekian lama menanti cahaya mata buah hati sebagai penyeri rumah tangga. Begitu besarnya kekuasaan Allah yang seharusnya teman syukuri sentiasa kerana suatu masa dulu teman pernah berhenti berharap dan pernah jugak teman rasa sehingga keakhir hayat teman tak dapat menimang anak sendiri. Kenapa teman berkata begitu?? Mengandung kali pertama merupakan detik yang mengembirakan kerana setelah hampir 2 tahun berkahwin teman disahkan hamil namun meninggal dunia semasa 8 bulan dalam kandungan berkemungkinan kerana teman ada darah tinggi semasa mengandung. Teman masih merindui MOHAMAD NAJMI BIN MOHD RAFI yang dilahirkan dan dikebumikan pada 14/02/2003, kalau dia ada pasti Atikah dan Azalia punya seorang abang yang sudah bersekolah darjah satu. Mengandung kali kedua teman keguguran pada masa kandungan berusia 3 bulan dan kali ketiga pula keguguran pada masa kandungan berusia sebulan sahaja. Takperlah tinggalkan kisah silam sebab ada dua amanah yang Allah berikan kepada teman kini yang sehearusnya diberikan perhatian dan teman mendoakan semoga ATIKAH dan AZALIA juga akan menjadi insan yang berbudipekerti yang mulia dan disanjungi. Semoga kalian berdua akan membahagia dan mensejahterakan hati ibu dan ayah dan semoga kami juga akan dapat memberikan yang TERBAIK untuk masa depan kamu berdua.... Layan ajalah majlis harijadi Nurul Atikah yang disambut sederhana tahunni hanya dibuat di tadika dan juga bawak dia tengok wayang... Layan seadayanya


Pertama kali jumpa ngan aishah sebab masa ambik kek besday Azalia dulu teman hanya jumpa ngan suami dia sahaja maalumler tokei kek kalau hujung minggu memang sibuk membakingkan.. Tapi harini teman dapat jumpa ngan aishah sebab teman ambik kek di opis dia kat Bandar Kinraranijer dan terimakasih kerana merealisasikan impian Atikah untuk mendapat kek Barbie 3 musketeer. Harap aishah adalah ambik gambar kekni sebab teman tak dapat nak ambik elok2 disebabkan majlis ni dibuat di tadika dan masa yang diberikan adalah terhad.




Upacara potong kek di iringi oleh nyanyian dari seramai lebih kurang 50-55 orang kawan-kawan Atikah. Seronok tengok Atikah gembira kerana diberikan sambutan oleh kawan-kawannya.. Teman dah kelam kabut pagitu Azalia pun teman tak bawak masuk ke dalam untuk upacara potong kek... kesian dia...






Upacara bagi sedikit ole-ole yang disampaikan oleh Atikah kepada semua kawan-kawannya.. Kat dalam begtu ada kek coklat, air kotak, gula-gula dan jugak buku nota, pemadam, pensil dan pengasah pensil. Harap diaorang semua suka ngan pemberian dari kami sekeluarga..



Acara posing dirumah baju yang dihadiahkan oleh nek Su dia yang juga menyediakan 100 kek coklat untuk beg goodies.. Terima kasih nek su...





Ni kat IOI Mall sebab bawak budak dua orangni tengok wayang cerita "How to train a dragon" kalau tak silapler tajuk dia.. Cerita kartun yang cantik sangat gambar dia tapi tak berapa mendapat sambutan dari budak dua orangni sebab kalau Atikah suka Barbie ngan Princess, Azalia suka Barney @ cerita banyak menyanyi...
Quote:


Selingan belaka.. masa besday tu teman tengok ada hasil kerja anak teman tampal kat notice board.. berbanggale jugak maalumler kat rumah kita selalu marah2 dia sebab tak selalu buat kerja sambil lewa rupanya kat sekolah tekun gak anak ibu ini.. moga atikah akan terus cemerlang...


Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019- 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net