Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Apr-2010 03:42 Email | Share | | Bookmark
Sebelum 4 tahun lah!!

 
14-04-2006 adalah tarikh istimewa kepada teman kerana kehadiran cahayamata yang dinantikan bernama Nurul Atikah yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ibu cuma berharap yang TERBAIK akan berlaku di dalam kehidupan Atikah nanti semoga umur 4 tahun ini Atikah akan menjadi lebih baik dan baik sehingga akhirnya. Jangan nakal-nakal dan terus menjadi anak kesayangan ibu dan ayah sampai bila-bila.. Ini hanya kenangan yang pernah singgah sebelum Atikah 4 tahun dua hari lagi..



Kenangan potong kek harijadi Atikah dari setahun hingga tiga tahun... Sekadar kenangan untuk tatapan kala dewasa kelak.


Atikah semasa baru balik pertama kali balik kampung.. biasaler orang Perakkan mestiler banyak sulam tekat dia. Zura .. maafler akak cari gak gambar dia naik buai aka cukur jambul tu tak tau kat ner jenuh mencarinyer kot ada esok2 akak tempek gak...

Antara gambar tiga beranak yang teman suka sangat di Pusat Sains Negara pada tahun sudah....


Quote:
Ini pulak gambar xtvt teman berulang alik dari Gombak - Kinrara sebab majlis perkahwianan Cik Wanie juga gambar semasa pergi ke Mydin Subang Jaya..






Salam Penuh Takaful
CHIO ZILA ( 019- 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara


Tuesday, 6-Apr-2010 02:11 Email | Share | | Bookmark
ErWaNi ♥ EzRiN ~ Selamat Pengantin Baru ~

 
 
Majlis Khatam Quran
Tarikh: 02/04/2010
Majlis Akad Nikah dan Majlis Perkahwinan
Tarikh: 03/04/2010
Tempat : Jalan Melati, Gombak.

Selamat Pengantin Baru untuk sepupu suami teman Erwani yang memilih Ezrin sebagai pasangan hidup yang berlangsung dengan meriahnya pada 03/04 yang lepas. Semoga pasangan ini akan dapat melayari kehidupan berumahtangga dengan aman damai dan bahagia sehingga akhirnya. Layan aja apa adanya xtvt kami pada hari kejadian....



Majlis khatam quran ini diserikan juga dengan dua orang sepupu lelaki mereka. Menu haritu ada laksa utara, nasi dagang, roti jala kuah durian, pulut kuning rendang daging, kuih muih yang pelbagai, buah-buahan lagi... isyh memang sedap kesemuanya.



Acara berposing adalah acara wajib sepupu-sepapat..


Cik Wanie sah bergelar isteri kepada Cik Ezrin... Pengantin bergambar dengan mak sedara pengantin perempuan yang mendapat sponsor baju sedondon dari mak pengantin tapi mak pengantin takder lak dalam gambar sibuk menyambut tetamu yang tak putus-putus datang..



Iniler ghopenyer anak teman kena solek dengan sepupu ayah diaorangler, budak berduani memang suka bersolek tapi ibu dia mana ada alat mekap selain dari bedak... keh! keh!.. carilah orang yang nak melayan kerenah korang berdua.. Menu pada hari ini pulak memang best belaka tau, sebabnyer sarapan pagi ada mi kari kerang yang memang sedap sangat, ada satay ayam yang juga sedap, sori harini takder nasi minyak tapi hanya ada nasi putih yang mana lauknya adalah keli bercili, gulai lemak nanas, sambal sotong kering, bergedil, rendang daging, sambal belacan, ayam goreng, rasanyer itujer... tapi memang menyelerakan tapi teman ketagih makan mi kari dia yang masih ada lagi sampai tengahari.


Teman suka tengok aksi budak 3 sepupuni yang seronok dapat lolipop yang comelni bukannya diaorang nak makanpun. Memang membazir sangat rasanya, kita nak makanpun cam manis sangat.



Oleh kerana rumah Anjang ngan rumah nenek sebelah menyebelah bolehler budak-budakni melepak kat rumah moyang diaorang sambil layan tv sambil baring-baring, makan satay, minum cendul.. Tengokler Atikahtu nampak dah nak sama tinggi ngan Naufal yang 6 tahun dan Nurin yang 8 tahun sedangkan Atikah baru 4 tahun...



Kenal tak ngan Dhia AF5ni?? Tapi masa kendurini orang panggil dia Esahjer sebab sekarangni tengah glamer cerita Halimah Jonggang yang dia berlakon jadi Esah. Esahni adalah adik ipar kepada salah seorang sepupu suami teman, masa belum masuk AF dulu selalu gak rasanya dia datang rumah nenek temanni.


Ini pulak gambar Atikah dan Azalia dengan dua pupunya kebanyakan adalah cucu kepada nek Jang diaorang...




Sepupu yang kuat bergambo pantang nampak kamera pastilah kepala masing-masing senget, yang kecik pun dah mengikut dah tu...

KeSiMpuLaN....
Meriah... meriah... dengan makan-makan-makan....

Tahniah untuk cik Wani dan bro juga keluarga pengantin Mak Jang dan anak-anak juga menantu..Kita jalan ke Johor lak minggu ni.. sambung kemeriahan di Gombak ini.... posing- posing-posing

Salam Penuh Takaful...
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG....


Wednesday, 31-Mar-2010 07:57 Email | Share | | Bookmark
Memeriahkan majlis harijadi xtvt minggu terakhir Mac

 
 
 

Hujung minggu terakhir untuk bulan Mac kami sekeluarga mendapat jemputan ke majlis harijadi untuk Ain yang berlangsung di KFC Wangsa Maju pada 27/03 manakala Eyrfan di rumahnya Taman Tenaga, Puchong pada 28/03. Memang seronok kerana jumpa ngan kawan-kawan fp yang tersayang walaupun kini diaorang dah bermanja-manja dengan mukabuku tapi tetap teman mengatakan mereka kawan fp kerana dari fplah kami berkenalan dan kini dapat bermesra di alam nyata.

Majlis Harijadi Ain iaitu anak kepada pasangan bahagia As n Azlan memilih hijau sebagai warna tema iaitu warna yang tak berapa ada dalam almari baju tapi bernasib baik kerana Atikah mempunyai sehelai baju lama menepati tema. Maafkanlah kami As, dahler warna baju "celam celum (campur adukler tu)" kami gak datang lewat di sebabkan tengahari itu Atikah telah terjatuh dari kerusi yang mengakibatkan dagunya membengkak. Nasibler surut sedikit dan akak main redahjer walaupun dah terlewat dengan harapan sempat menghadirkan diri dan kami sungguh bertuah sekali kerana Ain belum lagi memotong kek. Teman berdoa semoga Ain akan menjadi anak yang pintar dan solehah yang menjadi kebanggaan dan kebahagiaan untuk kedua ibu bapanya. TERIMA KASIH untuk As dan Azlan yang begitu baik hati menjemput kami dan layanan baik yang diberikan juga cenderahati yang membuatkan Atikah dan Azalia gembira sekali. Layan ajalah gambar yang dikombinasi dari kamera teman ngan cilokan terbaik dari kawan-kawan...



Masa teman datang diaorang duk tunggu si Chicky yang tak keluar lagi dan besday girl dah tak sabar nak potong kek gitu gak tetamu kenit dah mula nak cuit2 kek yang cantiktu...



Chicky tak sampai lagi bergambar dulu ngan besday girl yang cute miut tu...



Ini aksi menunggu ketibaan Chicky dan jugak ambik kesempatan kepada yang berani untuk bersalam dengan Chicky.. Azalia dah menyorok belakang teman dah tak menangisler, tapi der gak tetamu kenit meraung nampak si Chickyni.


Selamat Hari Jadi untuk AIn yang cumel... semoga diberikan kebahagiaan berpanjangan untuk Ain sekeluarga dan diperbanyakkan rezeki untuk hari mendatang.




Posing2 acara wajib kalau jumpa ramai22ni. Dan posing lagi... jangan tak posingkan....



Aksi budak2 dapat macam2 dari tuan rumah...


Gambar bersama Chicky yang duk sebelah kami.. nakal chickyni di usiknyer Azalia.. Azalia mengeletar tapi tak nangis geli kot....


Keberangkatan pulang puteri tercinta ke rumah moyang mereka di Gombak..


Ini pulak majlis harijadi Eryfan @ Epan anak kepada Liya @ Andak Cute di Home Sweet Homenye di Taman Tenaga, Puchong sepelaungjer ngan rumah teman tapi baru pertama kali teman sampainyer. Teman sampai lewat lagi harini disebabkan adik teman yang tinggal kat Bukit Jelutong, Shah Alamtu mengajak teman makan tengahari kat rumah dia sebab nak kenalkan ngan bibik baru dia. (isyh lupa ler pulak nak ambik gambo Atikah ngan Azalia main ngan Marcela). Bajet masanya cukup sekali mertua teman nak balik lepaih tengok Azizah Mohamad (penyanyi dan wife A Rahman Hassan) dalam rancangan Nona sebab Azizahtu kawan sekolah dia tak silapler. Memang terlewat lagiler teman, tak dapat tengok Epan potong kek. Seronok sebab jumpa ngan Nurul Fafau yang femes pertama kalinya dan memang seperti dijangkakan memang kecik molek orangnya dan jugak dapat cubit pipi Farah walaupun dia bad mood.


Ramai yang dah balik waktuni..


Seronok kat rumah Liyani nampak pemandangan bandar Puchong sebab rumah dia kat atas bukit sikit, dapat angin sepoi2 bahasa sikt tapi cuaca petangtu memang panas sangat membuatkan budak berduatu nak balik cepat. Tapi kat pondokni best sejukjer...

Ini hanya selingan belaka....

Inilah rupa dagu Atikah yang jatuh tak tau camner tiba-tibajer menangis,, dah tau dah mesti sakitni sebabnyer dia jarang menangis kalau sakit biasa-biasajer. Tapi buatkan susu terus dia tidur lepas bangun tidurtu baru perasan kat dagu dia dah bengkak, tuamkan dengan ais (betoiker petuani rasanya cam kena tuam air panas) okler kot idak tak giler kedua-dua besday bashni... Tapi tuler rupanya cam budak kena derajer.

Quote:
Hati gembira tak terkata mendapat award dari adik teman tersayang ini Puan Sue Klang ... toche.. toche... nanti akan ku mencuba sedaya upaya untuk mendapatkannyer lagi.... dan lagi.. dan lagi.. dan lagi...

Terimakasihler Sue susah-susahjer buatkan award yang cantik2 belaka kat akakni.. tapi tak leh promote habis2 nnt ramai lak pesaing nakkan award dari Puan Sue kita ni...


Akhri kalam hanya yang dapat teman ucapkan kepada semua teman-teman yang sudi datang dan yang sudi tinggalkan jejak kalian di sini...

Salam Penuh Takaful...
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
http://takafulatilia.blogspot.com[img][/img]


Wednesday, 24-Mar-2010 00:57 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kahwin di Bestari Jaya dan Kedai Ikan Bakar

 
 
 
Rasanya semenjak dua menjak ini fotopages teman ini asyik dengan kesah kenduri kahwin nak buat macamana itulah xtvt teman kebelakangan ini. Maalumler esok lusa kenduri kahwin anak kita nak gak orang datangkan ( adaker patut Atikahpun belum masuk sekolah lagi), ini semua penangan FB yang dapat menghubungkan kawan-kawan sekolah dulu membuatkan teman terbawak-bawak perasaan mendapat tahu ramai kawan yang dah boleh terima menantu( ada yang anak dah masuk Universiti). tak kisahlerkan kita tinggalkan dulu kisah itu, dan untuk entry ini tak dilupakan rasa macam rancangan Warung Kita @ JJCM pulak teman memperkenalkan sebuah lagi kedai yang sesuai untuk sahabat yang berada di sekitar Kelana Jaya dan kawasan sewaktu denganya. Apa-apapun layanler ajer apa adanya entry kali ini yang masih kisah kenduri kahwin dan jugak kedai ikan bakar Fend di Kelana Jaya untuk tatapan sahabat tersayang.



Ini adalah kenduri jiran kepada mertua teman di Bestari Jaya (Batang Berjuntailer tu!!) yang berlaku pada 14/03 yang lepas (mertua temanni ada rumah kat sana tapi tak duduk). Oleh kerana kenduri ini dilakukan secara gotong royong maka mertua teman nampak gembira dapat balik awal kesini kerana dapat bertemu dengan ramai kawan-kawan dia. Majlis perkahwinan ini walaupun sederhana tapi tetap meriah dengan riuh rendah jiran tetangga dan juga saudara mara pengantin yang datang satu bas memang terasa seronok teman melihatnya. Maalumler kat kampung teman sekarang dah takder gini lagi semuanya diserahkan kepada katering, maalumler orang kaya-kaya ( kampung teman namanya kampung serikaya). Berbalik kepada kenduritu sebab teman dah mula merapu meghabanni, tengokler budak2 seronok main bungga manggartu habis "tobek" dikerjakan oleh deme termasukler anak teman. Anak teman seronok kali ini sebabnya dapat bergambar di pelamin kerana selalunya diaorang dapat lihat pengantin bersanding tapi kali ini sebelum balik ke Kinrara sempatler dua beradikni berposing ala-ala pengantin malu kucing disebabkan ramai pulak orang menengok.



Ini adalah sekadar berkongsi maklumat tentang kedai makan di Kelana Jaya iaitu di kawasan Giant yang lama tapi dia ke depan sedikit, pusing-pusing cari jumpa rasanya sebab kedai ini agak femes di sini. Tapi maafler teman tiada alamatnya secara tepat... kata nak promote tapi tak lengkap pulak yerk [Apa-apaler Labi]... Kedai ini istimewa pada teman kerana 3@4 tahun sudah teman makan ikan bakarni kat tepi jalan di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan ambik makanan dari van keciljer. Tapi sekarangni dah ada kedai sampai dua pintutu dan dari segi kesedapannya masih sama tak berubahpun, ikan bakar ngan kuahnya best sangat dan tengoklah bandung cincau temantu bestkan. Teman pergi waktu makan tengahari dengan budak ofis punyaler ramai orang beratur panjang nak ambil makanan dan masa nak membayar. Jomler ke sini.




Gambar selingan xtvt kami yang biasa-biasa aje.. dah musim panas kalau pekena cendolkan sedap. Tapi cendul kat bandar kinrarani takler sesedap manapun tapi layanjerler. Yang bawah sekali tu pulak xtvt 2A kat depan rumah yang memang mengadap ketaman yang sentiasa happening tak kira siang ataupun malam sebabnya ada tempat main futsal tempat main sepak takraw ataupun badminton dan ada taman permainan kanak-kanak. Jadi memang tak sunyilah depan rumah temanni, sabtu dan ahad pulak ada kaum ibu buat poco-poco kat tamanni tapi teman tak join sebabnya hujung minggu teman selalu takder kat rumah. Memang happeningler jalanni kalau malamtu ada yang bukak gerai makan macam-macam ada, dulu masa suami teman nak pindah sini rasa sesak nafas sebab tengok rumah yang amatler comelnya. Tapi tidak lagi sekarang, sebab jiran-jiranpun baik-baik belaka.

Quote:
Ini award dari sUe kLaNg.. Cantiknyer award, terimakasih tau memang kali kedua dapatni. Insyaallah sehabis daya akan ku copot lagi.

Terimakasih daun keladi, mintak-mintak dapat lagi. Semoga Sue akan terus mewarnai dunia fp ini walaupun ramai dah beralih arah.


Salam Takaful..
CHO ZILA ( 019 -210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com



Wednesday, 17-Mar-2010 07:32 Email | Share | | Bookmark
Xtvt Makan... Xtvt Main.... Sayang Sara...

 
 
 
Ini xtvt makan.. xtvt main Atikah dan Azalia yang terakam di kamera handphone teman. Jugak nak memperkenalkan anggota baru keluarga kami baby Sara yang comel. Layan apa adanya...


Ini kedai di Glenmarie yang sebenarnya menarik perhatian kami semasa kami balik kampung bulan lepas namun oleh kerana kami lebih tertarik dengan kopitiam Klliney, maka kedai ini akan kami singgah kalau kami lalu lagi next time. Nama kedai ini ialah Honey Honey Grill dan teman pujiler dari segi food presentationnya memang ada kelas, dan yang bestnyer gelas airnya sebab pakai plastik tapi cun (jadi teman tak perlu risau kalau-kalau jatuh dan pecah) dan tengokler gambartu nasi lemak comel yang seringgittupun dia adun kemain cantik. Tapi kalau tanya rasatu ok-okler, sepadan ngan harga.


Ini pulak kedai kak leha yang terletak di medan selera BK4 yang menjadi kedai bidan terjun teman kalau tak sempat nak masakkan makanan tengahari untuk mak mertua dan Atikah. Seronoknya ialah seawal pukul 7.00 - 7.15 pagi kedai ini dah menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk makan tengahari dan boleh dikatakan masakannya boleh tahanlah untuk membolehkan kita bermalas-malasan untuk memasak. Gambarni masa sarapan kat kedaini hujung minggu bila entah dengan mulut Azalia yang "berselemoih" dengan kari sebab dia nak jugak makan mi kari teman dari makan mi goreng yang teman order untuk dia...


Kami anak beranak pergi pasar malam di Puncak Kinrara untuk membeli yong tau fu dan laksa. Selalunya teman bawak Atikah sahaja tapi semenjak Azalia dah pandai mengomen gitu gini kenalah angkut dia sekali naik motor. Ala pasar malam aka pasar tani ikut jalan dalamjer jadi tak takut sangatlerkan...


Ini macam biasalah xtvt dua beradik kalau dapat keluar main depan rumahjer maalumler cuaca sekarang yang tak menentu jugak membuatkan teman malaih nak membawak budak berdua ini ke taman walaupun di depan rumah sahaja. Lagipun geram sangat kemudahan kat taman itu dah tak berapa nak ada misalnya dari 4 buaian yang ada hanya satu yang berfungsi membuatkan teman tak "sio" nak menghabiskan masa ke taman.


Inilah Sara kesayangan Azalia yang juga merupakan baby terbaru yang dibela oleh mama Maya (pengasuh Azalia). Dia memang sayang sangat kat Sarani sampai mama dia cakap nak tidurpun kat tilam Sara memang terlekat kat hidung dia jerler. Kalau nak baliktu cium entah berapa kali ler Sarani memang kalau nampak babypun mesti dia kata eeeeh baby Sara lepaihtu dia cakap isyh takler comel lagi baby sara .. kelakar betoiler ...

Salam TaKaFuL IKHLAS....
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
Takaful Gaya Hidup Kini
http://takafulatilia.blogspot.com


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net