Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Mar-2010 01:39 Email | Share | | Bookmark
&*%#@@@@ Atikah dan Azalia &^^^*@#$

 
Oleh kerana cuaca kat Malaysia seperti semua orang sedia maalum bukan lagi panas dah hangat berbahang maka tak banyakler xtvt yang memerlukan kami keluar dari rumah kecuali terpaksa. Layanler apa adanya gambar kami kali ini iaitu masih lagi kenduri kahwin di Klang tapi kali ini anak kepada sepupu suami saya yang di langsungkan di Teluk Menegun. Juga aksi dua beradikni semasa musim panas-panasni kat rumah dan persekitarannya dan sebenarnya susah betoiler nak masukkan gambar kat fpni mingguni sebab yang tak dapat dielakkkan.. Layanjer ler apa yang ada ni dulu........



Kendurini di langsungkan di rumah nenek pengantin iaitu kakak kepada arwah bapa mertua teman yang mana mereka anak beranak, saudara mara melakukan gotong royong untuk majlis tersebut. Tapi teman idakler pergipun cuma datang pada hari kenduri sahaja, keh! keh!, lagipun family diaorangni memang ramai yang jadi tokey katering dan tokei kedai makan takder hal punya...



Aksi dua beradik yang melahap jagung, nampak sedap sangatkan. Suka dapat gambar diaorang berdua sekalini sebab kemain susah nak ambik gambar berdua sekali tapi tengokler betapa tak "semeng-gah"nyer rupa budak berduani....



NI gambar ibu dia yang takder keje, semua nak diambiknyer... Sekali perasan tak gambar Azalia pakai baju hello kittytu tangan yang terjulur tu datang dari mana yerk!!! sebab apa masa ambik gambarni betoi2 tengah azan maghrib kat tv ngan surau.. rasa cam misterijer tapi rasanya ada sebab teknikal yang teman tak tau nak explainkan... maalumler lemah sikit nak berfikirni...
Quote:

Takaful IKHLAS dapat pengiktirafan dari majalah antarabangsa, sungguh membanggakan...
Takaful IKHLAS Named Best Takaful Provider At Euromoney Awards Ceremony

KUALA LUMPUR, Feb 23 (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd was named the "Best Takaful Provider" at the recent Euromoney Islamic Finance Awards 2010.
Organised by financial magazine, Euromoney, the awards ceremony was held at the Landmark Hotel in London.
In a statement Tuesday, Takaful Ikhlas President and Chief Executive Officer Datuk Syed Moheed Syed Kamarulzaman said the award, reflects the company's commitment towards strengthening its status as the leading provider of financial protection services based on Islamic principles and values.
The Euromoney Islamic Finance Awards is seen as the highest appreciation on the Islamic financial calendar and an annual recognition for outstanding performance, quality and services as well as innovation in the sector concerned.
Takaful Ikhlas is a subsidiary of MNRB Holdings Bhd, an investment holdings company, listed on the main board of Bursa Malaysia. Its main shareholder is Permodalan Nasional Bhd.

Sebelum ini sekitar bulan Januari, Takaful IKHLAS dah menang di Malaysia.
Takaful IKHLAS Wins Two Brandlaureate-SMEs Chapter Awards 2009

Boleh baca artikel penuh di SINI :-Takaful IKHLAS Wins Two Brandlaureate-SMEs Chapter Awards 2009

Syed Moheeb with the BrandLaureate SMEs Chapter Awards 2009 for Corporate Branding - Best Brands in Services - Islamic Protection Services; and Best Brands in Product Branding - Best Brands in Services - Healthcare Insurance.


sAlAm TaKaFuL
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takaful-atilia.blogspot.com


Tuesday, 2-Mar-2010 22:52 Email | Share | | Bookmark
Kenduri kahwin anak sepupu suami di Klang

 
Hujung bulan Februari yang lalu kami menghadiri kenduri kahwin anak lelaki kepada sepupu suami yang berlangsung di Taman Maznah, Klang. Rasanya bulan Februari ini dah 3 kali kami ke Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan dan yang pasti minggu hadapan juga kami akan ke Klang lagi. Kenapa selalu kenduri kahwin di Klang kerana arwah bapa mertua teman berasal dari Klang dan kebetulan keluarga mak mertua teman juga pernah tinggal di Klang maka kalau tidak keluarga pastilah kawan-kawan dia ramai yang ada di Klang. Sebenarnya gambar ini teman ingin kolabrasikan dengan kenduri pada minggu hadapan tapi disebabkan tiada xtvt lain dilakukan minggu lepas maka teman abadikan gambar ini untuk kenangan pada entry kali ini..



Anak teman yang tak berapa nak makan pada hari itu mungkin jugak cuaca yang agak panas pada haritu. Azalia pulak terpaksa dikejutkan dari tidur kerana teman dah tak larat nak memangkunya, tengok ajerler Azalia tidur nyenyak walaupun mukanya dah berpeluh-peluh. Dan paling kelakarnya kasut Azalia terjatuh sebelah semasa teman mendukung dia dari kereta dan teman terpaksa mencarinya balik, nasibler jumpa kot idak jenuh teman nak mendukungnya sampai selesai majlis.


Anak teman tak berapa gembira sangat sebab tak dapat banyak buah tangan cuma bunga telur dan gula-gula sahaja sebab tetamu jemputan dia yang ramai berdasar dari bilangan khemah yang didirikan.
Memang patutlahkan sebabnya sepupu suami sayani adalah Ketua Kampung disitu dan sudah pasti tetamunya bukan sahaja saudara mara dan kawan-kawan sahaja tapi juga penduduk kawasannya.



Pengantin yang sama cantik sama sepadan yang duduk di pelamin yang indah berseri semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.


Tembok sekolah tadika depan rumah pengantin yang ada gambar Mickey & Minnie Mousepun jadi sasaran Atikah berposing. Tapi kelakarkan tengok M&M mouseni cam cacatjer kata Nabil anak saudara teman.


Seronok Azalia tengok kereta Hello Kitty berwarna pink terus dia berlari ke arah kereta ini, tapi sayangnya cuaca haritu terlalu panas sebabtu mata azalia tak berapa nak terbukak. Sekarangni Azalia tengah suka pada Hello Kitty, semuapun nak Hello Kitty.




Quote:

Ini hanya gambar kenangan sepanjang zaman yang tak akan dilupakan walaupun telah hampir 10 tahun berlalu. Terasa rindu dengan zaman-zaman mengusung haversack, tidur dalam khemah, mandi air sungai, masak ramai-ramai.. alangkah indahnya saat-saat itu. Teman akan sentiasa menggalakkan anak teman sekiranya mereka berminat untuk meneruskan hobi teman yang satu ini kerana banyak kebaikan yang diperolehi dari xtvt ini...

Gunung Kerinci berketinggian 3805m (12,484 feet) terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Gunung yang harus di daki kerana gunung ini adalah kedua tertinggi untuk rantau Asia Tenggara selepas Gunung Kinabalu. Yang membezakannya ialah gunung ini merupakan gunung berapi yang masih aktif dan kita dapat mencium bau laharnya dan sekiranya kita sampai ke puncak terdapat sebuah kawah gunung berapi yang besar.. Subhanallah terlalu indah pemandangannya yang tidak dapat teman gambarkan dengan kata-kata. Memang berbaloi-baloiler dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa ditempuhi untuk sampai kesini dan kebetulan hari kami turun dari gunung itu adalah hari jadi teman maka dua orang kawan kami yang tidak sama-sama naik gunung telah bersusah payah membelikan kek di pekan berhampiran. Walaupun kek itu tak sesedap mana tapi sambutan itu memang menyentuh hati teman dan bibik yang empunya rumah penginapan yang kita tumpang itu menyediakan ubi rebus yang memang manis sangat. Jomler ke sana... ish! kalau der anak kecikni "rentikan" aja... Perjalanan ke kaki gunung jer rasanya memakan masa 2 hari belum mendaki 2 hari balik lagi 2 hari. Bestkan!!
Boleh juga klik disini :-maklumat gunung kerinci .



Salam Takaful..
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS


Tuesday, 23-Feb-2010 06:15 Email | Share | | Bookmark
Kegembiraan kami di majlis harijadi Princess Damia

 
 
 
Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi Damia.. Selamat Hari Jadi.... Semoga Damia akan menjadi insan pintar dan berjaya dunia akhirat. Terimakasih untuk adik Lela tersayang atas jemputan ke majlis hari jadi anakandamu yang tercinta, terimakasih untuk makanan yang sedap, terimakasih untuk goodies yang cantik dan terimakasih untuk majlis yang sangat sweet. Semoga dimurahkan rezeki dan next time jangan serik-serik jemput kami lagi. Yang paling seronok sudah pastilah dapat jumpa adik-adik teman semuanya dengan anak-anak mereka yang sangat comel, semoga hubungan yang bermula di fotopages ini akan terus mekar hingga akhirnya. Okler, jom tengok gambar-gambar kami sepanjang majlis harijadi Damia yang berlangsung di Presint 9, Putrajaya pada 21/02 yang lepas.. cargas..



Ini masa mula-mula sampai rumah Lela, maalumler lelah gak panjat tangga sampai tingkat 5 ni ha (kebetulan haritu lif rosak). Dan seperti biasa anak teman memang pemalu dan sopan santun tahap gaban punya kalau berdepan dengan orang ramai. Biarpun kawan-kawan dah memulakan xtvt main bersama tapi Atikah dan Azalia hanya memandang tanpa rasa teringin dan semua orang akan kata anak Cho ni baik sangat. Keh! keh! drama queenler anak temanni.


Ni pulak bila ramai yang sibuk ambik makanan maka budak dua orangnipun mulaler seronok main mainan Damia yang banyaktu, senyumpun dah nak sampai ke telinga. Budak dua orangni tak der chance nak main mainan banyak2 gini sebabnya rumah kamini takder bilik khas untuk menyepahkan mainan jadi kena keluar sikit2 sebab main kat ruang tamukan. Maalumler rumah bilik ada 3 saja, satu bilik mak mertua teman, satu lagi bilik kami anak beranak dan satu lagi memangler jadi stor sebab dulu duk rumah kerajaan punyaler besar pindah sini dah tak tau nak letak kat ner... padan muka....









Muka Atikah menunggu auntie Lela bagi kek kat dia kesian teman nengoknyer dah berdiri ngalahkan askarjer. Dah dapat kektu Azalia pulak yang makan lebih-lebih, sedap sangat gamaknya sampai temanpun tak dapat nak merasanya...






Ini semua hasil tembakan adik-adik teman terutamanya syima, reen mama dina, lynn jugak reen mama zaraa yang teman berkenan belaka.. masani dah malas nak keluarkan kamera lagi.. tapi consider kalini teman keluarkan gak kamera berbanding gathering dulu2 memang tak keluar langsung mengharapkan orang punya jer.. tapi betoiler lain rasanya biarpun gambar dari kamera kitatu berkabus sikit tapi rasa puas hatitu lebih sikit kot!!


Thanks Lela ... budak dua orangni kemain suka dapatni, kecoh kat rumah Mak Zana dia bercerita niler kawan kita tau yang besday tadi. Tapi kat besday tu pendiam yang amat, alahai... tapi Lela semua orang kata muka Damia masatu(kat goodiestu) sikit2 der iras muka Atikah, teman kata mun dah keturunan orang Perak sikit-sikittu adaler kot!!!


Quote:
Terima kasih untuk adik teman yang sorangni sue ratu pencopot kerana sudi memberikan teman award yang ditunggu-tunggu.

Seronok pulak sekarangni banyak gak award yang teman dapat.. terima kasih ler yerk!!


Salam Takaful....
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara


Thursday, 18-Feb-2010 06:03 Email | Share | | Bookmark
Cuti panjang .. semangat satu Malaysia..

 
 
 
View all 4 photos...
Semangat satu Malaysia di sini yang bermaksud teman bercuti mengalahkan orang yang nak menyambut perayaan Tahun Baru Cinatu sendiri, sampai budak kat opisni tertanya2 kerana teman bercuti bermula dari 11/2 hingga 16/2 yang lepas. Temen "kecek" bebudaktu yang teman ambik upah buat kuih kapit boleh.. takder siapa yang percayapun. Sebenarnya teman ada hal yang terpaksa di selesaikan pada hari khamis(11/2)tu dan dah alang-alang menyeluk pekasam teman ambik sekali cuti pada hari jumaat, baru puas hatikan..



Petang khamistu kami pergi ke IOI Mall sebetulnya nak pergi ke RHB Bank untuk keluarkan duit tapi rupa-rupanya RHB dah berpindah ke bangunan baru seberang jalan. Terpaksalah teman tinggalkan 2A dengan ayah dia kat IOI Mall dan teman menapak bersendirian ke sana maka selepas kehausan maka Tutti Fruitti ni menjadi pembasah tekak.Harga dia boleh tahan jugakler mahalnya pada temanni (kami punyatu RM16.40) tapi sedapler jugak kerana yogurt dia dah jadi macam ais krim dan boleh bubuh buah mengikut pilihan hati.


Atikah dengan kawan baru kenal masa main-main di playland Giant Kinrara selepas selesai urusan rasmi kami di Bandar Puteri Puchong. Budak-budakkan kalau suruh bergambar menjadi saja, dan boleh posing dengan aksi mulut yang lebih kurang sama...



Duk rumah...



Sarapan sebelum balik kampung di Killiney, Glenmarie...



Ini pulak saja nak ditepek di sini sebagai kenangan kerajinan teman suatu masa dulu.yang tak mungkin kembali lagi. Ini semua dan sebenarnya banyak lagi xtvt yang teman lakukan untuk mengisi masa lapang dan memang seronok meralitkan diri bermain dengan benang ataupun manik. Kalau perasan yang bunga ros tu menggunakan manik dan hasilnya memang menarik dan berkilau sedikit..


Kami balik dari kampung pada hari isnin kerana menghadiri majlis perkahwinan staf sepejabat dengan suami teman di Sungai Besar. Seronok jugak rasanya setiap minggu ada sahaja majlis perkahwinan yang dihadiri dan sebenarnya pada 14/2 iaitu hari ahad juga ada majlis perkahwinan di USJ Subang yang tak dapat kami pergi. Atikah dan Azalia suka pergi orang kahwin bila bab dapat jajan bawak balik, tengokler aksi budak berduani menjenguk buah tangan tersebut dan semestinya kalau dah dapattu tak ingat nak makan nasi.

Quote:
Entryni memang kelam kabut sikit.. masukkan gambar terlupa nak klik unpublished, sempat sue komen sekali, lepaihtu teringatkan award yang sungguh dihargai farah n fauzana maalumler niler pertama kali teman mendapatkannya setelah berbulan mungkin bertahun teman menunggunya... Terima kasihler nurul, akak tak kisah dah sekarang dah puas hati dah walaupun dapat sekali...

Seronoknyer dapat award dari Nurulni tau...


Takaful Pendidikan....
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara




Wednesday, 10-Feb-2010 03:59 Email | Share | | Bookmark
Hujung minggu pertama bulan Februari....

 
 
Hujung minggu pertama di bulan Februari kami terisi dengan menghadirkan diri ke kenduri kahwin dan meronda pasaraya mana lagikan... Pada hari sabtu kami pergi kenduri kahwin anak kepada kawan suami teman dan selepas kenduri kami singgah ke Shah Alam Mall untuk satu urusan dan oleh kerana suami teman tiba-tiba senak perut maka teman yang berhajat untuk menghadirkan diri ke majlis sambutan harijadi Khalish Nuha anak kepada mie2 terpaksa dibatalkan. Memang frust sangat haritu sebabnya dah belipun hadiah untuk Nuha dan yang kecewanya sebab tak dapat lagi jumpa ngan Mie2, mintak maaf adik... Hari ahadnya pulak teman pergi ke Amcorp Mall saja suka-suka sebab dah lama tak pergi situ, kat sinikan kalau sabtu dan ahad cam ada pasar jual barang macam-macam dari barangan yang antik, aksesori, mainan memang bestler ralit rasanya. Macam biasa kalau gi sini mesti beli "fridge magnet" kat gerai yang kat bawah sekalitu, tapi gambar kat Amcorp Mall takder pun... Apapun mohler kita sama-sama tengok gambar tak seberapa dari kami ....



Ini xtvt kami yang pertama pergi ke rumah orang kahwin di dewan serbaguna Pejabat Tanah daerah Klang.. last week gi orang kawen kat Dewan Hamzah, Klang kalini depan sikitjer dari situ. Juruacara majlis haritupun adalah Nizar(ye ke nama diani) pernah mengacarakan rancangan pagi kat TV3 yang sekarang ini Ally Iskandar jadi pengacaranya... Atikah masatu mengadap hidangan diet ibu dia, rojak mamak tapi teman taruk banyak sayur tapi dia hentam dulu sebab diapun tak nak makan nasi. Azalia seperti biasa nasi menjadi santapan dan syukurlah semua nasi yang dalam pinggantu semua dia makan.



Ini aksi Atikah pulak yang menadahkan tangan berdoa mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Tengokjerler kaki dia yang bersilang kat atas kerusi dan bila kita tunjuk gambar tu dan tanya kenapa dik Ya angkat kaki dia jawab apa tau ada kucing kat bawah, dia ingat gerai makanler tu... Azalia memang kalau tanya dia sentiasa ada jawapan tak kira betoi atau salah, kadang-kadang lucu jawapan dia....



Aksi anak teman dapat balik dari kenduri, punyaler merungut nak balik suruh ambik gambar ngan kereta pengantin yang cuntu dah tak nak.. berlari keseronokan dapatlak buah tangan bawak balik macam2 lagiler seronok tak terkata..



Ini gambar pergi makan di Old Town kat Taman Kinrara kot selepas meronda di Amcorp Mall, Petaling Jaya... Kopitiam Old Town kat sini besar sampai dua tingkat tapi inilah pertama kali gi kedaini sebab jarang pergi ke Taman Kinrara sana nun...




Ini gambo enteprem ajer.. Ini adalah Azalia dengan Puteri kawan tidur, kawan makan, kawan belajar, kawan mandi, kawan menangis, kawan bergaduh, kawan bermanja iaitu budak yang juga dijaga oleh mama Maya (pengasuh Azalia). Mereka ini sebaya tapi Puteri lahir bulan Mac dan Azalia pulak lahir bulan Oktober.....

Takaful .. Takaful... Takaful...
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara
http://takaful-atilia.blogspot.com


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net