Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Feb-2010 20:57 Email | Share | | Bookmark
Layan apa adanya....

 
 
 
Salam sejahtera semuanyer..
Edisi kali ini teman hanya nak memaparkan gambar pelbagai cerita 2A.. Macam biasa layan ajerlah apa adanya xtvt kami dan gambar kami yang tak seberapa ini....


Pertamanya nak tayang gambar Atikah dengan baju uniform tadika Pemata Riangnya.. Semoga Atikah akan menjadi insan yang berguna dan berjaya hendaknya, ibu akan sentiasa memberikan dorongan dan sokongan setakat kemampuan.


Ini adalah acara paling "happening" kami dapat berjumpa dengan kawan-kawan fotopages yang begitu ramai pada hari tersebut... ish! tak sia-sialer teman selalu komen mengomen disini dan dapat kenal dengan adik-adik yang menerima teman seadanya. Semoga ikatan persahabatan dan kekeluargaan kita akan kekal selamanya.. Ish!! merapu dah ini adalah majlis harijadi Zaraa yang cute dan sweet anak kepada mama zaraa yang vogue yang berlangsung di KFC Xtreme Park, Shah Alam pada 30/01 yang lepas.. Terima kasih kerana mengajak kami pada hari itu...




Nak tengok betapa happeningnyer kami hari itu bolehler tengok gambar kat fotopages adik-adik teman tercinta kat sini:-wani yang manis, as yang comel, rinna yang cun, reen yang mesra, yul baru kukenali dan yang lain mungkin tak update cerita besday bashni kat fotopages tapi kat facebook ramai dah update tau..!!! Memang best sebab dapat jumpa pertama kali ngan cikgu anna, watie, rinna, fieza, gee, faiz, ila, mira johar dan tak ketinggalan adik-adik kesayangan teman yang lain reen, wani, liyya, lela, syima, ckyn, izza, hanaz, as, lyn, reen, .. Bak kata staff KFC yang organizekan eventni akuni macam kena kejar dek paparazi lak, gituler gemerlapan cahaya kamera yang canggih2 pulaktu membuatkan teman tak kuasa nak keluarkan kamera teman... Sori wani akak ambik gambar yang cun2ni dari album facebook wani, halalkan yer dik.


Ini jugak kejadian yang berlaku sebelum birthday bash Zaraa iaitu kenduri kahwin cucu saudara arwah bapak mertua teman di Dewan Hamzah, Klang. Yang paling best untuk teman yang konon tak nak makan nasi ini ialah teman dapat makan pecal yang sedap sangat dan menu dia memang boleh tahan sedapnya.. Tapi tengokjerler Azalia yang menangis sebab mungkin nak tidur dan me"netek" tapi disebabkan nenek dia ingin menunggu kehadiran pengantin terpaksalah menahan perasaan gamaknya.


Ini gambar di SACC Mall, Shah Alam sebab lepas besday Zaraa tu kami anak beranak tidur kat rumah nenek sedara 2A kat Seksyen 9, jadi tempat lepak yang terdekat adalah SACC. Sebenarnya tujuan tidur kat Shah Alamni adalah supaya pagi ahadtu senang kami bergerak ke Pasar Tani kat stadiumtu konon-kononnya. Tak habis pusingpun sebab punyaler ramai umat Nabi Muhammad haritu yerler baru lepas gajikan dan punyaler panas sampai tak sempat nak suruh 2A berposingpun....


Aktiviti makan-makan di KFC dan Pizza Hut, Giant Bandar Kinrara yang menjadi tempat untuk bermain di sebabkan sekarangni nak bawak gi taman depan rumahtu pun cuaca selalu tidak mengizinkan, kalau panastu panas terik kalau idak hujan.. budakni dahler tak berapa nak sihat sangat.



Atikah dan Azalia in action... Ada-ada ajerkan..

Wakil Takaful IKHLAS
CHO ZILA (019-210 4240)
Bandar Kinrara, Puchong
jemput masuk blog kami


Thursday, 28-Jan-2010 12:08 Email | Share | | Bookmark
Cerita basah tekak....

 
Cerita basah tekak maknanya cerita kali ini hanya untuk memastikan fotopages teman ini masih bernyawa. Basahkan tekak sikit gambar anak-anak teman yang diambil oleh suami mengunakan kamera DSLR yang baru diperolehi oleh department dia. Oleh itu anak-anak teman menjadi modelnya terlebih dahulu supaya besok apabila nak demo ngan anak buahnya tidaklah terkial-kial.... Camner layanler macam biasa gambar Atikah dan Azalia ini...


Senangkan tak yah belikan meja just letakkan kotak budak-budakni dah boleh belajar menulis dan membaca hanya mengunakan kotak ini sahaja. Jimat duit dan jimat ruang...


Sekarangni Azalia memang tak boleh nampak kamera mesti nak berposing punya, kadang-kadangtu terfikir gak kat mana ler dia belajar posing gaya macam-macam.. Tapi teman tau anak dara rumah mama mia(pengasuhnyer) memang suka melayan kerenah dia ngan Puteri (kawan azalia kat rumah pengasuh)....


Okler tu.. Azalia kalau menulis selalu sebut gini bulat kecil, bulat besar... bulat kecil bulat besar kononnya dia lukis bulat satu kecik satu besar tapi lonjongjer..

Quote:
Saja nak tayang awardjer ni...

Ini award dari adik teman iezah yang dah dua kali teman dapat. Terima kasihler wahai Iezah.... tapi maafler lambat sikit baru nak gantung dengan pertanyaan bila nak publish cerita baru....


Ini adalah award dari sahabat yang bernama Za dari Penang, thanks na sekali harung kami tiga orang dapat no
!!!

Simpan jangan tak simpan...
CHO ZILA (019-210 4240)

wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


Tuesday, 19-Jan-2010 04:32 Email | Share | | Bookmark
Gitu gini.... Rojak Kinrara

 
00:00
 
00:00
Kali ini sengaja menyiarkan saki baki gambar yang ada untuk tatapan kengkawan dan adik-adik semuanya. Dah jadi rojak Kinrara, teringat lak orang satu jalan rumah teman jual rojak kinrara ala singapura sedap... lepas puasatu terus tak meniaga, apaler kot idak petang2 leh cari makan senang... Ha! entry kali ini ada kisah Azalia menyanyi, kisah Atikah demam yang sampai kini ada saki baki batuk2, gambar 3 sepupu yang kelakar dan jugak kisah main masak-masak.... Jadi layanjer ler macam biasakan...


Terimakasih untuk mak nani atas kebaikan mencurahkan ilmu pada teman maka dapatler teman berkongsi video Azalia menyanyi sebab keboringan dalam kereta semasa dalam perjalanan balik dari kampung teman ke Kinrara... Layanjerler....


Muka Atikah yang deman dan terpaksa ke klinik sebanyak dua kali nampaknya. Teman takut benonya nak pegang dia sebab doktor kata dia nampak lelah sikit, takperlah semoga sembuh...


Ini gambar 2A ngan sepupunya yang bernama Naufal di rumah Mak Jana kat Putrajaya. Tengok muka Atikah yang tak bermayatu masih lagi demamtu...


Azalia yang pantang nampak kamera berkesan gak ajaran ibu ini, tapi yang bestnyer ayahpun sekarang suka melayannyer. Ini topi masa kami pergi zoo negara tahun sudah (harap2 tahunni pergi lagi) dan jugak spek mata cik Ika...

Quote:
Oleh kerana teman ada masak-masak hujung 2 minggu sudah sebenarnya maka teman tepekler entry kali ini resipi main masak-masak teman yang dah lama teman nak buat.. Nama masakan ini teman tak berapa tahu tapi resipini istimewa untuk keluarga teman sebabnya hari rayapun mak teman masak ini makan ngan lemang. Sebab resipini mudah dan dijamin tahan lama dan juga disukai oleh adik beradik, jiran dan jugak sedara mara. Jadi harini moh kita masak-masak...

Senang bebeno:-
♥ ~ Bawang di goreng sehingga garing, kalau boleh banyak ler sikit...
♥ ~ Daging diperapkan dengan kicap (mak teman guna hanya Tamin) ngan sedikit gula, tambahkan air sedikit. Perapkan selama lebih kurang 10 minit dan ditapiskan tapi kicaptu jangan dibuang.

Maka tumiskan :- Cili kering kisar agak banyak sedikit sehingga garing.
Boleh dimasukkan:- daging yang telah ditapis.
(apabila daging agak2 masak)
Masukkan pula:- kicap tadi dan jugak air asam jawa..
Terakhir sekali masukkan:- bawang goreng tersebut...
(gaul sebati).. wah dah siap... senangkan.....

Maafkanlah kualiti gambar kurang memuaskan..


SiMpAnLaH sEbELuM sAkiT
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG


Monday, 18-Jan-2010 07:41 Email | Share | | Bookmark
Apa-apa ajerlah

 
 
 
View all 5 photos...
Apa-apa ajerlah dari kami... sesuai ngan tajuk apa-apa ajerlah xtvt Atikah dan Azalia di masa lapang dan jugak kenangan kami ke KLIA semata-mata untuk merasa naik tren dan jugak tengok kapal terbang dari dekat (kesiannyer tak pernah naik kapal terbangler katakan)... tapi tak kisahlahkan janji happy tapi tak happy sangat sebenarnya sebabnya Atikah tak berapa sihat sangat terbatuk2 dahler orang asyik menengokjer kot ada H1N1kan.. Entry kali sebenarnya banyak gak gambar nak dipublishkan dan sebenarnya nak keluarkan gambar lain tapi entahler punyaler susah nak masuk jadinya apa yang adaler janji adakan. Jadi layan ajerler gambar2 yang adani....



Tak payahler mendaftar kat Fitness First kawan2 boleh mengikut cara Atikah dan Azalia exercise... Ni ler rupa budak dua orangni senyap2 duk kat luar rupanya buat exercise yang maha bahayani.


Budak dua orangni sekarangni kalau masuk dalam kereta dah pandai bergaduh nak duduk kat mana tengok jerlah tak boleh duk dekat-dekat. Tuler mak teman suruh amalkan ayat surah Thoha ( 1- 8 ) supaya hubungan baik antara suami dan isteri, adik beradik, anak-anak dengan kedua ibu bapa dan lain-lain. Kadang-kadang ingat kadang-kadang lupa, ishhhh apaler nak jadini....


Rombongan ke KLIA nak tunggu KLIA transit kat Putrajaya, Nabil terpaksa ikut sebab nak jaga Naufal.. Tengok ajerler Azalia yang tersenyum dan memang lasak ngat naik trenni sebab tak ramai orang jadi diaorang buat cam rumah sendiri, malu gakler..


Kelakarnya duk tengok kapal terbang dari sinijerlah, almaklumler tak berkesempatan nak terbang kemanapun. Nak balik kampung takderler pulak flight ke Ipoh sana, kot ada cam dulu2 dah lama dah bawak budak dua orangni terbang. Tapi diaorang takler excited ngat nak tengok kapal terbang duk tanya Awan Danianyer mana ibu, la si Scha yang kecoh tu gak di tanyanyer....


Okler tu tak dapat naik kapal terbang dapat naik mainan kapal terbang kat KFC KLIAni pun okler jugakkan, tapi biasalerkan KFC kat sini harganya naik lebih kurang 30% gakler dari biasa.

SiMpAnAn PeNdiDiKaN TiNgGi...
CHO ZILA (019-210 4240)
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG

http://takafulatilia.blogspot.com


Monday, 11-Jan-2010 02:42 Email | Share | | Bookmark
Kejadian sepanjang minggu terakhir 2009

 
 
 



Ini antara kejadian yang berlaku sepanjang teman bercuti dihujung tahun lepas yang meyaksikan pelbagai tempat kami terjah selepas kami terpaksa balik kesini dalam rela terpaksa itu. Oleh itu suami teman terpaksa mengambil cuti rabu dan khamis untuk memastikan kami bergembira untuk menamatkan tahun 2009... Layan ajerlah xtvt kami anak beranak yang padat tapi menggembirakan.


Hari isnin bersamaan 28/12 kami duduk dirumah sahaja kerana suami teman tidak bercuti maka xtvt kami cuma main, tengok vcd, tidur dan pergi pulangkan pinggan kat rumah jiran (belikan seaneka barang dari Lumut).. tapi petangtu mesti boleh jangkalah kami pergi ke Giant yang terhampir dengan rumah kami. so, takder gambar ok!!


Besoknyer kami bersamaan 29/12 kami anak beranak seawal pagi ikut suami teman bekerja untuk kerumah Pak Busu sementelah tengaharinya teman ada urusan di Celcom Shah Alam. Gambar di bawah adalah di kedai kopitiam Pak Li di Seksyen 7(rasanya), ada 2 @ 3 gambar terdelete..jadilerkan dari takder.. Kami ke sana selepas mengambil suami teman balik dari opisnyer..

Sedap jugak mi udang Pak Li ini, Faiq makan nasi ayam lemon, makanan yang lain lupa nak ambik gambar. Teman dah rasa banyak gak menu diani boleh tahan jugak rasanya dengan tekak temanni dan harganya jugak berpatutan sangat2.


Ini pulak xtvt hari ketiga kami dan paling syiok suami temanpun mengambil cuti selama dua hari kerana dia tahu tahap kebosanan kami anak beranak kalau tinggal kat rumahni tanpa berjalan-jalan. Tapi ada gak urusan rasmi yang terpaksa diuruskan terlebih dahulu di Megan Avanue, Jalan Yap Kwan Seng dan yang bengang dan bangangnyer teman kena gi opis untuk sessi sebelah petang (2.00pm - 5.00pm)..


Jadi tengokler Azalia yang teman terpaksa bawak ke opis pada hari itu yang kemain seronok dapat main "peter"(komputer), sebab dia dah biasa main komputer kat rumah pengasuh dia kalau anak pengasuh belajar kat UiTM tu balik rumah.



Tapi takperlah selepas bengang kena gi opis haritu, kami pergi ke IOI Mall Puchong untuk tengok wayang cerita princess frog. Tengok wayang ini kedua kali untuk Atikah sebab sebelum ini dia tengok Upin & Ipin ngan ayah dia tapi first time untuk Azalia.. Ok semuanya tapi Azalia tertidur jugakler masa dah nak habistu gamaknyer penat keja opis td dan tak syioknyer kasut dia tertinggal dalam panggung nasibler kasuttu memang dah patut2 tukar lain dah...


Pada hari terakhir 2009 iaitu 31/12 kami sekali lagi ke Wisma Avanue untuk menyudahkan segala urusan dan oleh kerana semalam rancangan untuk ke Aquaria,KLCC terbatal maka kami menggantinya pada hari ini.. Sebenarnya kami memang lama ingin kesini disebabkan semasa lawatan kami ke Pusat Sains Negara tahun lepas Azalia begitu teruja apabila melalui terowong ikan yang kenittu dan sudah pasti bertambah2 lagi seronoknya kalau pergi ke Aquaria... Layan...


Aksi di atas ada dua situasi sebenarnya, 2 yang di atas adalah di Wisma Avanue dengan keseronokan budak dua orang dapat majalah barbie. dan gambar dua yang dibawahtu adalah kami di SACC Mall, Shah Alam sebab terpaksa bergegas ke SA atas urusan Celcom yang masih tak selesai..



Ini aksi ayu dua beradik yang kontrol ayu sebab harini pakai skirt, sebetulnya Azalia dah mengantuk dan dia cuma nak berdukung dengan ibu sahaja kata dia.Teman pergi Aquariani yang terakhir masa mengandungkan Atikah dan tak banyak perubahan (atau takder?? ~ apa dia nak ubahpun kan..).
Quote:

Oklah sekian dulu untuk kali ini, terima kasih atas kesudian sahabat2 yang datang kesini....


SiMPaN sedikit untuk tersayang:-

http://takafulatilia.blogspot.com
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar KiNrArA, PuChOnG


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net