Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Jan-2010 07:10 Email | Share | | Bookmark
Bertukar tahun bermakna umurpun makin bertambah... auwwww...

 
 
 
View all 35 photos...

Ucapkan selamat tinggal segala kenangan sepanjang tahun lepas dan teruskan kehidupan di tahun yang baru dengan iringan doa semoga diberkati hendaknya segala usaha dan dipermudahkan segala urusan. Tahun 2009 bukanlah tahun cemerlang teman namun teman tetap menghargai segala sejarah yang tercipta pada tahun sudah dan yang paling besar sekali ialah teman dapat mengenali ramai kenalan maya dan jugak yang paling seronok dapat bertentang mata dengan sebahagian darinya.. Tak nak ceritakan pasal azam namun layan sahaja kisah kami pada hari ahad bersamaan 27/12 hari dah nak balik ke Kinrara. Memang frust betoiler sebabnya teman sepatutnya meronda2 negeri Perak tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan terpaksalah teman balik juga...



Layan ajerlah budak baru bangun tidur, manaker rupanyer.. tapi kalau dah budak2tu comeller jugak.. Ini adalah keseronokan Atikah dan Azalia dapat banyak baru dari opah yang balik bercuti dari Langkawi dan jugak baju dari adik teman yang balik bercuti dari Gold Coast Australia...



Iniler cucu Zakaria Ansari seramai 10 orang kesemuanya dan teman paling seronok tengok muka apak teman yang gembira dengan kehadiran kesemua cucu dia. Rupa-rupanya anak sedara teman yang sulung tahunni dah nak ambik UPSR, rasa cam barujer lagi sebabnyer dari dia dalam perut sampailer berumur setahun setengah dia tinggal sekali ngan teman kat Ipoh. Anak sedara teman ini adalah anak adik lelaki teman yang ketiga ( ambik ko dia langkau teman ngan abang dia ) sekarangni duk kat Sitiawan...



Teman suka aksini sebab syahdu dan terharu tengok aksi Azalia suapkan kakak dia aiskrim dan teman berharap hubungan adik beradik antara mereka sekukuh hubungan teman dengan adik-adik teman sungguhpun berjauhan dan jarang berjumpa tapi kami sungguh rapat di hati. Ini kat depan terminal 3 subang kalau2 kembar awan dania ada, anak2 teman suka sangat tengok ceritatu. Kitaorang singgah kenduri kahwin di Sabak Bernam tapi terlupa ambik gambar...



Ini pulak sebelum balik kerumah singgah dulu Giant Bandar Kinrara sebab nak isi perut dan balik rumah boleh terus berkemas rumah dan basuh baju juga. Azalia menyanyi lagu Roda-roda Kuala Lumpur sebab selalu tengok drama yang nenek dia suka tengok cerita Yusuf Haslam.. mainanni semua main tekanjer tak payah bayar... bestkan...



Ini pulak permainan di Giant yang terpaksa dibayar menggunakan token, kiranya sampaijer rumah budak dua orangni mandi dan terus tidur lena sampai pagi letih sangatler tu...

Simpanan Pendidikan Tinggi anak anda...

http://takafulatilia.blogspot.com
Cho Zila ( 019-210 4240)
Bandar Kinrara, Puchong


Wednesday, 30-Dec-2009 07:11 Email | Share | | Bookmark
Ke Pangkor bagaikan kilat...

 
 
 
View all 14 photos...
Teman benonyer bercuti sekarangni, habiskan cuti yang tak boleh di "carry forward".. almaklumler internet tak der kat rumah jadinyer bersawangler rumah temanni.. tapi harini tiba2jer bos kecik teman nyuruh ke opis petangni sebab dia kena keluar jadinya teman mengambil masa yang pendek ini untuk meng"update" fotopages teman ini.. jadi macam biasaler dah tergesa-gesa ngan melayan Azalia yang teman terpaksa bawak ini layan ajerlah gambar2 kami yang dapat gak gi ke Pangkor masa balik kampung hari tu.. Sebenonya teman memang nak bercuti seminggu kat kampung tapi ada sedikit masalah yang memaksa teman balik ke sini secepat mungkin.. Macam tajuknya jugak teman meng"update"ni pun macam kilat jugak,,, layannnnn



naik perahu...ini sebelum naik feri.. teman mencari jam beso kat pekan lumut dah tak ingatkan kat mana entahler...


atas feri.. muka2 boring teramat.. sebelum naik feri kemain "excited" tapi lepaihtu memang boring sesangat.. kami pergi pangkor memang macam kilat hanya meronda pekan pangkor sahaja... keh! keh! menyemak betoi dahler orang punya ramai nak naik feri haritu..



atikahhh dengan aksi yang letih nak layan...



azalia yang tak kurang jugak ...

Sebenarnya kami ke Pangkor saja suka2, satu sebab nak bagi 2A rasa naik feri kedua sebab dapat parking yang kena bayo RM10 sebab kira sehari.. takder yang kira jam... layanjerler walaupun punyaler malaih nak berebut naik feritu..

Simpanan Pendidikan untuk tersayang.
CHO ZILA ( 019- 210 4240)
bandar Kinrara...


Monday, 21-Dec-2009 02:40 Email | Share | | Bookmark
Tadika Permata Riang untuk Atikah...

 
 
 
View all 10 photos...

Memandangkan usia Atikah pada tahun depan adalah 4 tahun rasanya sudah sampai masanya untuk Atikah masuk ke tadika. Teman memilih Tadika PERMATA RIANG di BK5 sebagai tempat permulaan alam belajar untuk Atikah dengan berharap dia mampu untuk bergaul sesama rakan sebaya dan belajar sedikit sebanyak sesuai dengan usia. Teman pilih tadika ini juga kerana faktor kemudahan pengangkutan dan keselamatan iaitu jiran teman menghantar dan mengambil sendiri anak dia yang juga bersekolah di sini.

Yang paling seronok ialah untuk bulan Disember ini, Atikah dapat pergi belajar secara percuma sebagai percubaan sebelum sesi persekolahan yang sebenar pada bulan Januari nanti. Oleh yang demikian Atikah sudah mula pergi ke tadika pada 07/12/09 yang lepas sehingga 24/12/09 nanti. Lihat saja aksi Atikah pada hari pertama persekolahan tersebut yang teman ambik dan edit hanya menerusi 'handphone' sebagai kenang-kenangan. Moh kite!!


Inilah tadika Permata Riang, BK5 warna biru kuning kan ceria..


Tengok ajer keseronokan Atikah pada pagi tersebut, temanpun sengaja ambik cuti sebab nak tengok aksi dia pada haritu.. tapi sayangnya teman terlupa ambik gambo muka Atikah yang tiba monyok kat sekolah lepas kena hantar haritu mungkin sebab terkejut tengok kawan-kawan dia tak ramai yang dia kenal kot dan berbagai2 bangsa.



Ni layan Atikah gi Giant Kinrara untuk memberitahu dia betapa bangganya ibu dia sebab Atikah tak menangis dan seronok tengok dia gembira bercerita pengalaman hari pertamanya bersekolah. Dan yang pasti tiap-tiap hari memang mudah untuk membangunkan dia dari tidur asalkan cakap nak pergi sekolah.


Ini pulak adalah hasil mewarna Atikah yang pertama, seronok tengok walaupun hasilnya bukanlah hebat tapi tetap berbangga kerana dia mahu melakukannya sebab selama ini teman tak nampak dia hendak melakukannya. Semua buku mewarna dia terletak elok di dalam kotak dan kalau dia keluarkan bukan untuk mewarna tapi untuk jadi bahan angan-angan @ lakonan dia, Atikahkan drama queen. Abaikan cikgu mengeja nama dia Athilah ler pulak sebab Atikah beria-beria kata lukisantu dia yang warnakan...



Quote:

Ini hanya selingan belaka... gambar agar-agar apa tah untuk pulangkan pinggan jiran sebelah rumah teman yang memang tak pernah serik-serik menghantar macam-macam kat rumah teman. Teman memang tabik spring betoiler kat jiran temanni, sebab kadang-kadangtu sampai satu hidangan makan tengahari dia hantar siap dengan sambal belacan dan ulam.. Mana nak carikan jiran begitu rupa kat kota metropolitan inikan, tapi ituler hakikat berjiran di sini tapi kadang-kadang naik malupun ada sebab temanni selalunya tak punya masa yang banyak untuk membalas semua pinggan yang adatu. Nasibler Kak Ida dapat jiran macam temanni..

Buat agar-agarni pun senangkan jadi bolehler asalkan dapat pulangkan pinggankan.. Resipi hanya untuk teman ingat2kanjer...
langkah 1:
Rebuskan : 1 mangkuk agar2 (di penyek2kan dalam mangkuk)
31/2 mangkuk air
(rebus sehingga semua agar2 larut)
Tambahkan : 3/4 tin susu cair
selepas mengelegak..
Tambahkan : gula (agak2ler)..
# maka sejukkan terlebih dahulu ... dan apabila dah boleh dipotong maka potong kiub dan bubuh didalam bekas...
langkah 2:
Rebuskan : 1 mangkuk agar-agar
4 mangkuk air
(sehingga agar-agar larut)
Masukkan : 3 ketul gula melaka
(yang telah dilarutkan terlebih dahulu)
Tambahkan : gula jika perlu.
# Dah masak kalu, bolehlah dituangkan ke dalam agar2 yang telah dipotong kiub tadi...
Make sure kacau sedikit supaya agar2 kiub itu tidak tenggelam.. bolehler disejukkan dalam peti sejuk... anak teman kemain suka lagi...


"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanlah untuk pendidikan anak kita...
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
atikah06najmi@yahoo.com
BK4, BaNdAr KiNrArA
BLOG HANYA TAKAFUL


Monday, 14-Dec-2009 01:18 Email | Share | | Bookmark
Merah Hitam menyerang Maju Junction.... Sahabat fotopages..

 
 
 
View all 24 photos...
Setelah sekian lama berhasrat untuk menemui sahabat fotopages aka adik2 belaka yang disayangi ini tidak kesampaian beberapa kali namun 12/12/2009 adalah hari yang begitu bersejarah dan mendalam maknanya dalam hidup teman ini. Dengan tema merah dan hitam seperti dijanjikan kami anak beranak menyerang Maju Junction dengan harapan yang tinggi untuk menemui kesemua yang hadir pada hari tersebut. Hati bertambah girang melihat dari kejauhan Bistro Delifrance tempat yang dijanjikan sahabat fotopages yang selama ini hanya dilihat di alam maya kini ramai yang berada didepan mata. Betul belaka telahan teman selama ini betapa comelnya mereka sekalian dan sudah pastilah anak-anak mereka sudah pastilah cute sepertimana yang teman tengok di dalam fotopages ini. Terima kasih fotopages dan jugak facebook yang telah menambahkan bilangan kawan-kawan yang ada.

Namun ampun dan maaf dipinta terpaksa meminta diri terlebih awal disebabkan ada urusan yang terpaksa dibereskan. Juga minta maaf sebab anak teman haritu tak macam anak orang lain asyik berkepit jer langsung tak nak berenggang (buat hati ibu dia geramjer~ siap berleter kat atikah lain kali jangan ikut ibu lagi tau, suruh bergambarpun susah~ ayah dia kata tak nak bergambarpun marah~ ialah kitani kalau bergather2 nak ler bergambar22kan... entahler).. Temanpun idakler keluarkan kamera buruk temantu jadi kebanyakan gambar hasil cilokan TERBAIK teman dari sahabat2 semua mintak halalkan....

Kepada semua sahabat tersayang ckyn~organiser, azreen~tokei DF, lela, wanie, as, syima, Imah~Melaka, lynn, zira, reen, Izza dan hanaz yang menghadirkan diri, terima kasih kerana sudi menerima akak sebagai sahabat maya kalian. Tak lupa kepada yang tak dapat hadir hari itu liya, ezan, ika dan teacher Anna harap kita akan jumpa lagi di lain gathering... Insyaallah...


Tengoklah kegembiraan yang terpancar dari semua yang hadir, tapi ada lagi yang tak sempat bergambar sori kat Zira (tengah bf anak dia) dan Hanaz (yang terlewat sedikit) kerana temanni kena balik awal... Kalauler teman tak balik awal tentulah dapat bergambar dengan semuakan tapi takper mesti ada lagi pertemuan inikan. Terima kasih untuk Wani yang datang dari Kulim dan jugak Imah yang datang dari Melaka untuk memeriahkan majlis ini... memang merah dan hitam menguasai Maju Junction haritu, anak-anakpun happy sangat nampak haritu (anak teman lak berkepitjer ~ Ida tengokkan perangai anak akak masa datang rumah Ida dulu tapi ngan anak Ezan dan Liya dulu okjer)
Entahler budak2 gituler, harap next perjumpaan anak teman dapat berkerjasama untuk memeriahkan majlis. Gambar ini diambil dari wani, akak suka gambar ini.


Zira!! ada gak gambar adik tau... ibu yang sedang menyusukan anak dan sedang berbadan dua memang kena makan banyakkan suka gak gambar yang diambil dari syima. Gambar ini semasa teman dah nak balikni, pegang hadiah dari kak imah macam takut hilang....


Tu dia bak kata wani bernanah mata tengok merah dan hitam yang cukup meriah ini. Gambarni semua dari syima yang memang duk sebelah teman masa bergambar haritu sudah pastilah suami dia ambik gambar anak dan isteri dia terselit jugak gambar teman..


Suka gak gambar ini seperti tadi masih dari syima. Tengokler Izza ngan babynya yang baru lepas pantang terkejut tengok orang ramai ngan warna hitam dan merahlak tu.


Lihatler ibu-ibu beraksi dah lupa kat anak sebentar, Ckyn kalau tiru gaya Ziana Zain kelas gitu, anak teman si Azalia macam tertanya-tanya gak selalunyer dia penat beraksi harini semua mak2 budakjer yang suka kemain nampak kamera.


Hadiah yang dibawa untuk tukar-tukar antara kami. No 8 adalah hadiah yang teman bawa dan dapat kepada Lela namun tiada gambar bagi hadiah kepada Lela sebab teman balik awalkan. Harap Lela suka hadiah dari teman kerana ini teman belitu semua last minute tak sempat sampai sudah nak gi ke shopping complex..


Hadiah yang dibawa untuk tukar-tukar antara kami. No 8 adalah hadiah yang teman bawa dan dapat kepada Lela. Teman pulak dapat hadiah dari imah (dua2pun senior kat sini)... Terima kasih atas hadiah yang diberikan macam2 taujer anak teman ada 2 jadi tak boleh nak berebut budak 2 orang tu..


Ini adalah gambar teman dengan adik-adik yang tersayang. Yang mula tu teman dengan Izza dan Syima dan yang kedua tu teman ngan Lela...


Ini lagi ngan adik-adik yang memang sweet dan yang mulatu ngan Reen dan yang keduatu ngan Lyn adik yang paling junior sekali. Bayangkanler mak Lyntu baru 46 (rasanyaler) nak lebih kurang jer ngan teman tapi dia dah bela cucu teman baru mengejar anak kecik.


Aksi anak teman 2A semasa kat sana dan dalam perjalanan balik, tengokler "joghen" ajer mulut Atikahtu ngajak balik geram betoiler. Tapi makan boleh tahan habis gak menu kanak-kanaktu diaorang rembat... Thanks azreen & suami kerana DFnyer menu yang memang sedap-sedap belaka kot nanti gi Maju Junction leh ler singgah lagi sini...

Untuk gambar yang lebih happening dan ceria sebab banyak gambar anak2 yang ceria dan gembira bermain yang umpama Maju Junction haritu kami yang punya pergilah ke fotopages kawan-kawan yang hadir pada hari itu.

"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanan Pendidikan untuk Tersayang
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)

blog takaful


Tuesday, 8-Dec-2009 03:02 Email | Share | | Bookmark
Cousins Trip aka Rombongan Cik Kiah to Sunway Lagoon

 
 
 
View all 37 photos...
Dengan kembang hatinya(hidung memang dah kembangpun) teman tepek award dari iezah. Inilah julung kalinya teman mendapat award dari seorang teman sebagai yang terpantas @ apapun gelarannyer... Jadi tak kempunanler.... terimakasih Iezah...


Jadi untuk entry kali ni teman persembahkan xtvt kami anak beranak bersama kazen2 suami teman ke SUNWAY LAGOON... Sori Cikatie kita tiru you punyer tajuk & cilok sekali gambar yang berkenan dihati, ampun. Ok ceritanya pada 5/12 yang lepas kami dah berada di depan pintu masuk Sunway Lagoon dalam pukul 9.30 pagi untuk memastikan kami dapat masuk awal ke situ dan tidak payahler nak berebut-rebut untuk main permainan yang ada di dalam sana. Pada mulanya tiket ditangan suami teman ada 15 keping untuk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak (Azalia masih percuma) tapi disebabkan Haziq dan cik Ocu tak mai hanya kami 16 orang sahaja yang ada. Tapi gamat tetap gamat jugak, moh kita tengok kejadian yang berlaku pada hari itu.....

Anak teruna mak Zana tengah melayan Azalia semasa menunggu pintu dibuka.

Milik siapakah tangan ini?? Ini tangan-tangan cucu-cucu Nenek Fatimah yang boleh tahan gak kalau kena penampar boleh tergolek jugakler.. jangan marah kazen22 ku,,

Jangan percaya dengan drama yang anda lihat ini, ini semua lakonan belaka. Bukan nak cari apa-apapun cuma suka nak bergambarjer... itu nasib cik ocu tak ikut kot idak lagi gamat...

Inilah ketua rombongan Mak Jana (aka cik Kiah~ adik iparku) yang sedang menunjukkan beg-beg ahli rombongan yang mana anak teruna dan anak dara semua seronok bermain.. cik Kiah jugak kena jaga...









Ini antara permainan yang ahli rombongan sempat bermain, ada lagi tapi tak sempat dirakamkan sebab dah kepenatan. Yang pasti anak teman berduatu tak reti takut langsung marah pulak kalau abang-abang sedara dia tak nak bawak diaoarang main sekali.. tapi memang enjoyler sebab kami mengambil keputusan yang tepat dengan bermain di sini dahulu baruler berendam kot idak dah letih berendam pastilah malas kot nak main semua ini.



Niler aksi2 sebelum kami pergi untuk berenang. Tengokjerler anak temantu seksi sikit sebab dah tak sabar nak mandi sebabnyer pagitu teman idakler mandikan diaorang dulu ingatkan nak mandi terus tapi rupanya main-main kat sini pun sampai pukul 12.00 lebih kurang baruler pergi ke beach dia...




Tu melangut tengok budak2 main yang kepala kat bawahtu (terbalik 360darjahnyer) yang gi cuma anak terunajer... kelakarnyer yang duk kat bawah yang riuh bagai nak rak, sampai orang kiri kananpun tergelak sama. Budak2ni turun dari permainantu punyaler serabai rambut dan ada gak yang pucat semacam memang kelakar....





Atikah dan Azalia seronok sesangat dilayan bagaikan puteri dikelilingi sang jejaka yang sedia membantu.Sebenarnya teman yang seronok sebab tak payahler nak melayan kerenah diaorang berdua sebabnya 2A kalau dah jumpa sepupu2 ayah dia dan sepupu dia memang dah tak nak kawan ngan ibu dia lagi.. bolehler teman berendam sepuasnya...


Bestnyer naik pelampung ni, malanngnya rombongan wanita idak nak turun ke air kecuali teman ngan cik Mira idakler boleh tumpang pelampung ni... tengokler anak teman idak reti takut langsung.




Azalia keletihan dibawah pokok tempat ayah dia landing, inipun sebab teman tengok muka Azalia dah nak kebiruan paksa jugak dia keluar dari airtu, suruh ayah dia peluk (sebab ayah dia tak main airkan) tertidur kat pangkuan ayah dia jugak.Atikah pulak tengokler tetap tunjuk nak masuk dalam air tu jugak walaupun adik dia dah surrender..


Ini kiranya kesemua ahli rombongan kecuali yang mengambil gambar cik Mira kot. Cik Atie cakap muat ooo satu payung jer... keh! keh!


Gambar ahli rombongan berbincang nak isi perut kat mana.. setelah undian dibuat maka kami segerombolan bersetuju untuk makan di McD sebab ramai yang nak makan prosperity burger.. i like....


Kalau dah bawak ramai budak-budak McD memang menjadi pilihan nak buat camner ikutkan ajer, Mak Jana ngan cik Atie belanjakan... thanks... Tengokler tak cukup meja yang panjangtu, kat belakangtu pun rombongan kami jugak. Masa kat sunway Lagoon tu ada orang tanya ni datang hari keluarga yang mana satu (sebab ada dua company buat family day kat sini) maka ketua rombongan cakap rombongan keluarga sendiri...


Gambar Azalia menayang jam yang kononnyer percuma walhal duit RM10 sebagai deposit tag tangantu tak dipulangkan (maknanya harga jam tu RM10).. tapi takperlah untuk kenangan. Dan jugak gambar Azalia yang tertidur keletihan di dalam perjalanan pulang dipangkuan abang Fikri dia...
Quote:

Sahabat sekelian...
Teman mohon maafler termabuk gambar kali ini,,, lepastu takder tempat nak edit gambar2ni dan suka sangat dengan semua gambo jadinyer entry kali ini memang takder bunga-bunga bagai, takder berframe gambar2nyer, takder border bagai. Layan ajerler kan....


"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"

Simpanan Pendidikan Permata Hati
Hubungi : CHO ZILA ( 019-210 4240 )
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net