Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Oct-2008 00:17 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya... rumah jiran sebelah dah terjah ker???

sedapnyer kuih rayani
segak & cantik
main bunga api ker??
atikah, azalia & naufal ngan nenek
model malu22
model tak malu
bila azalia tersenyum
azalia
ibupun teringin nak posing
Terlebih dahulu nak mengucapkan SELAMAT HARI JADI yang pertama kepada anak teman pada 08hb Oktober yang lepas.. Semoga hidup anak ibu akan dirahmati & dilindungi sentiasa oleh Allah s.wt..Esok baru kita tiup lilin ok...





Kita citer pasal raya dulu nak!! Pagi 1 syawal Atikah & Azalia comel berbaju kurung.. Atikah okler baru beli tapi Azalia pakai jer lah baju kurung kakak. Ini kes tukang jahit semua dah tak ambik tempahan ler ni.. ni yang teman berazam nak belajar menjahit baju kurung dan gaun untuk anak22.. Pagi raya itu kami menziarahi kubur abah (bapak mertua) yang meninggal pada 30 Julai yang lalu.



Selepas balik dari kubur, baru menjamah hidangan hari raya yang disediakan. Rumah nenek suami sayani mesti ada hidangan seperti lontong, ketupat, nasi impit, rendang ayam & rendang daging, kuah lontong, kuah kacang dan sambal goreng.. tahunni sebab yang juaranya semua tak sihat takderlah nasi ayam... Mula2 kahwin dulu saya panik tengok punya banyak makanan tak tau nak 'cekuh'(ambik) yang mana satu. tapi kecewa sebab lemang tak termasuk dalam senarai tapi beli gak sebatang sebabnya biras saya orang minang. Dan mak Lang pulak masak pulut ngan kacang untuk anak dia,,, aku mengendengler sebab aku memang hantu pulut....


Atikah & Naufal

Tahunni masa sessi salamni emosional sikit sebabnya tahunni pertama kali beraya tanpa abah. Teringatkan abah kalau pagi raya dengan jubah putih dia tersenyum menengok telatah cucu2nya. Nenekpun sedih sebab menantu dia dah 2 orang meninggal dan ayat wajib tiap kali raya " nenekni raya tahun depan entah ada entahkan tidak" mesti diucapkan.. Ingatan ini jugak untuk aku kerana perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t., maka ingat-ingatlah..


atikah ralit ngan handbag nek teh bagi.. naufal pun berebut...

Malam hari raya, Mak Lang ajak semua datang kerumah dia. Ochu mengajak anak2 saudara & sepupu dia main bunga api.. Nasibler Atikah dah pernah main bunga api ngan kak Ain (anak jiran) jadinya beranilah dia main bunga api malam tu.. Seronok tengok dia seronok, itulah agaknya perasaan emak & apak kat aku dulu2..


Seronok sampai kasutpun pakai tak betoi ( terkalin )

2 Syawal kami BALIK KAMPUNG... OOO BALIK KAMPUNG... Kampung temanler kat Bota Kiri. Emak teman idak bagi keme balik kampung mun dah denggi 'hanyo' lagi, ramai orang Bota masuk sepital, tapi kalau raya tak balik kampung mana ada umphhh nyer yer dak!!! Balik ler semalam pun jadiler.. Kat kampung cuma melawat rumah emak/bapak sedara terapat jer ler. Lagipun kat kampung ada keme sekeluarga jer & jugak adik aku yang bujang tu.. yang lain raya rumah mertua.. Tak rasa rayaler pulak...


kelakar ler gambarni



posing kat rumah opah

3 Syawal balik kembali ke Kinrara.. harini takder sesi raya cuma pergi ke Giant, seronok tengok Atikah main.. 4 Syawal kami pergi rumah Ateh kat Melawati & rumah Busu kat Shah Alam. 5 Syawal kami pergi rumah Bonda Linda kat Kajang, rumah Tok Cik kat Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, dan pergi ke Sunway Pyramid dan Mydin Subang Jaya.


posing kat rumahjer

Keletihan gak rayani, dan dari 6 syawal hingga semalam kami cuma beraya rumah jiran2 terdekat sebabnyer jiran ni umpama saudara sendirikan. Nasibler kawasan akuni memang jiran2nya ok2 jadi tak der ler masalah...


ini masa cik Illa bertunang..

Besok kami akan sama-sama meraikan ikatan perkahwinan Amila Yasmin(sepupu husband)... Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan & berbahagialah hendaknya... Selamat Pengantin Baru untuk Cik Illa dari kami sekeluarga. Nanti dah pindah Tepen jangan lupa kami disini.


Daripada kami sekeluarga:- From Kinrara with love....

SAMA TAPI TAK SERUPA


atikah berhariraya semasa berumur 6 bulan

azalia berhariraya semasa berumur setahun
Sama tak dua beradikni???? Baju jerler yang sama...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net