Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Nov-2008 06:46 Email | Share | Bookmark
SAYANG KAMU SEMUA...

Peristiwani dah berlaku pada 26 Oktober yang lepas. Tapi dek kerana temanni takder kamera hanya mengharapkan adik tersayang, maka tertunggulah sehingga sebulan. Tapi teman nak gak berkongsi kegembiraan pertemuan keluarga kami yang bersejarah ini. Disini teman pamerkan juga kepada semua memori indah itu. Pertemuan ini bukanlah antara kami adik beradik tapi juga pertemuan keluarga besar Haji Mohamed (moyang) yang berlangsung di rumah Tok Cik di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi.

Sebenarnya Haji Mohamed berasal dari Kampung Aji, Bota Kiri, Perak. Namun disebabkan keluarga ini ramai yang bermastautin di Kuala Lumpur, maka perjumpaan itu diadakan disini. Teman berharap dimasa akan datang Majlis Perjumpaan ini akan berlangsung dikampung asal supaya cucu cicit pian piut yang dah jadi orang bandar tau asal usul mereka.



Tok tersayang bersama keluarga kami.. Keluarga Haji Zakaria Ansari...


Ni kek harijadi tok teman, Tuan Haji Kamarudin yang ke 100 (sepatutnya Februari depan) diawalkan.. Tok temanni ok lagi, boleh naik motor dari Bota ke Ipoh..


Ini hanya sebahagian sahaja.. ramai yang tidak hadir..
Bannertu lah gambar moyang teman..dia ada 3 isteri..
moyang teman isteri pertama (sebelah moyang lelaki)
"chengge"(garang)jer muka diakan..


Baju kurung jahitan emak teman untuk cucunya Atikah..


Azalia pakai baju kurung.. comei gak...


Atikah ngan sepupunyer..jumpa sekali-sekala..

Semoga ikatan persaudaraan yang terjalin akan berkekalan hendaknya. Janganlah nanti antara sepupupun tidak mengenali inikan pula saudara jauh.... Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita serasikan.. moga ikatan tali silaturrahim tidak akan terputus & erat hendaknya..

From Kinrara with ♣ ATIKAH & AZALIA ♣


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net