Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 08:09 Email | Share | Bookmark
Gelagat 2A(Atikah & Azalia) tahun 2008

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lagi 13 harijer lagi nak menyambut 2009... tak salah rasanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada 2008 yang banyak kenangan pahit dari yang manisni. Tak sabar rasanya ingin membuka diari yang baru dan moga-moga tahun depan segalanya akan berubah menjadi yang lebih baik.






Selamat Tinggal 2008... Semoga tahun 2009 akan membawa sinar bahagia dan sejahtera. Next year Atikah 3 tahun (April) dan Azalia 2 tahun (Oktober)...


inilah anak2 kesayangan teman Atikah dan Azalia sepanjang 2008ni sekarang semua barang mesti sama kalau tidak bergaduh, geramnyer tapi itulah budak2 kejap2 karang berpeluk2.. Sedar2 nanti dah besarjer...


Inilah Atikah masa awal2 tahun, tak reti nak berposing.. tegakjer.. tergelak lagi tengok rambut dia yang tersilap potongtu, mekap tu yang tak tahantu.. Gambarni dengan cik Mira (sepupu husband teman) semasa Atikah menjadi pari2 di majlis perkahwinan Azril...


Sekarangni inilah Atikah dengan posing gediknyer, automatikjer kepala terlentuk2 kalau suruh tangkap gambar.. gitulah adanya anak teman yang sulungni.


Ini pulak Azalia masa awal2 tahun... ala tomei22 ( jangan marah puji anak sendirilak)..


Azalia yang memang moyang dia cakap budak masam dah datang.. kalau dia tak kenal ngan orang lagi gituler rupanya .. cik shu dia cakap budak takder perasaan, orang geletekpun dia buat derk jer..


semoga menjadi insan yang berguna hendaknyer dua permata hatiku ini.. Ya Allah kurniakan kami bahagia dan kesenangan hidup hendaknya..



Tak terlalu cepat rasanya mengucapkan selamat datang 2009, kerana sebarang perancangan untuk tahun hadapan sepatutnya telah dimulakan dari sekarang.. bak kata bos teman yang telah mencanangkan apa kehendak syarikat untuk tahun hadapan supaya 01/01/2009 nanti kami tak boleh kata yang kamini tak tau arah tuju syarikat untuk tahun 2009. Gitulah gak untuk kehidupan peribadi kita, seharusnya kita berfikir kehadapan supaya segala yang pahit @ manis itu hanya menjadi kenangan dan teladan...

From Kinrara with Love
♥ATIKAH & AZALIA ♥
"Takaful Untuk Kesejahteraan"
CHO ZILA : Wakil Takaful IKHLAS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net