Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Mar-2009 07:18 Email | Share | Bookmark
Bakal Pemenang Anugerah Nobel ~ Moh Kita ke Pusat Sains Negara ~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini adalah lawatan sambil belajar dan bermain 2A untuk memenuhi masa terluang di hujung minggu. Selain dapat belajar benda yang baru (tak belajarpun) cuma untuk suka-suka yang penting 2A kelihatan gembira sekali dan sampai marah-marah kat ibu dan ayah sebab nak main lagi. Mulanya terfikir nak pergi ke Taman Burung, tapi disebabkan kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu maka terpaksalah diubah perancangan. Kebetulan cuaca kebelakangan ini terlalu panas dan kalau pergi dah menghampiri tengahari nanti bukan 2A sahaja yang meragam malah ibunyer pulak yang lebih-lebih meragam..

Fikir-fikir kalau pergi aquariatu bayaran masuk dia boleh tahan jugak, apa kata kita ke Pusat Sains Negara.. Macam-macam ada dan tiket masuknyer cuma RM6 untuk dewasa dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah percuma. Ok sangat-sangat .. betui..betui.. Mula-mula masuk PSNnipun dah ada akuarium ala-ala aquaria, tapi comel jer ler.. ikan jerung takder ler pulak.. tapi itupun dah mengundang keterujaan kepada 2A, terutama Azalia.. terjerit-jerit, nasib kecik lagi comeller, kalau ibu dia yang buat gitu mau kena ditarik ngan pak guard. Yang paling best ialah hari kami datang tu tak ramai orang, boleh kot bilang dengan jari, maka enjoy sakanler dua beradikni disitu.. semua bendapun dia nak usik.. kalau macamni bolehler kita pergi Petrosains pulak, ayah rasa ok tak??.. Apa-apapun layanjer gambar2 yang adani, dan rasailah keseronokan kami sekeluarga di sana.


Atikah dan Azalia sedang menguji kepakaran untuk menyusun..


Atikah bergambar berlatarbelakangkan gambar pemenang2 anugerah nobel..


Azalia di depan cermin ajaib.. teman tak nak berdiri disitu nanti nampak kelakar sangat..


Atikah dengan pokok yang penuh dengan informasi.. suruh bergambar berdua.. tak der maknanyer..


Azalia di pusat bumi.. dia ingat pentas, siap menyanyi lagi.. lompat si katak lompat..


Gambarni sepatutnyer cantik... bakal angkasawan wanita pertama nanti...


Ni dia pakar pemakanan anda bersungguh2 menerangkan tentang piramid makanan..


Inilah cicak yang dikatakan oleh Atikah, oh anakku ini dinasor sayang..

Keseluruhannya teman berpuas hati membawa 2A berjalan di Pusat Sains Negara hari itu.. Walaupun gambar yang diambil masih tidak mencapai piawaian seperti diharapkan (kamerapun tak dasat & modelpun hampeh).. tapi suka sebab gambarnyer berwarna warni dan terlihat keceriaan diwajah 2A dan ibu jugak.. ayahjer yang tak larat nak layan.

Masa untuk memiliki Takaful :-
Cho Zila (019- 210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com
Diari kami anak beranak:-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net