Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Mar-2009 04:10 Email | Share | Bookmark
Sepanjang Jalan Kenangan.. Usia Atikah menghampiri 3 tahun..

atikah telefon opah yerk!!
pergi genting semasa umur setahun
makan kat ner ni??
1sy time makan kat KFC
harijadi yang pertama
kuat tersengih
bergambar ngan pooh & friends.. baju indon
seksinyer kakak
bisnes besar2anni..
masa dalam pantang
kebanggaan orang perak - sulaman tekat-
 

entry lepaskan geramjer sebab takder gambar baru..
Last week 7/3 teman balik kampung tapi disebabkan mengharapkan kamera adik teman tu ajer idakler teman dapat nak update cerita balik kampung haritu.. dan disebabkan oleh bapak teman yang idak nak bagi teman "merayap" masa balik kampung tu, jadinyer gambar yang adapun cuma di sekitar kawasan rumah dan musnahler harapan untuk bergambar di Lumut.. maka semakin kempunan ler teman nampaknyer.. Yalah kita hanya mampu merancang namun Allah juga yang menentukan...


Iniler dia adik teman yang idakler nak menghantar gambar-gambar teman semasa dikampung minggu lepas.. Beti !!! fotopages choni dah lama berabukni..

Nampaknyer teman terpaksaler mengali gambar lama untuk dipersembahkan sementelah hari jadi Atikah semakin menghampiri..Biodata anakku serba ringkas. Atikah dilahirkan pada 14/04/2006 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) secara normal pada pukul 10.30 malam, namun ada kenangan yang tidak boleh dilupakan selepas kelahirannya. Teman tumpah darah yang amat dasyat sehingga terpaksa dimasukkan darah sepeket (harap2 darah yang baik punya) dan terpaksa ditolak kembali ke bilik bersalin. Yang paling kasihan Atikah hanya dapat minum susu ibu dia sedikit disebabkan teman cirit birit kesan dari ubat yang diberikan doktor dan rupa teman masatu Tuhan jer yang tau.. Iniler rentetan sepanjang kehidupan anak teman yang bernama Nurul Atikah binti Mohd Rafi.
Oleh yang demikian teman kompilasikan gambar-gambar Atikah sejak dari dilahirkan sehingga lah kini.. Betapa cepatnyer masa berlalu tanpa disedari, semoga ibu dapat memberikan pendidikan dan kasih sayang yang TERBAIK untukmu puteri-puteriku..

Gambar kenangan Atikah semasa dalam pantang di kampung teman. Atikah semasa kecil dahulu ada masalah nafas berbunyi, kalau semasa tidur bunyinya akan menjadi lebih kuat dan selalunya teman rasa malas nak bawak dia berjumpa dengan orang ramai kerana pasti akan ditegur seolah2 kita tak sedar kelainan tersebut. Padahal teman telah berjumpa dengan beberapa peditrician dan mengatakan masalah ini biasa berlaku kepada bayi namun sekiranya berterusan selepas berusia 6 bulan maka pemeriksaan selanjutnya diperlukan.. Alhamdulillah tanpa disedari masalah ini selesai dan kini Atikah semakin menampakkan perkembangan yang positif dari segi fizikal dan minda..

Atikah dan puting umpama irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan, puting sentiasa ada dimulut dia. Risau jugak disebabkan ada kanak-kanak yang sukar untuk berpisah dengan puting namun Alhamdulillah pada usia 2 tahun Atikah tidak memerlukan puting lagi. Pada peringkat permulaan teman menyorokkan puting dia pada waktu siang dan kemudian beralih pada waktu malam secara beransur-ansur.

Ini adalah kenangan Atikah bercuti di Genting Highlands semasa berusia setahun.. Seronok sekali rasanya kerana Atikah tidak banyak kerenah dan yang tak seronoknya Atikah takut untuk bermain walaupun ibu pegang dia. Dia boleh nak terjun semasa permainan sedang bergerak, teman pulak yang seriyau...

Iniler dia antara aksi Atikah yang ibu suka, sekarang teramatler payah nak ambik gambar tak macam dulu senang sekali. Gambar ini diambil dirumah adik ipar teman di Presint 8, Putra jaya dan topi itu juga adalah milik Naufal sepupu dia..

Muka Atikah semasa diumumkan menjadi kakak kepada Azalia. Seronok dan terkejut sebab ibu dia yang dah lama tak balik rumah iaitu selama 2 bulan setengah (kes placenta previa) dan tiba-tiba balik bawak adik. Masa ini teman memang tak menang tangan mana nak menjaga adik lagi dan masa yang sama kakak pula ingin bermanja dan hasilnya sampai kini bekas gigitan Atikah kat kening Azalia masih kelihatan samar-samar.

Gambar semasa sambutan harijadi Atikah yang kedua yang hanya diraikan oleh allahyarham atuk Kassim (harijadi terakhir bersama atuk), nenek Asnah, ayah Rafi, ibu Zila dan adik Lia.. Tahunni teman sedang merencanakan sambutan harijadi secara sederhana memandangkan Atikah sudah tahu menyanyikan lagu happy birthday dan yang penting keknyer kena ada ciri-ciri "gegirl" cam Barbie, princess @ dora.. Kalauler teman pandai mendeko kan baguih...

Inilah gambar Atikah hujung tahun lepas, nampak dah semakin tinggi dan selalu orang ingat dia dah berumur 4 atau 5 tahun. Ditambah lagi persekitarannya adalah orang dewasa kadang-kadang kita melihat dia seolah lebih dewasa dari usia dia.. kalau tiba-tiba angin teman tak berapa elok dia boleh tanya "kenapa ibu ?? nampak sedihjer.. banyak kerja yerk?".. anak ibu prihatin dah sekarang





Kasih Sayang Penentu Segala :-
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com
Diari kiter-kiter jer :-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net