Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Mar-2009 03:15 Email | Share | Bookmark
My Princess Atikah wishes ~ Disney On Ice ~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Akhirnya Atikah dapat juga menonton Disney On Ice pada 22/03 yang lepas.Sepatutnya kami berdua pergi menonton bersama Naufal, Mak Zana dan Ayah Yazid ( panggilan untuk adik ipar & birasku oleh 2A) tapi last minute Yazid dan Zana ada hal yang tidak dapat dielakkan maka sebagai pengganti kami pergi berlima bersama Naufal, Cik Ocu dan Cik Wani.. Dan nasibler sebabnyer anak dara dua orang tu bawak kamera bolehler teman meng'update' fotopages ini. Entah macam mana teman boleh terlupa bawak kamera sedangkan suami teman dah mengizinkan teman membawa kamera.. Iniler agaknyer suami teman kata temanni kelam kabut, agaknyer ler.. dulu tak mengaku..

Boleh baca kisah kami di blog Diari ATIkahazaLIA:-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2009/03/atikah-gembira-menonton-disney-on-ice.html
Quote:
Sebahagian dari tulisan di Kosmo Online-Varia...
Menerusi luncur ais yang artistik dan akrobatik yang anggun, Disney on Ice menampilkan Princess Wishes yang dicipta begitu indah bagi mendefinisikan momen ketika harapan tujuh puteri Disney dikabulkan. Dengan Tinker Bell memimpin mereka, para tetamu diajak melihat kisah-kisah yang mencetuskan inspirasi kepada Ariel, Belle, Cinderella, Mulan, Jasmine, Sleeping Beauty dan Snow White sekali gus menyaksikan harapan mereka dikabulkan.
Dalam pertunjukan penjelajahan terbaru yang diterbitkan oleh Feld Entertainment itu, khalayak akan dibawa ke sebuah alam yang apa sahaja boleh berlaku jika mereka mempercayainya. Mimpi Ariel adalah untuk bebas dari dasar laut dan dalam satu momen magis, dia menemui kegembiraan dalam satu penerokaan di permukaan ombak. Mulan pula mengajar kekuatan dalaman manakala Jasmin menemui satu dunia baru dan Snow White turut menemui cinta sejatinya. Persembahan yang cantik itu juga mendedahkan harapan Cinderella, Belle dan Sleeping Beauty.

"Sebelum mengimpikan Disney on Ice edisi ini, kami mencerminkan apa yang membuatkan puteri-puteri Disney amat istimewa," kata penerbit persembahan, Kenneth Feld.

"Tidak perlu ambil masa yang lama untuk menyedari bahawa setiap puteri mempunyai satu persamaan iaitu setiap seorang terlibat dalam satu pengembaraan hidup untuk menemui apa yang mereka inginkan dan dengan satu kepercayaan, ia menjadi realiti," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.


Layanler gambar kami yang seadanya ini dari Cik Wani.. Cik Ocu bila nak bagi gambar kitani?

Korang tengokler aksi Naufal yang terlentuk-lentuk itu, dahler pegang bunga kelakar. Ini adalah aksi bosan disebabkan menunggu princessni keluar, biasalah KL kalau terlambat nanti silap2 jalan 'jam' rugijer nanti tiket dia bukanlah murah...jadinya kami sampai awal 45 minit dari masa pertunjukan.


Atikah dan Naufal bergambar di depan booth yang menjual barang-barangan Disney yang agak mahal juga harganya. Kami membeli juga sedikit hanya sebagai kenangan pertama kali Atikah menonton Disney On Ice, nak pergi Disney betui2nyer tak mampu.. (opps!! harini kawan teman masa sekolah dulu anak-anak gi Disney Paris.. tak sabar nak tunggu dia update blognyer)..


Booth menjual air yang berwarna-warni.. Beli sebab nak mug dia yang comel dan ada karekter Ariel, Naufal dipaksa oleh Cik Ocu mengambil mug mickey mouse.. tapi tak banyak pilihan kot idak teman suka cinderella sudah pasti...

Cinderella watak yang teman tunggu akhirnya keluar jugak. Namun yang frustnyer cuma sebentar sahaja.. tapi takper lah...

Quote:

Artist Biography - Disney On Ice: Princess Wishes


Princess Wishes is also a skating show. The skaters in the show portraying seven Disney Princesses Mulan, Sleeping Beauty, Belle, Cinderella, Ariel, Snow White and Cinderella. It. The seven enchanting princesses will present a journey not devoid of adventure, fun, laughter and romance. You will see a ice rink which magically transforms in a 3-storey majestic castle. The castle will revolve and transform in front of your eyes. The audience will taken on a around the world journey. Jasmine will be seen flying around an Arabian castle. She will swim with Ariel in a kingdom submerged under the water. Both the princess embarks on a journey to save Sleeping Beauty from the evil spell of Maleficent. The show has everything from music, dance, magic, superb and spectacular skating and some very dazzling costumes. Every favorite Disney Princess of the children will come alive in Princess Wishes. The show is a magnificent production that will take you to an amazing voyage to the fantasy worlds of the seven Princess. A show which will turn out to be a once in a lifetime skating extravaganza.

The other shows of Disney on Ice like Finding Nemo, The Incredibles, Magical Journey, Mickey and Minnie's Magical Journey have been popular for their fantastic production and and some out of the world skating performances. Do not let your children miss Disney on Ice: Princess Wishes. It will give them a time of their life with their favorite Disney Princess.

Secara keselurahannya teman berpuashati membawa Atikah ke sini kerana sepanjang pertunjukan dia menunjukkan keterujaan. Dia akan bertepuk tangan setiap kali ada aksi-aksi yang dikirakan menarik dan teman pulak yang geli hati melihat aksi dia. Naufal juga begitu dan apabila sampai kerumah dia akan menunjukkan aksi2 princess tersebut menari, tapi Naufalni memang baguih bab2 gini. Atikah dengan cakap lajunya cuba untuk menerangkan pengalaman dia namun sukar untuk difahami (ada harapan nak menggantikan Sarimah diari AFni).. Ah! anak-anak.. begitu bahagia sekali rasanya berbicara pasal mereka dan melihat mereka membesar. Semoga anak-anak kita akan berjaya menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara..


Sediakan Dana Pendidikan Anak-anak:-
http://takafulatilia.blogspot.com
Diari ATIkahazaLIA:-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net