Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Apr-2009 04:04 Email | Share | Bookmark
Ansarian berkumpul ~ Kompleks Tuntung ~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Inilah gambar yang ditunggu2 oleh teman untuk sekian lamanya, iaitu gambar semasa teman balik kampung awal bulan March yang lepas. Oleh sebab apak teman idakler nak bagi teman ke Lumut haritu jadinya Pusat Pembiakan Tuntung (dah biasa nama ni dulu-dulu) jadi sasaran teman untuk mengambik gambar2 2A dengan sepupunya cucu kepada Zakaria Ansari (Ansarian). Terpinga-pinga tuntung tu gamaknyer sebab riuh rendah suara bebudaktu.. posing sakan sebab tak der orang ajer nyer yer..

Quote:
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung), Bota Kanan
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) terletak di Kampung Bota Kanan Daerah perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 16 30an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur.
Aktiviti
Pelancong yang datang boleh melawat kolam-kolam tempat dikumpulkan ibu-ibu tuntung juga kolam yang didiami anak-anak tungtung berusia kurang 2 tahun. Selain itu,pelancong boleh melawat pusat intepretasi dan menonton video yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai tuntung dan usaha konservasi yang dilakukan. Bagi pelancong yang bertuah mereka mungkin berpeluang melepaskan anak-anak tuntung ke habitat asal di Sungai Perak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Ketua
Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung
Jabatan PERHILITAN, 32600 Bota Kanan, Perak
Tel: 05-3762726

Pautan berkaitan :
Laman Web Rasmi PERHILITAN
http://www.wildlife.gov.my/bhg_ekotuntung.html


Layanler aksi2 Atikah dan Azalia bersama sepupu2nya yang takder lagi 3 orang.. Kalau tidak keseluruhan cucu tok dan opah ada 10 orang iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan..

Iniler dia Pusat Konservasi Hidupan Liar (tuntung) di Bota Kanan.. Antara kebanggaan yang ada di kampung teman ini, tapi kesian lak menengok tuntungni... dulu bolehler dapat makan telur tuntungni sekarangni dah jadi haiwan terpelihara gitu.

Aksi sepupu2 2A yang malas nak layan teman... Korang tengok ajer ler Atikah dengan aksi ninja girl dia.. baju princess kesayangantu, kadang tak sempat nak gosok.

Dibelakangtu ada sajak Seekor Tuntung Tua.. terlupa pulak teman nak nyuruh adik teman memfokuskan kepada sajak itu. Maalumler bukan kamera teman..

Ini pulak penerangan serba ringkas tentang Pusat Konservasi ini..

Muka kepenatan... sesekali berkumpul...

Selamat Tinggal tuntung.. senang2 nanti kita datang lagi...


Ada lagi gambar kat kampung yang adik teman idak lagi bagi. Tapi takperlah gambar ini pun dah cukup buat masa ini kerana yang penting teman boleh update fotopages ini..

Katakan YA ~Takaful IKHLAS~
http://takafulatilia.blogspot.com
CHO ZILA (019-210 4240)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net