Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Aug-2009 02:17 Email | Share | Bookmark
Pergi tak kembali

 
Lagu "pergi tak kembali" dinyanyikan oleh Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani sering kita dengar dan seperti perginya Allahyarham Asri teman jugak sedang bersedih dengan kehilangan tok teman yang tercinta pada 08/08/09 yang lepas.. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh hendaknya. Teringat kata-kata tok teman pada bulan puasa tahun lepas "entahkan Ramadhan adalah yang terakhir tok, tuhan dah bagi dia umur yang panjang"...

Quote:
Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Inilah kenangan kami sekeluarga dengan Allahyarham tok tercinta.... Diambil pada hujung tahun lepas.

Teman menyepikan diri sekian lama bukan sebab apa2pun namun kerana tak banyak cerita untuk dikhabarkan dan kebetulan suami teman agak sibuk sekarang jadi kuranglah aktiviti 2A .. Ingatkan haritu 8/8/09 nak bergather2 ngan kawan2 lama sekolah Taayah di UPM dan lepas tu bergather2 ngan Hot Lovely Mom(HLM) di Putrajaya namun semuanya tinggal angan22, jadi makinler tak ada xtvt dan gambar 2A terkini untuk dipaparkan..
Ceritanya begini pada 7/8/09, teman dapat perkhabaran yang tok teman iaitu Tuan Haji Kamarudin dimasukkan wad di Hospital Changkat Melintang kerana cirit birit.. Oleh yang demikian semua perancangan yang sekian lamanya teman impikan terpaksa teman lupakan untuk menjenguk tok teman yang tercinta. Pada hari tersebut keluarga mertua teman mengadakan majlis tahlil sempena kedatangan Ramadhan ini maka teman berasakan adalah lebih elok teman balik selepas majlis tersebut. Walaupun emak teman mengatakan sakit tok teman ini tidaklah terlalu membimbangkan namun hati teman berasa serba tak kena. Teman cakap pada suami "kita balik jugaklah walaupun lepas majlis tahliltu, dapat tengok dia sekejappun takperlah.. janji balik".
Sepanjang perjalanan balik ke Perak teman berdoa dalam hati semoga semuanya baik2 belaka dan semoga Ramadhan ini teman masih lagi dapat mendengar suara dia mengimamkan sembahyang Terawih. Namun janji Allah adalah pasti tidak terlewat atau tercepat walaupun sedetik, Allah lebih menyayanginya.Teman cuma ketinggalan beberapa minit jer dari waktu kematian tok teman, namun teman berasa lega sangat2 kerana teman dapat menatap wajah terakhirnya di hospital sebelum doktor datang.
Tok teman meninggal pada pukul 6.00 petang pada 08/08/09 di Hospital Changkat Melintang, Bota, Perak meniggalkan banyak jasa dan kenangan.. Beliau dikebumikan pada keesokan harinya atas permintaan orang ramai memandangkan waktu maghrib dah semakin menghampiri.
Sebelum ini ada satu entry yang menceritakan tentang sambutan hari jadi tok teman yang ke 100.. itulah majlis yang pertama pernah diadakan untuk hari jadi tok teman dan merupakan yang terakhir untuknya.. Tiba2 teman terasa rindu pulak kat dia yang teramat sangat.. Cirit birit tu hanya sebagai penyebab sahaja dan kini dia tiada lagi. Tok teman ini dulu adalah Naib Kadhi yang pernah dilucutkan jawatan kerana engkar perintah sultan Idris Shah yang mengisytiharkan Perak berhari raya cepat sehari dari Persekutuan. Dulukan tengok anak bulan dan masa pengisytiharantu memang best berdebar2 tak macam sekarang dah ditentukan.. teringat masatu orang nak datang raya kami masih berpuasa dan tengah membakar lemang dan mengacau rendang.. tok teman tak nak mengimamkan orang bersembahyang hari raya pada masa itu dan diketahui oleh Sultan Perak. Tok teman dulu juga adalah guru besar sekolah agama rakyat di kampung teman (sebelum ada KAFA), teringat masa belajar masatu best sangat sebabnya tak stress macam sekarangni rasanyaler sebab dulu2 banyak bercerita, menyanyi , ada xtvt marhaban, nasyid dan pertandingan membaca al-quran.
Masa kecik2 dulu memang rapat sangat dengan tok temanni, tapi selepas opah teman meninggal tahun 1994tu hubungan kami agak renggang sedikit namun dalam tempoh setahun yang lepasni dia sekali2 tidur rumah mak teman hubungan kami kembali rapat. Setiap kali teman balik kampung memang dapatler jumpa dia dan yang spesialnya kami sembahyang berjemaah bersama dan setiap subuh ada kuliah subuh untuk kami anak beranak..
Ah! semua itu hanya kenangan...Berpisah sudah segalanya!! Yang tinggal hanyalah kenangan!! Diiring doa dan air mata!! Yang pergi takkan kembali lagi!! Al-Fatihah...

Takaful Gaya Terkini
CHO ZILA (019- 210 4240)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net