Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Oct-2009 04:29 Email | Share | Bookmark
~♥~ Nurul Azalia binti Mohd Rafi kini 2 tahun~♥~

Besok 08/10/09, anakanda tercinta Nurul Azalia telah berumur 2 tahun, semoga kehidupan anakanda dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Azalia hendaknya menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapa juga keluarga tercinta. Ibu akan melakukan apa yang termampu dalam mendidikmu wahai anakanda yang tercinta. Layan ajalah gambar-gambar Azalia ini kerana teman belum ada perancangan untuk membuat majlis hari jadi dalam masa yang terdekat.






Azalia semasa masih di PPUM, betapa ibu dah tak sabar2 nak keluar dari wad masa ini. Kenangan nak mendapatkan Azalia akan terus menjadi ingatan yang berpanjangan.



Azalia semasa dalam pantang lagi belum balik Perak lagi masa ini, macam pandai kakak jaga tapi hakikatnyer semasa dalam pantang ini Atikah dah mem"baham" muka adik dia.. dan sampai kini ada tanda atas kening Azalia. Nasib tak nampak sangat, tapi temanni terasa sedih dan bersalah sebab tak boleh "protect" dia masatu



Azalia semasa kecil, best tengok tembam dan geram sangat tengok dia masani.



Masa ini Azalia berumur setahun, semasa ini dia dah tak berapa nak tembam dah tapi berbanding dengan kakak dia, Azalia lebih 'kenit' sedikit. Atikah cepat berjalan tapi Azalia cepat bercakap, betoiler kot teori kalau cepat berjalan maka lambat bercakap..



Aksi Azalia terkini yang makin lincah dan membuatkan hati teman ini terhibur dengan gelagat2nya. Azalia masih lagi menyusu badan walaupun tidak secara eksekutif tapi sekiranya dia bersama teman jarang sangat dia nak menyusu botol macam kakak dia.. Kelebihannya ialah Azalia kurang mendapat penyakit dan kekurangannya pulak dia asyik nak berkepitjer ngan teman, kalau ayah dia nak pujuk dia kalau menangis, dia cakap "nak ibu ajer"..

Al-kisahnya Nurul Azalia...
Quote:
Nurul Azalia dilahirkan pada 08/10/2007 melalui kaedah ceasarian di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa kandungan berusia 36 minggu. Pengalaman mengandungkan Azalia menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan kerana pelbagai peristiwa yang berlaku dan juga terpaksa tinggal di hospital selama 2bulan setengah disebabkan masalah "placenta previa" @ kita panggil uri bawah. artikel pilihan.

Pada permulaannya teman mengalami pendarahan semasa kandungan berusia 26 minggu dan dimasukkan kewad selama 2 hari dan diberikan cuti MC selama seminggu dan terpaksa datang untuk pemeriksaan seminggu kemudian. Selepas disahkan muri dibawah teman di masukkan wad sehinga menunggu waktu bersalin namun bernasib baik dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan yang senasib (selama ini teman tak terfikir langsung tentang masalah ini).

Pada minggu ke 28 pula berlaku satu pendarahan yang begitu banyak sekali sehinggakan teman disorong ke bilik bersalin sebagai persediaan untuk dibedah sekiranya darah tersebut tidak berhenti. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Teringat satu doktor yang menyuruh teman membaca surah "tabbad yada...." supaya dapat menghentikan pendarahan tersebut, dan teman juga banyak membaca doa nabi Yunus. Selepas kejadian tersebut teman dinasihatkan tidak banyak bergerak dan yang paling tak syioknya ialah teman tak boleh pergi ke tandas dan semua urusan di atas katil sahaja. Kesian kat nurse2 yang baik hati kat PPUMtu, betapa mulianya kerjaya mereka hanya ALLAH sahaja yang membalasnya.

Kini teman bersyukur semuanya selamat dan kenangan di PPUM itu menjadi antara kenangan terbaik yang pernah teman lalui, terimakasih kepada doktor, nurse dan yang berkaitan atas layanan yang diberikan selama teman di sana. Rasanya banyak kali teman bercerita kisah mengandungkan Azalia, kepada yang sudah membacanya sebelum ini teman mohon maaf..

AZALIA anak ibu.. inilah kenangan semasa mengandungkanmu sayang, moga anak ibu akan menjadi insan yang menjadi ikon kebanggaan semua dan dapat memberikan sumbangan kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia (tingginya harapan!!). Namanyapun ibukan.. namun harapan ibu yang satu ialah Azalia tetap menjadi anak kesayangan ibu sampai bila-bila.. selamat hari jadi yang ke 2, panjang lagi perjalanan hidupmu wahai anak tercinta.



Takaful Gaya TERKINI...
CHO ZILA (019-210 4240)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net