Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Oct-2009 01:33 Email | Share | Bookmark
~♥ Majlis harijadi yang sederhana untuk Azalia ♥~

 
 
 
 
 
Entry kali ini kisah majlis sambutan harijadi Azalia yang berlangsung di Shah Alam (rumah bapa saudara suami teman) pada 17/10 yang lepas dan majlis ini untuk Naufal dan Haziq yang juga lahir pada bulan Oktober. Majlis hanya dihadiri oleh kaum kerabat suami teman dan tambahannya cuma family adik teman yang duk kat Bukit Jelutongtu. Dan tentunya detik yang terakam ini untuk kenangan buat Azalia yang telah genap berumur 2 tahun pada 08/10 yang lepas. Teman sedikit terlewat menyiarkan kisah ini disebabkan kali ini teman mabuk gambar (terlampau banyak gambo) tapi tak banyak lak gambar ramai2 asyik2 muka anak teman ajer... Layanjerler yerk..




anak ibu sayang...semoga menjadi anak yang pintar dan membahagiakan selalu....


Aksi gedik santai dua beradik sebelum majlis, budak 2 orangni kalau rumah tok busu diani memang suka sebabnyer ramai yang nak melayannyer.. kalau azalia asyik kena dukungjerler, jadi senangler kerja teman haritu nak ambik cupcake ngan syu dan gak beli satay kat PKNS juga beli pizza hut kat SACC Mall.



Terimakasih untuk aishah untuk kek yang memang menepati keinginan walaupun order dah terlewat. Terima kasih kerana letakkan kat blog Aishah kisah kitatu walaupun nama akak salah sedikit janji ada zie.. kek azalia di blog aishah


Cup cake yang diorder khas dari syuhaiza fotopages dan yang paling tak sangka ialah sesuai sangat dengan kek princesstu padahal akak cuma cakap kat Syu janji budak2 suka tengok. Tp memang atikah dan azalia suka sangat2 dan naufal jugak. Kiranya semua orang sukaler Syu, dan terimakasih bagi diskaun lagi.



Keseronokan menyambut harijadi kerana gembira melihat kek yang berwarna-warni dan yang penting ada princess Belle kat atas kektu dan Syu thanks buatkan garfield yang cute bangat. Walaupun majlisni kolabrasi sambutan harijadi Azalia, Naufal dan Haziq tapi biasalah girlni memang lebih sedikitkan...



Aksi besday girl yang gembira, dah comot dan keletihan dan yang penting malamtu punyalah lena tidur kedua orang puteriku ini


Azalia dengan sepupu2 suami teman dan waktu ini kebanyakan family suami teman dah nak berangkat balik. Terimakasih untuk hadiah yang memang amat berguna untuk Azalia.


Aksi birthday girl selepas majlis.. baru tau lapar gamaknyer. Juga gambar jajan yang teman bagi kepada tetamu haritu..




Takaful Untuk Kebahagiaan
CHO ZILA (019-210 4240)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net