Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Dec-2009 02:40 Email | Share | Bookmark
Tadika Permata Riang untuk Atikah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Memandangkan usia Atikah pada tahun depan adalah 4 tahun rasanya sudah sampai masanya untuk Atikah masuk ke tadika. Teman memilih Tadika PERMATA RIANG di BK5 sebagai tempat permulaan alam belajar untuk Atikah dengan berharap dia mampu untuk bergaul sesama rakan sebaya dan belajar sedikit sebanyak sesuai dengan usia. Teman pilih tadika ini juga kerana faktor kemudahan pengangkutan dan keselamatan iaitu jiran teman menghantar dan mengambil sendiri anak dia yang juga bersekolah di sini.

Yang paling seronok ialah untuk bulan Disember ini, Atikah dapat pergi belajar secara percuma sebagai percubaan sebelum sesi persekolahan yang sebenar pada bulan Januari nanti. Oleh yang demikian Atikah sudah mula pergi ke tadika pada 07/12/09 yang lepas sehingga 24/12/09 nanti. Lihat saja aksi Atikah pada hari pertama persekolahan tersebut yang teman ambik dan edit hanya menerusi 'handphone' sebagai kenang-kenangan. Moh kite!!


Inilah tadika Permata Riang, BK5 warna biru kuning kan ceria..


Tengok ajer keseronokan Atikah pada pagi tersebut, temanpun sengaja ambik cuti sebab nak tengok aksi dia pada haritu.. tapi sayangnya teman terlupa ambik gambo muka Atikah yang tiba monyok kat sekolah lepas kena hantar haritu mungkin sebab terkejut tengok kawan-kawan dia tak ramai yang dia kenal kot dan berbagai2 bangsa.



Ni layan Atikah gi Giant Kinrara untuk memberitahu dia betapa bangganya ibu dia sebab Atikah tak menangis dan seronok tengok dia gembira bercerita pengalaman hari pertamanya bersekolah. Dan yang pasti tiap-tiap hari memang mudah untuk membangunkan dia dari tidur asalkan cakap nak pergi sekolah.


Ini pulak adalah hasil mewarna Atikah yang pertama, seronok tengok walaupun hasilnya bukanlah hebat tapi tetap berbangga kerana dia mahu melakukannya sebab selama ini teman tak nampak dia hendak melakukannya. Semua buku mewarna dia terletak elok di dalam kotak dan kalau dia keluarkan bukan untuk mewarna tapi untuk jadi bahan angan-angan @ lakonan dia, Atikahkan drama queen. Abaikan cikgu mengeja nama dia Athilah ler pulak sebab Atikah beria-beria kata lukisantu dia yang warnakan...



Quote:

Ini hanya selingan belaka... gambar agar-agar apa tah untuk pulangkan pinggan jiran sebelah rumah teman yang memang tak pernah serik-serik menghantar macam-macam kat rumah teman. Teman memang tabik spring betoiler kat jiran temanni, sebab kadang-kadangtu sampai satu hidangan makan tengahari dia hantar siap dengan sambal belacan dan ulam.. Mana nak carikan jiran begitu rupa kat kota metropolitan inikan, tapi ituler hakikat berjiran di sini tapi kadang-kadang naik malupun ada sebab temanni selalunya tak punya masa yang banyak untuk membalas semua pinggan yang adatu. Nasibler Kak Ida dapat jiran macam temanni..

Buat agar-agarni pun senangkan jadi bolehler asalkan dapat pulangkan pinggankan.. Resipi hanya untuk teman ingat2kanjer...
langkah 1:
Rebuskan : 1 mangkuk agar2 (di penyek2kan dalam mangkuk)
31/2 mangkuk air
(rebus sehingga semua agar2 larut)
Tambahkan : 3/4 tin susu cair
selepas mengelegak..
Tambahkan : gula (agak2ler)..
# maka sejukkan terlebih dahulu ... dan apabila dah boleh dipotong maka potong kiub dan bubuh didalam bekas...
langkah 2:
Rebuskan : 1 mangkuk agar-agar
4 mangkuk air
(sehingga agar-agar larut)
Masukkan : 3 ketul gula melaka
(yang telah dilarutkan terlebih dahulu)
Tambahkan : gula jika perlu.
# Dah masak kalu, bolehlah dituangkan ke dalam agar2 yang telah dipotong kiub tadi...
Make sure kacau sedikit supaya agar2 kiub itu tidak tenggelam.. bolehler disejukkan dalam peti sejuk... anak teman kemain suka lagi...


"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanlah untuk pendidikan anak kita...
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
atikah06najmi@yahoo.com
BK4, BaNdAr KiNrArA
BLOG HANYA TAKAFUL


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net