Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 02:42 Email | Share | Bookmark
Kejadian sepanjang minggu terakhir 2009

 
 
 



Ini antara kejadian yang berlaku sepanjang teman bercuti dihujung tahun lepas yang meyaksikan pelbagai tempat kami terjah selepas kami terpaksa balik kesini dalam rela terpaksa itu. Oleh itu suami teman terpaksa mengambil cuti rabu dan khamis untuk memastikan kami bergembira untuk menamatkan tahun 2009... Layan ajerlah xtvt kami anak beranak yang padat tapi menggembirakan.


Hari isnin bersamaan 28/12 kami duduk dirumah sahaja kerana suami teman tidak bercuti maka xtvt kami cuma main, tengok vcd, tidur dan pergi pulangkan pinggan kat rumah jiran (belikan seaneka barang dari Lumut).. tapi petangtu mesti boleh jangkalah kami pergi ke Giant yang terhampir dengan rumah kami. so, takder gambar ok!!


Besoknyer kami bersamaan 29/12 kami anak beranak seawal pagi ikut suami teman bekerja untuk kerumah Pak Busu sementelah tengaharinya teman ada urusan di Celcom Shah Alam. Gambar di bawah adalah di kedai kopitiam Pak Li di Seksyen 7(rasanya), ada 2 @ 3 gambar terdelete..jadilerkan dari takder.. Kami ke sana selepas mengambil suami teman balik dari opisnyer..

Sedap jugak mi udang Pak Li ini, Faiq makan nasi ayam lemon, makanan yang lain lupa nak ambik gambar. Teman dah rasa banyak gak menu diani boleh tahan jugak rasanya dengan tekak temanni dan harganya jugak berpatutan sangat2.


Ini pulak xtvt hari ketiga kami dan paling syiok suami temanpun mengambil cuti selama dua hari kerana dia tahu tahap kebosanan kami anak beranak kalau tinggal kat rumahni tanpa berjalan-jalan. Tapi ada gak urusan rasmi yang terpaksa diuruskan terlebih dahulu di Megan Avanue, Jalan Yap Kwan Seng dan yang bengang dan bangangnyer teman kena gi opis untuk sessi sebelah petang (2.00pm - 5.00pm)..


Jadi tengokler Azalia yang teman terpaksa bawak ke opis pada hari itu yang kemain seronok dapat main "peter"(komputer), sebab dia dah biasa main komputer kat rumah pengasuh dia kalau anak pengasuh belajar kat UiTM tu balik rumah.



Tapi takperlah selepas bengang kena gi opis haritu, kami pergi ke IOI Mall Puchong untuk tengok wayang cerita princess frog. Tengok wayang ini kedua kali untuk Atikah sebab sebelum ini dia tengok Upin & Ipin ngan ayah dia tapi first time untuk Azalia.. Ok semuanya tapi Azalia tertidur jugakler masa dah nak habistu gamaknyer penat keja opis td dan tak syioknyer kasut dia tertinggal dalam panggung nasibler kasuttu memang dah patut2 tukar lain dah...


Pada hari terakhir 2009 iaitu 31/12 kami sekali lagi ke Wisma Avanue untuk menyudahkan segala urusan dan oleh kerana semalam rancangan untuk ke Aquaria,KLCC terbatal maka kami menggantinya pada hari ini.. Sebenarnya kami memang lama ingin kesini disebabkan semasa lawatan kami ke Pusat Sains Negara tahun lepas Azalia begitu teruja apabila melalui terowong ikan yang kenittu dan sudah pasti bertambah2 lagi seronoknya kalau pergi ke Aquaria... Layan...


Aksi di atas ada dua situasi sebenarnya, 2 yang di atas adalah di Wisma Avanue dengan keseronokan budak dua orang dapat majalah barbie. dan gambar dua yang dibawahtu adalah kami di SACC Mall, Shah Alam sebab terpaksa bergegas ke SA atas urusan Celcom yang masih tak selesai..



Ini aksi ayu dua beradik yang kontrol ayu sebab harini pakai skirt, sebetulnya Azalia dah mengantuk dan dia cuma nak berdukung dengan ibu sahaja kata dia.Teman pergi Aquariani yang terakhir masa mengandungkan Atikah dan tak banyak perubahan (atau takder?? ~ apa dia nak ubahpun kan..).
Quote:

Oklah sekian dulu untuk kali ini, terima kasih atas kesudian sahabat2 yang datang kesini....


SiMPaN sedikit untuk tersayang:-

http://takafulatilia.blogspot.com
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar KiNrArA, PuChOnG


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net