Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Feb-2010 20:57 Email | Share | Bookmark
Layan apa adanya....

 
 
 
Salam sejahtera semuanyer..
Edisi kali ini teman hanya nak memaparkan gambar pelbagai cerita 2A.. Macam biasa layan ajerlah apa adanya xtvt kami dan gambar kami yang tak seberapa ini....


Pertamanya nak tayang gambar Atikah dengan baju uniform tadika Pemata Riangnya.. Semoga Atikah akan menjadi insan yang berguna dan berjaya hendaknya, ibu akan sentiasa memberikan dorongan dan sokongan setakat kemampuan.


Ini adalah acara paling "happening" kami dapat berjumpa dengan kawan-kawan fotopages yang begitu ramai pada hari tersebut... ish! tak sia-sialer teman selalu komen mengomen disini dan dapat kenal dengan adik-adik yang menerima teman seadanya. Semoga ikatan persahabatan dan kekeluargaan kita akan kekal selamanya.. Ish!! merapu dah ini adalah majlis harijadi Zaraa yang cute dan sweet anak kepada mama zaraa yang vogue yang berlangsung di KFC Xtreme Park, Shah Alam pada 30/01 yang lepas.. Terima kasih kerana mengajak kami pada hari itu...




Nak tengok betapa happeningnyer kami hari itu bolehler tengok gambar kat fotopages adik-adik teman tercinta kat sini:-wani yang manis, as yang comel, rinna yang cun, reen yang mesra, yul baru kukenali dan yang lain mungkin tak update cerita besday bashni kat fotopages tapi kat facebook ramai dah update tau..!!! Memang best sebab dapat jumpa pertama kali ngan cikgu anna, watie, rinna, fieza, gee, faiz, ila, mira johar dan tak ketinggalan adik-adik kesayangan teman yang lain reen, wani, liyya, lela, syima, ckyn, izza, hanaz, as, lyn, reen, .. Bak kata staff KFC yang organizekan eventni akuni macam kena kejar dek paparazi lak, gituler gemerlapan cahaya kamera yang canggih2 pulaktu membuatkan teman tak kuasa nak keluarkan kamera teman... Sori wani akak ambik gambar yang cun2ni dari album facebook wani, halalkan yer dik.


Ini jugak kejadian yang berlaku sebelum birthday bash Zaraa iaitu kenduri kahwin cucu saudara arwah bapak mertua teman di Dewan Hamzah, Klang. Yang paling best untuk teman yang konon tak nak makan nasi ini ialah teman dapat makan pecal yang sedap sangat dan menu dia memang boleh tahan sedapnya.. Tapi tengokjerler Azalia yang menangis sebab mungkin nak tidur dan me"netek" tapi disebabkan nenek dia ingin menunggu kehadiran pengantin terpaksalah menahan perasaan gamaknya.


Ini gambar di SACC Mall, Shah Alam sebab lepas besday Zaraa tu kami anak beranak tidur kat rumah nenek sedara 2A kat Seksyen 9, jadi tempat lepak yang terdekat adalah SACC. Sebenarnya tujuan tidur kat Shah Alamni adalah supaya pagi ahadtu senang kami bergerak ke Pasar Tani kat stadiumtu konon-kononnya. Tak habis pusingpun sebab punyaler ramai umat Nabi Muhammad haritu yerler baru lepas gajikan dan punyaler panas sampai tak sempat nak suruh 2A berposingpun....


Aktiviti makan-makan di KFC dan Pizza Hut, Giant Bandar Kinrara yang menjadi tempat untuk bermain di sebabkan sekarangni nak bawak gi taman depan rumahtu pun cuaca selalu tidak mengizinkan, kalau panastu panas terik kalau idak hujan.. budakni dahler tak berapa nak sihat sangat.



Atikah dan Azalia in action... Ada-ada ajerkan..

Wakil Takaful IKHLAS
CHO ZILA (019-210 4240)
Bandar Kinrara, Puchong
jemput masuk blog kami


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net