Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Feb-2010 03:59 Email | Share | Bookmark
Hujung minggu pertama bulan Februari....

 
 
Hujung minggu pertama di bulan Februari kami terisi dengan menghadirkan diri ke kenduri kahwin dan meronda pasaraya mana lagikan... Pada hari sabtu kami pergi kenduri kahwin anak kepada kawan suami teman dan selepas kenduri kami singgah ke Shah Alam Mall untuk satu urusan dan oleh kerana suami teman tiba-tiba senak perut maka teman yang berhajat untuk menghadirkan diri ke majlis sambutan harijadi Khalish Nuha anak kepada mie2 terpaksa dibatalkan. Memang frust sangat haritu sebabnya dah belipun hadiah untuk Nuha dan yang kecewanya sebab tak dapat lagi jumpa ngan Mie2, mintak maaf adik... Hari ahadnya pulak teman pergi ke Amcorp Mall saja suka-suka sebab dah lama tak pergi situ, kat sinikan kalau sabtu dan ahad cam ada pasar jual barang macam-macam dari barangan yang antik, aksesori, mainan memang bestler ralit rasanya. Macam biasa kalau gi sini mesti beli "fridge magnet" kat gerai yang kat bawah sekalitu, tapi gambar kat Amcorp Mall takder pun... Apapun mohler kita sama-sama tengok gambar tak seberapa dari kami ....



Ini xtvt kami yang pertama pergi ke rumah orang kahwin di dewan serbaguna Pejabat Tanah daerah Klang.. last week gi orang kawen kat Dewan Hamzah, Klang kalini depan sikitjer dari situ. Juruacara majlis haritupun adalah Nizar(ye ke nama diani) pernah mengacarakan rancangan pagi kat TV3 yang sekarang ini Ally Iskandar jadi pengacaranya... Atikah masatu mengadap hidangan diet ibu dia, rojak mamak tapi teman taruk banyak sayur tapi dia hentam dulu sebab diapun tak nak makan nasi. Azalia seperti biasa nasi menjadi santapan dan syukurlah semua nasi yang dalam pinggantu semua dia makan.



Ini aksi Atikah pulak yang menadahkan tangan berdoa mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Tengokjerler kaki dia yang bersilang kat atas kerusi dan bila kita tunjuk gambar tu dan tanya kenapa dik Ya angkat kaki dia jawab apa tau ada kucing kat bawah, dia ingat gerai makanler tu... Azalia memang kalau tanya dia sentiasa ada jawapan tak kira betoi atau salah, kadang-kadang lucu jawapan dia....



Aksi anak teman dapat balik dari kenduri, punyaler merungut nak balik suruh ambik gambar ngan kereta pengantin yang cuntu dah tak nak.. berlari keseronokan dapatlak buah tangan bawak balik macam2 lagiler seronok tak terkata..



Ini gambar pergi makan di Old Town kat Taman Kinrara kot selepas meronda di Amcorp Mall, Petaling Jaya... Kopitiam Old Town kat sini besar sampai dua tingkat tapi inilah pertama kali gi kedaini sebab jarang pergi ke Taman Kinrara sana nun...




Ini gambo enteprem ajer.. Ini adalah Azalia dengan Puteri kawan tidur, kawan makan, kawan belajar, kawan mandi, kawan menangis, kawan bergaduh, kawan bermanja iaitu budak yang juga dijaga oleh mama Maya (pengasuh Azalia). Mereka ini sebaya tapi Puteri lahir bulan Mac dan Azalia pulak lahir bulan Oktober.....

Takaful .. Takaful... Takaful...
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara
http://takaful-atilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net