Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Mar-2010 22:52 Email | Share | Bookmark
Kenduri kahwin anak sepupu suami di Klang

 
Hujung bulan Februari yang lalu kami menghadiri kenduri kahwin anak lelaki kepada sepupu suami yang berlangsung di Taman Maznah, Klang. Rasanya bulan Februari ini dah 3 kali kami ke Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan dan yang pasti minggu hadapan juga kami akan ke Klang lagi. Kenapa selalu kenduri kahwin di Klang kerana arwah bapa mertua teman berasal dari Klang dan kebetulan keluarga mak mertua teman juga pernah tinggal di Klang maka kalau tidak keluarga pastilah kawan-kawan dia ramai yang ada di Klang. Sebenarnya gambar ini teman ingin kolabrasikan dengan kenduri pada minggu hadapan tapi disebabkan tiada xtvt lain dilakukan minggu lepas maka teman abadikan gambar ini untuk kenangan pada entry kali ini..



Anak teman yang tak berapa nak makan pada hari itu mungkin jugak cuaca yang agak panas pada haritu. Azalia pulak terpaksa dikejutkan dari tidur kerana teman dah tak larat nak memangkunya, tengok ajerler Azalia tidur nyenyak walaupun mukanya dah berpeluh-peluh. Dan paling kelakarnya kasut Azalia terjatuh sebelah semasa teman mendukung dia dari kereta dan teman terpaksa mencarinya balik, nasibler jumpa kot idak jenuh teman nak mendukungnya sampai selesai majlis.


Anak teman tak berapa gembira sangat sebab tak dapat banyak buah tangan cuma bunga telur dan gula-gula sahaja sebab tetamu jemputan dia yang ramai berdasar dari bilangan khemah yang didirikan.
Memang patutlahkan sebabnya sepupu suami sayani adalah Ketua Kampung disitu dan sudah pasti tetamunya bukan sahaja saudara mara dan kawan-kawan sahaja tapi juga penduduk kawasannya.



Pengantin yang sama cantik sama sepadan yang duduk di pelamin yang indah berseri semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.


Tembok sekolah tadika depan rumah pengantin yang ada gambar Mickey & Minnie Mousepun jadi sasaran Atikah berposing. Tapi kelakarkan tengok M&M mouseni cam cacatjer kata Nabil anak saudara teman.


Seronok Azalia tengok kereta Hello Kitty berwarna pink terus dia berlari ke arah kereta ini, tapi sayangnya cuaca haritu terlalu panas sebabtu mata azalia tak berapa nak terbukak. Sekarangni Azalia tengah suka pada Hello Kitty, semuapun nak Hello Kitty.




Quote:

Ini hanya gambar kenangan sepanjang zaman yang tak akan dilupakan walaupun telah hampir 10 tahun berlalu. Terasa rindu dengan zaman-zaman mengusung haversack, tidur dalam khemah, mandi air sungai, masak ramai-ramai.. alangkah indahnya saat-saat itu. Teman akan sentiasa menggalakkan anak teman sekiranya mereka berminat untuk meneruskan hobi teman yang satu ini kerana banyak kebaikan yang diperolehi dari xtvt ini...

Gunung Kerinci berketinggian 3805m (12,484 feet) terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Gunung yang harus di daki kerana gunung ini adalah kedua tertinggi untuk rantau Asia Tenggara selepas Gunung Kinabalu. Yang membezakannya ialah gunung ini merupakan gunung berapi yang masih aktif dan kita dapat mencium bau laharnya dan sekiranya kita sampai ke puncak terdapat sebuah kawah gunung berapi yang besar.. Subhanallah terlalu indah pemandangannya yang tidak dapat teman gambarkan dengan kata-kata. Memang berbaloi-baloiler dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa ditempuhi untuk sampai kesini dan kebetulan hari kami turun dari gunung itu adalah hari jadi teman maka dua orang kawan kami yang tidak sama-sama naik gunung telah bersusah payah membelikan kek di pekan berhampiran. Walaupun kek itu tak sesedap mana tapi sambutan itu memang menyentuh hati teman dan bibik yang empunya rumah penginapan yang kita tumpang itu menyediakan ubi rebus yang memang manis sangat. Jomler ke sana... ish! kalau der anak kecikni "rentikan" aja... Perjalanan ke kaki gunung jer rasanya memakan masa 2 hari belum mendaki 2 hari balik lagi 2 hari. Bestkan!!
Boleh juga klik disini :-maklumat gunung kerinci .



Salam Takaful..
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net