Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Mar-2010 07:32 Email | Share | Bookmark
Xtvt Makan... Xtvt Main.... Sayang Sara...

 
 
 
Ini xtvt makan.. xtvt main Atikah dan Azalia yang terakam di kamera handphone teman. Jugak nak memperkenalkan anggota baru keluarga kami baby Sara yang comel. Layan apa adanya...


Ini kedai di Glenmarie yang sebenarnya menarik perhatian kami semasa kami balik kampung bulan lepas namun oleh kerana kami lebih tertarik dengan kopitiam Klliney, maka kedai ini akan kami singgah kalau kami lalu lagi next time. Nama kedai ini ialah Honey Honey Grill dan teman pujiler dari segi food presentationnya memang ada kelas, dan yang bestnyer gelas airnya sebab pakai plastik tapi cun (jadi teman tak perlu risau kalau-kalau jatuh dan pecah) dan tengokler gambartu nasi lemak comel yang seringgittupun dia adun kemain cantik. Tapi kalau tanya rasatu ok-okler, sepadan ngan harga.


Ini pulak kedai kak leha yang terletak di medan selera BK4 yang menjadi kedai bidan terjun teman kalau tak sempat nak masakkan makanan tengahari untuk mak mertua dan Atikah. Seronoknya ialah seawal pukul 7.00 - 7.15 pagi kedai ini dah menyediakan pelbagai jenis lauk pauk untuk makan tengahari dan boleh dikatakan masakannya boleh tahanlah untuk membolehkan kita bermalas-malasan untuk memasak. Gambarni masa sarapan kat kedaini hujung minggu bila entah dengan mulut Azalia yang "berselemoih" dengan kari sebab dia nak jugak makan mi kari teman dari makan mi goreng yang teman order untuk dia...


Kami anak beranak pergi pasar malam di Puncak Kinrara untuk membeli yong tau fu dan laksa. Selalunya teman bawak Atikah sahaja tapi semenjak Azalia dah pandai mengomen gitu gini kenalah angkut dia sekali naik motor. Ala pasar malam aka pasar tani ikut jalan dalamjer jadi tak takut sangatlerkan...


Ini macam biasalah xtvt dua beradik kalau dapat keluar main depan rumahjer maalumler cuaca sekarang yang tak menentu jugak membuatkan teman malaih nak membawak budak berdua ini ke taman walaupun di depan rumah sahaja. Lagipun geram sangat kemudahan kat taman itu dah tak berapa nak ada misalnya dari 4 buaian yang ada hanya satu yang berfungsi membuatkan teman tak "sio" nak menghabiskan masa ke taman.


Inilah Sara kesayangan Azalia yang juga merupakan baby terbaru yang dibela oleh mama Maya (pengasuh Azalia). Dia memang sayang sangat kat Sarani sampai mama dia cakap nak tidurpun kat tilam Sara memang terlekat kat hidung dia jerler. Kalau nak baliktu cium entah berapa kali ler Sarani memang kalau nampak babypun mesti dia kata eeeeh baby Sara lepaihtu dia cakap isyh takler comel lagi baby sara .. kelakar betoiler ...

Salam TaKaFuL IKHLAS....
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
Takaful Gaya Hidup Kini
http://takafulatilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net