Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Mar-2010 00:57 Email | Share | Bookmark
Kenduri Kahwin di Bestari Jaya dan Kedai Ikan Bakar

 
 
 
Rasanya semenjak dua menjak ini fotopages teman ini asyik dengan kesah kenduri kahwin nak buat macamana itulah xtvt teman kebelakangan ini. Maalumler esok lusa kenduri kahwin anak kita nak gak orang datangkan ( adaker patut Atikahpun belum masuk sekolah lagi), ini semua penangan FB yang dapat menghubungkan kawan-kawan sekolah dulu membuatkan teman terbawak-bawak perasaan mendapat tahu ramai kawan yang dah boleh terima menantu( ada yang anak dah masuk Universiti). tak kisahlerkan kita tinggalkan dulu kisah itu, dan untuk entry ini tak dilupakan rasa macam rancangan Warung Kita @ JJCM pulak teman memperkenalkan sebuah lagi kedai yang sesuai untuk sahabat yang berada di sekitar Kelana Jaya dan kawasan sewaktu denganya. Apa-apapun layanler ajer apa adanya entry kali ini yang masih kisah kenduri kahwin dan jugak kedai ikan bakar Fend di Kelana Jaya untuk tatapan sahabat tersayang.



Ini adalah kenduri jiran kepada mertua teman di Bestari Jaya (Batang Berjuntailer tu!!) yang berlaku pada 14/03 yang lepas (mertua temanni ada rumah kat sana tapi tak duduk). Oleh kerana kenduri ini dilakukan secara gotong royong maka mertua teman nampak gembira dapat balik awal kesini kerana dapat bertemu dengan ramai kawan-kawan dia. Majlis perkahwinan ini walaupun sederhana tapi tetap meriah dengan riuh rendah jiran tetangga dan juga saudara mara pengantin yang datang satu bas memang terasa seronok teman melihatnya. Maalumler kat kampung teman sekarang dah takder gini lagi semuanya diserahkan kepada katering, maalumler orang kaya-kaya ( kampung teman namanya kampung serikaya). Berbalik kepada kenduritu sebab teman dah mula merapu meghabanni, tengokler budak2 seronok main bungga manggartu habis "tobek" dikerjakan oleh deme termasukler anak teman. Anak teman seronok kali ini sebabnya dapat bergambar di pelamin kerana selalunya diaorang dapat lihat pengantin bersanding tapi kali ini sebelum balik ke Kinrara sempatler dua beradikni berposing ala-ala pengantin malu kucing disebabkan ramai pulak orang menengok.



Ini adalah sekadar berkongsi maklumat tentang kedai makan di Kelana Jaya iaitu di kawasan Giant yang lama tapi dia ke depan sedikit, pusing-pusing cari jumpa rasanya sebab kedai ini agak femes di sini. Tapi maafler teman tiada alamatnya secara tepat... kata nak promote tapi tak lengkap pulak yerk [Apa-apaler Labi]... Kedai ini istimewa pada teman kerana 3@4 tahun sudah teman makan ikan bakarni kat tepi jalan di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan ambik makanan dari van keciljer. Tapi sekarangni dah ada kedai sampai dua pintutu dan dari segi kesedapannya masih sama tak berubahpun, ikan bakar ngan kuahnya best sangat dan tengoklah bandung cincau temantu bestkan. Teman pergi waktu makan tengahari dengan budak ofis punyaler ramai orang beratur panjang nak ambil makanan dan masa nak membayar. Jomler ke sini.




Gambar selingan xtvt kami yang biasa-biasa aje.. dah musim panas kalau pekena cendolkan sedap. Tapi cendul kat bandar kinrarani takler sesedap manapun tapi layanjerler. Yang bawah sekali tu pulak xtvt 2A kat depan rumah yang memang mengadap ketaman yang sentiasa happening tak kira siang ataupun malam sebabnya ada tempat main futsal tempat main sepak takraw ataupun badminton dan ada taman permainan kanak-kanak. Jadi memang tak sunyilah depan rumah temanni, sabtu dan ahad pulak ada kaum ibu buat poco-poco kat tamanni tapi teman tak join sebabnya hujung minggu teman selalu takder kat rumah. Memang happeningler jalanni kalau malamtu ada yang bukak gerai makan macam-macam ada, dulu masa suami teman nak pindah sini rasa sesak nafas sebab tengok rumah yang amatler comelnya. Tapi tidak lagi sekarang, sebab jiran-jiranpun baik-baik belaka.

Quote:
Ini award dari sUe kLaNg.. Cantiknyer award, terimakasih tau memang kali kedua dapatni. Insyaallah sehabis daya akan ku copot lagi.

Terimakasih daun keladi, mintak-mintak dapat lagi. Semoga Sue akan terus mewarnai dunia fp ini walaupun ramai dah beralih arah.


Salam Takaful..
CHO ZILA ( 019 -210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net