Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Mar-2010 07:57 Email | Share | Bookmark
Memeriahkan majlis harijadi xtvt minggu terakhir Mac

 
 
 

Hujung minggu terakhir untuk bulan Mac kami sekeluarga mendapat jemputan ke majlis harijadi untuk Ain yang berlangsung di KFC Wangsa Maju pada 27/03 manakala Eyrfan di rumahnya Taman Tenaga, Puchong pada 28/03. Memang seronok kerana jumpa ngan kawan-kawan fp yang tersayang walaupun kini diaorang dah bermanja-manja dengan mukabuku tapi tetap teman mengatakan mereka kawan fp kerana dari fplah kami berkenalan dan kini dapat bermesra di alam nyata.

Majlis Harijadi Ain iaitu anak kepada pasangan bahagia As n Azlan memilih hijau sebagai warna tema iaitu warna yang tak berapa ada dalam almari baju tapi bernasib baik kerana Atikah mempunyai sehelai baju lama menepati tema. Maafkanlah kami As, dahler warna baju "celam celum (campur adukler tu)" kami gak datang lewat di sebabkan tengahari itu Atikah telah terjatuh dari kerusi yang mengakibatkan dagunya membengkak. Nasibler surut sedikit dan akak main redahjer walaupun dah terlewat dengan harapan sempat menghadirkan diri dan kami sungguh bertuah sekali kerana Ain belum lagi memotong kek. Teman berdoa semoga Ain akan menjadi anak yang pintar dan solehah yang menjadi kebanggaan dan kebahagiaan untuk kedua ibu bapanya. TERIMA KASIH untuk As dan Azlan yang begitu baik hati menjemput kami dan layanan baik yang diberikan juga cenderahati yang membuatkan Atikah dan Azalia gembira sekali. Layan ajalah gambar yang dikombinasi dari kamera teman ngan cilokan terbaik dari kawan-kawan...



Masa teman datang diaorang duk tunggu si Chicky yang tak keluar lagi dan besday girl dah tak sabar nak potong kek gitu gak tetamu kenit dah mula nak cuit2 kek yang cantiktu...



Chicky tak sampai lagi bergambar dulu ngan besday girl yang cute miut tu...



Ini aksi menunggu ketibaan Chicky dan jugak ambik kesempatan kepada yang berani untuk bersalam dengan Chicky.. Azalia dah menyorok belakang teman dah tak menangisler, tapi der gak tetamu kenit meraung nampak si Chickyni.


Selamat Hari Jadi untuk AIn yang cumel... semoga diberikan kebahagiaan berpanjangan untuk Ain sekeluarga dan diperbanyakkan rezeki untuk hari mendatang.




Posing2 acara wajib kalau jumpa ramai22ni. Dan posing lagi... jangan tak posingkan....



Aksi budak2 dapat macam2 dari tuan rumah...


Gambar bersama Chicky yang duk sebelah kami.. nakal chickyni di usiknyer Azalia.. Azalia mengeletar tapi tak nangis geli kot....


Keberangkatan pulang puteri tercinta ke rumah moyang mereka di Gombak..


Ini pulak majlis harijadi Eryfan @ Epan anak kepada Liya @ Andak Cute di Home Sweet Homenye di Taman Tenaga, Puchong sepelaungjer ngan rumah teman tapi baru pertama kali teman sampainyer. Teman sampai lewat lagi harini disebabkan adik teman yang tinggal kat Bukit Jelutong, Shah Alamtu mengajak teman makan tengahari kat rumah dia sebab nak kenalkan ngan bibik baru dia. (isyh lupa ler pulak nak ambik gambo Atikah ngan Azalia main ngan Marcela). Bajet masanya cukup sekali mertua teman nak balik lepaih tengok Azizah Mohamad (penyanyi dan wife A Rahman Hassan) dalam rancangan Nona sebab Azizahtu kawan sekolah dia tak silapler. Memang terlewat lagiler teman, tak dapat tengok Epan potong kek. Seronok sebab jumpa ngan Nurul Fafau yang femes pertama kalinya dan memang seperti dijangkakan memang kecik molek orangnya dan jugak dapat cubit pipi Farah walaupun dia bad mood.


Ramai yang dah balik waktuni..


Seronok kat rumah Liyani nampak pemandangan bandar Puchong sebab rumah dia kat atas bukit sikit, dapat angin sepoi2 bahasa sikt tapi cuaca petangtu memang panas sangat membuatkan budak berduatu nak balik cepat. Tapi kat pondokni best sejukjer...

Ini hanya selingan belaka....

Inilah rupa dagu Atikah yang jatuh tak tau camner tiba-tibajer menangis,, dah tau dah mesti sakitni sebabnyer dia jarang menangis kalau sakit biasa-biasajer. Tapi buatkan susu terus dia tidur lepas bangun tidurtu baru perasan kat dagu dia dah bengkak, tuamkan dengan ais (betoiker petuani rasanya cam kena tuam air panas) okler kot idak tak giler kedua-dua besday bashni... Tapi tuler rupanya cam budak kena derajer.

Quote:
Hati gembira tak terkata mendapat award dari adik teman tersayang ini Puan Sue Klang ... toche.. toche... nanti akan ku mencuba sedaya upaya untuk mendapatkannyer lagi.... dan lagi.. dan lagi.. dan lagi...

Terimakasihler Sue susah-susahjer buatkan award yang cantik2 belaka kat akakni.. tapi tak leh promote habis2 nnt ramai lak pesaing nakkan award dari Puan Sue kita ni...


Akhri kalam hanya yang dapat teman ucapkan kepada semua teman-teman yang sudi datang dan yang sudi tinggalkan jejak kalian di sini...

Salam Penuh Takaful...
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
http://takafulatilia.blogspot.com[img][/img]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net