Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Apr-2010 23:11 Email | Share | Bookmark
♥ Selamat Hari Jadi Nurul Atikah binti Mohd Rafi ♥

 
 
 
Semalam 14-04-2010 maka genaplah umur anak kesayangan teman NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI 4 tahun. Kehadiran Atikah adalah sinar bahagia setelah sekian lama menanti cahaya mata buah hati sebagai penyeri rumah tangga. Begitu besarnya kekuasaan Allah yang seharusnya teman syukuri sentiasa kerana suatu masa dulu teman pernah berhenti berharap dan pernah jugak teman rasa sehingga keakhir hayat teman tak dapat menimang anak sendiri. Kenapa teman berkata begitu?? Mengandung kali pertama merupakan detik yang mengembirakan kerana setelah hampir 2 tahun berkahwin teman disahkan hamil namun meninggal dunia semasa 8 bulan dalam kandungan berkemungkinan kerana teman ada darah tinggi semasa mengandung. Teman masih merindui MOHAMAD NAJMI BIN MOHD RAFI yang dilahirkan dan dikebumikan pada 14/02/2003, kalau dia ada pasti Atikah dan Azalia punya seorang abang yang sudah bersekolah darjah satu. Mengandung kali kedua teman keguguran pada masa kandungan berusia 3 bulan dan kali ketiga pula keguguran pada masa kandungan berusia sebulan sahaja. Takperlah tinggalkan kisah silam sebab ada dua amanah yang Allah berikan kepada teman kini yang sehearusnya diberikan perhatian dan teman mendoakan semoga ATIKAH dan AZALIA juga akan menjadi insan yang berbudipekerti yang mulia dan disanjungi. Semoga kalian berdua akan membahagia dan mensejahterakan hati ibu dan ayah dan semoga kami juga akan dapat memberikan yang TERBAIK untuk masa depan kamu berdua.... Layan ajalah majlis harijadi Nurul Atikah yang disambut sederhana tahunni hanya dibuat di tadika dan juga bawak dia tengok wayang... Layan seadayanya


Pertama kali jumpa ngan aishah sebab masa ambik kek besday Azalia dulu teman hanya jumpa ngan suami dia sahaja maalumler tokei kek kalau hujung minggu memang sibuk membakingkan.. Tapi harini teman dapat jumpa ngan aishah sebab teman ambik kek di opis dia kat Bandar Kinraranijer dan terimakasih kerana merealisasikan impian Atikah untuk mendapat kek Barbie 3 musketeer. Harap aishah adalah ambik gambar kekni sebab teman tak dapat nak ambik elok2 disebabkan majlis ni dibuat di tadika dan masa yang diberikan adalah terhad.




Upacara potong kek di iringi oleh nyanyian dari seramai lebih kurang 50-55 orang kawan-kawan Atikah. Seronok tengok Atikah gembira kerana diberikan sambutan oleh kawan-kawannya.. Teman dah kelam kabut pagitu Azalia pun teman tak bawak masuk ke dalam untuk upacara potong kek... kesian dia...






Upacara bagi sedikit ole-ole yang disampaikan oleh Atikah kepada semua kawan-kawannya.. Kat dalam begtu ada kek coklat, air kotak, gula-gula dan jugak buku nota, pemadam, pensil dan pengasah pensil. Harap diaorang semua suka ngan pemberian dari kami sekeluarga..



Acara posing dirumah baju yang dihadiahkan oleh nek Su dia yang juga menyediakan 100 kek coklat untuk beg goodies.. Terima kasih nek su...





Ni kat IOI Mall sebab bawak budak dua orangni tengok wayang cerita "How to train a dragon" kalau tak silapler tajuk dia.. Cerita kartun yang cantik sangat gambar dia tapi tak berapa mendapat sambutan dari budak dua orangni sebab kalau Atikah suka Barbie ngan Princess, Azalia suka Barney @ cerita banyak menyanyi...
Quote:


Selingan belaka.. masa besday tu teman tengok ada hasil kerja anak teman tampal kat notice board.. berbanggale jugak maalumler kat rumah kita selalu marah2 dia sebab tak selalu buat kerja sambil lewa rupanya kat sekolah tekun gak anak ibu ini.. moga atikah akan terus cemerlang...


Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019- 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net