Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Apr-2010 03:17 Email | Share | Bookmark
Melawat Ateh di Hospital Kuala Lumpur

 
 
Entah kenapa rasa macam malas sangat nak update fotopagesni walaupun hati teringin sangat. Rasa lesu semacam dah fpni disebabkan ramai sangat kawan-kawanku telah berkecimpung ngan blog dan facebook semestinya. Tapi demi rasa sayang yang tak pernah lunturni teman gagahkan jugak cerita terbaru kami yang pergi melawat emak saudara suami teman yang telah dua kali dimasukkan ke wad tapi kami cuma dapat melawat Ateh pada minggu lepas bersamaan 18/04/2010. Layanjerler...




Gambar ini diambil selepas kami melawat Ateh, terlupa langsung nak ambik gambar Ateh atau gambar di wad. Lepas dah letih berjalan tentulah dahaga maka kamipun duduk dibangku kat taman di situ, sebenarnya banyak kenangan HKLni ngan teman maalumler dulu arwah bapak mertua teman mendapatkan rawatan di sini dan kena pergi 2 kali sebulan minima. Semasa teman tak bekerja sekejap dalam tahun 2002 - 2003 (lamanyer yerk dekat dua tahun tak kerjakan) teman memang menjadi driver dan jugak peneman dia pergi mendapat rawatan. Banyak kenangan teman dengan arwah bapak mertua semasa pergi ke hospital ini dulu, tapi banyak gak perubahan HKL kini dan dulu terutamanya sistem tempat letak kereta. Isyh tiba-tiba rindu ngan abah pulak..
Untuk syima niler baju Atikah ngan Azalia yang hendak dipakai kalau pergi majlis hari jadi Kyra minggu sebelumnya. Rupanya 2A nak melaram ke HKL melawat Nek Teh dia, suka Nek Teh tengok 2A datang maalumler selama ini 2A macam cucu dia sendiri.

Inilah gambar Nek Teh semasa hari perkahwinan Erwani dan Ezrin..

Gambar pengantin dengan emak saudara perempuan. Dari kanan : tuler Ateh, Mak Long, Mertua saya, pengantin, Mak Lang dan Mak Su. Mak Pengantin takder sibuk melayan tetamu.. Masani Ateh dah tak berapa sihat sebenarnya tapi dikuatkan semangat untuk meraikan hari bahagia anak saudaranya kerana selepas dua hari majlisni Ateh dimasukkan ke hospital kembali... Ikuti kisah dibawah ini...

Ini cerita tentang Ateh @ Mak Teh yang telah saya copy & paste dari blog adik ipar temanni suzana .
Ini untuk cerita pembedahan kali pertama :-
Quote:
Semalam Mak Teh saya (adik mak) menjalani satu pembedahan perut yang sebelum ini banyak kali tertunda.Pembedahannya semalam mengambil masa selama 8 jam yang bermula dari pukul 11.00 pagi.Dengar khabar dari cousin saya dia sedar pada pukul 9.00 malam dan asyik mengerang kesakitan.Dan yang lebih saya sedih mendengarnya Maklang saya menyatakan Doktor telah mengesahkan Mak teh saya mengidap kanser.Perasaan saya semasa diberitahu oleh cousin saya Ochu(anak maklang) mengenai sakit sebenar Mak Teh saya ialah saya terdiam serta merta
.
Ini kisah dia dimasukkan wad kali kedua juga dari blog adik ipar saya juga, saya kalau bab nak men"describe" ni memang failed selalu.
Quote:
Dulu saya ada cerita mengenai Mak Teh saya yang ada ketumbuhan didalam usus kan, 2 minggu selepas dia operate ususnya,ususnya bocor sendiri. Sewaktu lawatan ke hospital Mak Teh nampak ceria,walaupun sebenarnya saya pun tak berani nak cakap keadaan sebenarnya macamana. Perut Mak Teh ada diletakkan satu pouch plastik and makanan yang telah diproses menjadi najis akan keluar disitu. Makteh pun tak boleh makan lansung dan hanya boleh minum sahaja.Makanan yang boleh masuk hanya susu khas yang disalurkan melalui tangan(maybe urat ke tak sure) and susu itu akan terus masuk ke perut

Semoga Ateh akan dapat sihat kembali (semalam dah keluar dari hospital) dan dapat melihat cucunya yang sulung Amir Miqta yang dilahirkan pada 9/04/2010 yang belum sempat Ateh tengok secara live hanya menerusi gambar di kamera.

Inilah baby Miqta yang juga terpaksa tinggal lama di hospital kerana mendapat demam kuning selama seminggu.. dugaan.. tapi sekarang dah baik seperti sediakala.. dan memang comel....

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.fotopages.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net