Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-May-2010 01:43 Email | Share | Bookmark
Aksi kami yang terakam...

 
 
Oleh kerana dah lama betoi tak ada cerita baru kat fotopages ini, terima sahajalah aksi anak-anak teman yang terakam di pelbagai tempat dan situasi. Gambar ini juga ada kenangan dalam kehidupan dua beradik ini yang mesti diabadikan di fotopages. Jadi layan diri seperti biasa melihat aksi-aksi Atikah dan Azalia.


Gambar Azalia yang kelakar tak boleh ketinggalan menghiasi fotoges ini. Yang mulatu gambar kat rumah kami sebenarnya aksi Azalia yang nak jugak pakai spek hitam makan mi goreng dahler comot pakai spekpun tak berapa nak betoi... tapi tak tahantu tanya gini "ibu kenapa tak ambik gambarni". ituler teman ambik gambar walaupun tak berapa nak senonoh sikit gambarni... Yang kedua aksi bosan dia menunggu ibu diani memilih kasut, dia boleh baring kat situ tanpa pedulikan orang keliling.



Kejadian ini berlaku di Gombak rumah moyang 2A, sebenarnya anak Jaja (dua pupu 2A) nak main layang2 kat taman yang jalan gi Kepongtu (sori tak ingatler namanya- tapi femes orang main layang2 kat situ) tapi disebabkan hari hujan diaorang berpatah balik tapi kat rumah cuaca ok cuma angin tak berapa nak adalah. Hantam ajalahkan asalkan budak2 suka, tapi Atikah dan Azalia macam tak heranjer tengokler muka budak dua orang yang menjadi pemerhati haritu.. Ingatkan diaorang tak suka tapi besoknya bangun-bangun tidurjer terus cakap "ibu nanti beli layang-layang princess tau banyak-banyak"







Ini pulak kegiatan kami 2/5 yang lepas iaitu pergi ke Taman Bukit Jalil yang tak jauh manapun dari Bandar Kinrara tapi kemain susah nak pergi ke situ. Oleh sebab kesihatan teman tak berapa nak elok jadilah temankan budak2ni main gelungsur kat situ, ok lah jugak tapi ramai gak orang takut pulak sekarangkan musim H1N1. Moga2 semuanya selamat.. Gelungsur kat sini besar sikit dan tinggi jadi Atikah seronokler tapi Azalia yang takut-takuttu main yang kat bawahjerler...

Salam Takaful ..
CHO ZILA (019 - 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
http://takafulatilia.blogspot.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net