Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-May-2010 22:05 Email | Share | Bookmark
Kenduri Kahwin anak kawan dan Lepak di Shah Alam Mall

rumah wak belakang kedainilah...
anak ibu tersayang
Salam Sejahtera semua....
Ini kisah kami ke Majlis Perkahwinan anak kepada sahabat rekreasi kami Wak Sarip yang berlangsung di Batu Belah, Klang pada 8/5/2010. Oleh kerana banyak masa lapang maka kami anak beranak melepak di Shah Alam Mall selepas majlis tersebut dan dapatlah menyaksikan sambutan hari ibu yang berlangsung di situ. Jadi Atikah dan Azalia sedia beraksi untuk memeriahkan fotopages teman seperti biasa, terima kasih semua kerana sudi bertandang ke sini.




Kami hadir lewat sedikit ke majlis tersebut kerana datang dari Putrajaya yang kebetulan pagitu adik ipar mengajak kami bersarapan di rumah dia, oleh itu kempunanlah kami nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi makanan yang disediakan memang sedap juga terdapat air tebu penghilang dahaga dan ini memang menepati selera kami yang kelaparan dan dahaga .






Budak dua orangni kalau dapat makan mi memang mertua lalupun dah tak nampak gamaknya, nasibler tak ramai orang kot idak memang memalukan.

Aksi Atikah yang berposing mengikut aksi model yang memperagakan pakaian untuk pertunjukan yang diadakan sempena hari ibu. Dia siap cakap nanti dah besar dia nak jadi macamtu, isyh tak habis berangan rupanya anak ibu ini..
Kesimpulan gembira dapat bersama sekeluarga walaupun aktiviti biasa-biasa sahaja. Sekadar melihat keletah mereka menyeronokkan hati walaupun kadang-kadang menguji kesabaran. Semoga anak ibu tersayang akan menjadi insan yang berguna hendaknya dan sentiasa dimuliakan.

Quote:
Dikesempatan ini teman ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI untuk suami tercinta semalam iaitu bersamaan 16hb Mei. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kehidupan suami ku dan dapat menjadi kekuatan kepada kami anak beranak untuk terus menyayangimu.

Semalam keluarga Mak Usu datang dari Shah Alam dan bawak kek SR yang comelni untuk suami teman, maka kami menyambutnya serba ringkas... HAPPY BIRTHDAY RAFI...


Award dari sue meru .. terimakasihler susah-susahjer buat award2 cantik kat akak ... ha! kena buat lagikan....


Salam Penuh Takaful...
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com
Wakil Takaful IKHLAS
Bandar Kinrara, Puchong


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net