Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-May-2010 01:16 Email | Share | Bookmark
25hb Mei .... Selamat Hari Jadi ...

 
 
 
Hari ini adalah harijadi teman .. Kalau dulu-dulu masa sekolah kalau ditanya cita-cita teman mesti teman jawab nak jadi "lawyer" kononnyer sebab tarikh harijadi teman sama dengan peguam yang femes iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tapi taujerler memang tak tercapai dek akal, namun Sudirman adalah penyanyi aka penghibur yang paling teman minati dari dulu, kini dan mungkin selamanya. So, SELAMAT HARI JADI untuk teman yang dah banyak bilangannya.. Semoga teman akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan dapat mencapai hajat-hajat yang teman hajati selama ini. AMIN.. AMIN....











------->-------->-------> ♥♥♥♥ SELINGAN ♥♥♥♥ <--------<-------<-------

Quote:
Percaya atau tidak semakin usia bertambah semakin senang penyakit mendatang. Oleh itu persediaan kearah itu seharus menjadi agenda terpilih untuk memastikan kehidupan tidak semakin sengsara. Bacalah artikel ini untuk gambaran :-
Perlindungan Kesihatan Takaful
Sumber UTUSAN online : 16/12/2009
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

SEMUA orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Tetapi malangnya ramai yang terlepas pandang aspek kesihatan fizikal dan mental dalam mengecapi kebahagiaan hidup. Ramai yang menabung untuk simpanan hari tua, untuk pendidikan masa depan anak-anak dan seringkali tabungan untuk kesihatan dilupakan.

Dewasa ini, kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal yang memerlukan dana yang besar untuk kos rawatannya. Dua jenis penyakit yang boleh memberi kesan sampingan yang kronik, termasuklah serangan sakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh terbesar di Malaysia. Di samping itu, penyakit-penyakit seperti kanser, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya, juga antara penyakit yang dikenal pasti menjadi pembunuh rakyat Malaysia masa kini.

Sebagai contoh anggaran perbelanjaan perubatan rawatan kanser payudara di sekitar RM20,000 ke RM100,000. Tanpa tabungan yang cukup bagaimana boleh kita menampung kos perubatan yang tinggi. Kos untuk perkhidmatan perubatan juga telah turut meningkat dari semasa ke semasa sehingga menjadi suatu beban yang akhirnya terpaksa 'merempat' untuk menagih simpati bantuan orang ramai. Hal ini sudah pasti akan menambahkan lagi bebanan menanggung kesakitan dan kewangan.

Kesihatan adalah anugerah yang sangat bernilai dan perlu dihargai. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (riwayat Bukhari ) dan sabda Nabi lagi yang bermaksud: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (riwayat Muslim).

Memang tidak dinafikan pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Namun persiapan menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi untuk tabungan kesihatan adalah suatu perkara yang sangat perlu.

Apabila mempunyai kewangan yang mencukupi maka semua perkara akan menjadi mudah dan barangkali tidak banyak kesulitan yang akan dihadapi walaupun sedang ditimpa penyakit. Pepatah Melayu menyebut, 'Sediakan payung sebelum hujan' amat tepat untuk direnungi dan sangat relevan dengan persiapan mewujudkan tabungan untuk kesihatan.

Persoalannya, adakah melalui kaedah tabungan biasa seperti yang disediakan oleh institusi kewangan mampu untuk memenuhi keperluan tabungan kesihatan. Cuma dalam hal ini kita mencari satu kaedah yang lebih baik agar ia benar-benar dapat memenuhi keperluan perlindungan perubatan seperti yang kita hajati. Alhamdulillah, dengan kemunculan takaful seolah-olah memberi nafas baru yang dapat memberikan peluang untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif, adil dan telus.

Quote:
Di antara elemen yang ada pada satu-satu produk takaful ialah aspek memberikan bantuan perlindungan (protection) jika ditakdirkan seseorang peserta ditimpa sesuatu musibah.
Sebagai contoh Ahmad menyertai Pelan X dengan mencarum RM100 untuk 10 tahun. Sekiranya Ahmad hidup sehingga tempoh tersebut maka beliau akan memperoleh apa-apa yang terkumpul bagi tempoh berkenaan. Akan tetapi sekiranya ditakdirkan Ahmad baru sahaja menyertai pelan tersebut 1 tahun, beliau meninggal dunia.
Kalau mengikut kaedah simpanan biasa (bukan kaedah takaful) maka Ahmad atau waris Ahmad akan memperoleh secara kasarnya RM1,200. Namun hal ini berbeza dengan kaedah takaful.
Ahmad atau warisnya akan menerima secara kasarnya wang caruman terkumpul dicampur dengan keuntungan pelaburan kemudian dicampur pula dengan baki caruman yang belum sempat dijelaskan yang akan dibayar oleh pengendali takaful hasil daripada derma dan bantuan para peserta lain yang menyertai pelan takaful.
Pendek kata Ahmad atau warisnya akan menerima sejumlah wang yang jauh lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah beliau carumkan.
Justeru, perlindungan kaedah takaful seperti yang diterangkan ini jauh lebih bermanfaat dan dapat meringankan beban ketika ditimpa sesuatu musibah berbanding dengan kaedah-kaedah perlindungan biasa.


Takaful Ikhlas sebagai sebuah pengendali takaful yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah telah mengambil langkah yang proaktif dengan menawarkan produk-produk berkaitan perlindungan kesihatan yang inovatif dan dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.

Di antara produk yang berkaitan kesihatan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas ialah 'Ikhlas Wanita Takaful' yang direka khusus untuk perlindungan kesihatan wanita, Ikhlas Critical Illnesss. Takaful Rider pula menyediakan perlindungan terhadap 40 penyakit-penyakit kritikal, Ikhlas Hospital Benefit Takaful Rider menyediakan perlindungan dalam bentuk bayaran tunai harian apabila dimasukkan ke hospital dan yang terkini Ikhlas Medic Assist Takaful yang menawarkan lima pelan penghospitalan dan pembedahan yang komprehensif dengan kos yang berpatutan dan turut menyediakan kad perubatan.

Justeru, langkah-langkah proaktif perlu diambil dengan menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan yang ditawarkan. Menyiapkan perlindungan untuk kesihatan perlu dimulakan dengan segera bukannya setelah penyakit sudah menyerang, seperti pepatah Melayu menyebut, 'Sudah terhantuk baru terngadah.'

Ini hanya sebahagian daripada keseluruhan artikel tersebut... Artikel penuh boleh didapati DI SINI


Ok nak tayang gak award dari Sue Meru

sori sue td ko masuk belum der lagi akak gantung awardni...Gi CH akak dapat lagini... bestnyer..

CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takafu IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
http://takafulatilia.blogspot.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net