Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jul-2010 01:11 Email | Share | Bookmark
Majulah Sukan Untuk Negara

 
Piala Dunia dah hampir melabuhkan tirainya. Pasukan mana pilihan anda Belanda vs Sepanyol? Temanni hanya tau pasukan Kejo Yob Kejo jer tapi tahunni deme dah merapu meghaban, dah nak tumpo gamaknya. Isyh! merepek dahni, gini benonya entry kali ini tak berkaitan bolapun tapi pasal tadika anak teman mengadakan Hari Sukannya baru-baru ini. Jadi layan ajalah serba sedikit kisah kami pada hari tersebut.

Tarikh : 27/6/2010
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Puchong
Acara : Tadika Permata Riang Sports Day

Di sebabkan harini Atikah kena bersukan (cam sukan olimpik pulak yerk), teman masakkanlah sarapan konon nak bagi makan kenyang-kenyang. Lagipun mak mertua temanpun nak ikut sama jadi tak payahler nak singgah kedai makan menyusahkan diajer nak berjalan. Go Atikah Go!!

SEBELUM ACARA

Atikah yang nak bersukan tapi Azaliapun beria-ria nak pakai seluar dogging (dia tak lerh sebut j) jugak. Happy kemain budak dua orangni. Acara dimulakan pada pukul 9.30pagi tapi kena pergi awal sebab nak kena mendaftar dulukan.

ACARA PERBARISAN

Tadika ini ada 3 kelas - 4 tahun (kelas Minnie), 5 tahun (kelas Mickey) dan 6 tahun ( kelas Donald). Seronok tengok diaorang "marching" kelakar sesangat terutamanya kelas Atikahler yang teramatler kelam kabut. Maalumler budak umur 4 tahun, kecik-kecik lagi. Tapi teman lagiler rasa nak pecah perut gelak tengok Atikah punyaler semangat angkat tangan dan kakinyer..

SUKAN KELAS ATIKAH
Setiap kali teman tanya Atikah dia masuk sukan apa mesti dia buat bodohjer, mungkin tak tahu nak "explain" atau memang dia malas nak layan ibu dia. Dia selalu kata "Ika last ibu". Ingatkan pasukan dia selalu tak menang rupanya dia orang terakhir untuk pasukan. Atikah kumpulan Upin.


Giant Ball ~ Ini acara pertama Atikah haritu. Atikah menjadi peserta kedua kena golekkan bola besartu. Seronok tengok sebabkan dia pantas bergerak dan membolehkan pasukan Upin dengan mudah memenangi permainan ini.


Fill/fill ~ Acara ini ialah mengisi air dalam cawan dan Atikah peserta terakhir. Pasukan Upin menang lagi. Yeah ....


Run with bean bag ~ Acara ini Atikah juga menjadi peserta terakhir iaitu lari dengan beg kacang atas kepala. Acara ini di menangi oleh kumpulan Ipin tapi tak jauhpun kurang selangkahjer...

ATIKAH DENGAN KAWAN KELAS

Atikah memang di bagitahu oleh cikgu kelas dia masa ambik report card, tak banyak cakap dan kurang berkawan. Tapi ada gak Atikah sebut kawan dia selalu buat dia macam-macam tapi setakat ini tak ada yang cederapun. Entahler mungkin betoi mungkin tidakler kan.... namanya budak-budak.

POSING-POSING


Ini acara bebaslerkan, posing-posingler kat dalam dewantu. Nasibler buat kat dewankan idakler berpanaskan, bolehler nenek diaorang ikut...

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Susah betullah nak kawal budak-budakni, ada yang lari turun balik dapat ibu ayah dia, ada yang berlari atas pentas tapi memang menghiburkan. Tengoklah barisan kawan sekelas Atikah, dialah yang paling tinggi sekali.

SERONOK DAPAT HADIAH

Hadiah yang diterima oleh semua pelajar mengikut kelas mereka adalah sama, sukan hanyalah untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan mereka sahaja. Oleh kerana haritu sepanjang majlis dipasang lagu tema Piala Dunia, jadi pantangler dengar iramani kat tv mesti budak dua orangtu kata ini lagu teacher.

KITA MAKAN DULU

Selepas tamat sukan kami pergi ke Gombak untuk menjenguk nenek oleh itu kami singgah ke kedai Chiangrai(betoiker idak ejaannyerni) di danau kota untuk makan tengahari.

Salam Penuh Takaful
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
Wakil Takaful IKHLAS
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG

Cerita Takaful Kami :-
http://takafulatilia.fotopages.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net