Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Nov-2010 17:30 Email | Share | Bookmark
Aida ♥ Mr K ~ Kau milikku

 
 
Tanggal 22hb Oktober yang lepas telah berlangsung majlis pernikahan antara Aida dan Khairul di rumah nenek mertuaku di Jalan Melati, Gombak dengan jayanya. Aida merupakan sepupu kepada suami teman. Oleh kerana teman menghadapi masalah nak mengambil cuti pada hari tersebut maka maafkanlah kak Zila wahai Aida tidak dapatlah meraikan hari bahagiamu itu...
Aida ini merupakan penutup majlis perkahwinan untuk keluarga Pak Long maka jemputannya lebih ramai dari yang lepas-lepas. Kebetulan pula Aida mempunyai ramai kenalan maka majlis perkahwinan hari ini juga dah menjadi majlis reunion kawan-kawan sekolahnya. So, layan sahaja gambar-gambar yang ada....



Inilah gambar hari pernikahan yang teman tidak dapat menghadirkan diri. Maka secara rasmi Khairul menjadi ahli keluarga Pak Long dan keluarga besar Nenek Fatimah Gombak... Moga ikatan kekeluargaan yang terjalin akan kekal selamanya....


Sebelum mekapkan pengantin, flower girl mesti dimekapkan dulu seperti biasa oleh Cik Nadia dan Mak Usu. Dan untuk memastikan flower girl menjalankan "duty"nya maka KITA MAKAN DULU....



Suka sangat dengan pelamin ini yang teramatler comelnya dan dipenuhi dengan bunga segar rasa macam berada di Cameron Highlandjer..


Ini adalah geng kipas dan geng tuala good morning.


Jom Karaoke kita... Bapak pengantinpun tak ketinggalan untuk menyumbangkan suara di majlis tersebut.


Inilah pengantin yang diraikan, indah berseri bergelar raja sehari. Semoga ikatan yang suci ini akan berkekalan sehingga akhirnya dan kekal bahagia dan sejahtera hendaknya.


Nampaknya dah tak sabar-sabar lagi budak-budak kenitni... Kaum bapa komen lipstik tak cukup kuatler.. Tapi tak sempat nak tambah lagi sebab pengantin lelaki dah sampai...





Gadis Bunga ini mendapat pujian kerana menjalankan tugas mereka dengan dedikasi.. Temanpun nak ucapkan terima kasih kepada pengantin yang sudi menghadiahkan terus baju flower girl yang cantik itu beserta dengan cekak dan stokin.. semoga di berkatilah perkahwinan korang sampai bila-bila...


Azalia dah keletihan langsung tidur di sofa sahaja, tanpa menghiraukan hiruk pikuk suasana kenduri..

Majlis di sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Shah Alam yang bertemakan biru.. Tapi tak berapa rajin nak ambil gambar dengan harapan dapat ciluk dari sepupu yang lain, rupanya semua orang tak berapa nak rajin macam teman juga. Tapi okler dari takderkan...


Hanya untuk ingatan kepada diri sendiri dan semua... Pada masa majlis yang berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai berlakulah peristiwa yang menyakitkan hati dan mungkin menjadi kenangan seumur hidup. Yang pasti setiap kali majlis berlangsung pasti perkara ini menjadi ingatan... Adik ipar teman dan jurusolek flower girls Cik Nadia telah kehilangan beg tangan yang sudah pasti berisi dokumen penting, duit dan juga handphone (blackberry lagi). Kalau yer pun nak ambik tolongler tinggalkan i/c, kad bank dan sebagainya supaya tidak menyusahkan orang nak melawat JPN juga bank.. Memangler menyusahkan. Kita selalu mendengar kisah kehilangan seperti ini di majlis perkahwinan yang mana ada insan yang rasanya bukanlah tetamu dan buat-buat macam tetamu mengambil kesempatan dari kelalaian sedikit kitakan(sebab kedua beg itu sudah disorok namun pencuri itu memang pakar)... Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita semua.... Jom tengok blog adik iparku yang ada kisah ini dengan lebih detail lagi http://najidfamily.blogspot.com

Sayang Kamu Semua....
CHO ZILA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net