Atikah & Azalia

By: cho zila

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Nov-2010 00:00 Email | Share | Bookmark
MaKaN-MaKaN plus sambut harijadi

 
Xtvt : Birthday Haziq, Nurin, Naufal, Azalia dan Sofea
Tempat : Rumah Mak Usu, Shah Alam
Tarikh : 31/10/2010

Kejadian ini berlaku hampir sebulan yang lepas namun disebabkan kemalasan dan kesepian yang terbawa-bawa (tengok fpni sunyi gilesss temanpun rasa macam sunyi gak) maka baru kini kisah ini dapat dipublishkan. Dan yang pasti selepas ini entry yang akan ditayangkan tanpa mengambil kira turutan masanya lagi.. hentam sahaja janji dipublishkan cerita yang menjadi kenangan kami sekeluarga.

Selepas melihat entry yang lepas-lepas di dalam fotopages sendiri, teman terasa KERINDUAN yang amat sangat sebabnya banyak juga acara yang tidak di masukkan di sini walaupun dah ada yang di masukkan di dalam album Facebook. Macam sesuatu yang tidak lengkap rasanya lagipun gambar-gambar tersebut teman hanya masuk di dalam fb Atikah dan Azalia sahaja bukan di dalam akaun teman. Oleh itu teman rasa walaupun kawan-kawan dan adik-adik semua dah semakin melupakan fp namun teman mesti gagahkan diri untuk terus bercerita di sini, INSYAALLAH.

Oklah, berbalik pada kisahnya seperti tajuk di atas majlis ini cuma makan-makan sambil menyambut harijadi untuk anak-anak yang lahir pada bulan Oktober. Kebetulan pada hari tersebut keluarga suami teman berhimpun di rumah Busu untuk sama-sama pergi ke majlis bertandang Mr K dan Aida di PKPS, Shah Alam. Oleh yang demikian teman dan ibu-ibu yang lain bercadang untuk buat majlis tersebut untuk kenangan kepada anak-anak.




Quote:
Dalam pada majlis yang berlaku secara segeratu teman masih sempat mengorder coklat dari sahabat baik teman di ZATI. Bukan sahaja budak-budak yang suka tapi emak/bapa dan atuk/nenek pun suka sesangat berebut nak cari karekter yang disukai. Thanks ZARA COKLAT sebab hasil kerja yang memang amat teliti sesangat...

Inilah coklat-coklat yang telah di order untuk buah tangan kepada semua yang datang.



Gambar anak-anak yang diraikan pada hari tersebut semoga kalian akan menjadi insan yang dirahmati dan berjaya dunia dan akhirat.... Amin....


Makanan yang terdapat pada hari tersebut yang sedap-sedap belaka. Hari itu kami dapat makan laksam, satay, kuih muih juga pencuci mulut berupa air buahan koktail juga buah tembikai.


Gambar Nurin ngan Sofea iaitu adik beradik yang lahir pada bulan Oktober.


Gambar dua pupu Azalia dan Sofea yang lahir pada bulan dan tahun yang sama. Juga gambar Azalia yang telah menunjukkan baju yang dia dapat dari MAK JANA sekeluarga dan pinggan dan cawan dari family Juan. Terima kasih daun keladi...


Upacara buka hadiah...Azalia bergembira dengan hadiah yang dia dapat daripada semua. Yang paling kelakar ialah hadiah dari pengantin baru yang sepatutnya diberikan kepada anak saudara lelaki dia tetapi disebabkan mak pengantin silap teknik diberikan kepada Azalia. Dan hadiah itu yang berupa mainan transformertu yang paling dia suka walaupun banyak hadiah yang sesuai untuk girl...



Budak-budak bergembira bermain buih sabun. Tapi teman punyalah kedekut belikan untuk Atikah dan Azalia sahaja..isyh teruk betoiler. Nasib diaorang tak kisah untuk berkongsi bermain bersama-sama.


Salam Sayang
CHO ZILA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net