Memandangkan usia Atikah pada tahun depan adalah 4 tahun rasanya sudah sampai masanya untuk Atikah masuk ke tadika. Teman memilih Tadika PERMATA RIANG di BK5 sebagai tempat permulaan alam belajar untuk Atikah dengan berharap dia mampu untuk bergaul sesama rakan sebaya dan belajar sedikit sebanyak sesuai dengan usia. Teman pilih tadika ini juga kerana faktor kemudahan pengangkutan dan keselamatan iaitu jiran teman menghantar dan mengambil sendiri anak dia yang juga bersekolah di sini.
Yang paling seronok ialah untuk bulan Disember ini, Atikah dapat pergi belajar secara percuma sebagai percubaan sebelum sesi persekolahan yang sebenar pada bulan Januari nanti. Oleh yang demikian Atikah sudah mula pergi ke tadika pada 07/12/09 yang lepas sehingga 24/12/09 nanti. Lihat saja aksi Atikah pada hari pertama persekolahan tersebut yang teman ambik dan edit hanya menerusi 'handphone' sebagai kenang-kenangan. Moh kite!!
Inilah tadika Permata Riang, BK5 warna biru kuning kan ceria..
Tengok ajer keseronokan Atikah pada pagi tersebut, temanpun sengaja ambik cuti sebab nak tengok aksi dia pada haritu.. tapi sayangnya teman terlupa ambik gambo muka Atikah yang tiba monyok kat sekolah lepas kena hantar haritu mungkin sebab terkejut tengok kawan-kawan dia tak ramai yang dia kenal kot dan berbagai2 bangsa.
Ni layan Atikah gi Giant Kinrara untuk memberitahu dia betapa bangganya ibu dia sebab Atikah tak menangis dan  seronok tengok dia gembira bercerita pengalaman hari pertamanya bersekolah. Dan yang pasti tiap-tiap hari memang mudah untuk membangunkan dia dari tidur asalkan cakap nak pergi sekolah.
Ini pulak adalah hasil mewarna Atikah yang pertama, seronok tengok walaupun hasilnya bukanlah hebat tapi tetap berbangga kerana dia mahu melakukannya sebab selama ini teman tak nampak dia hendak melakukannya. Semua buku mewarna dia terletak elok di dalam kotak dan kalau dia keluarkan bukan untuk mewarna tapi untuk jadi bahan angan-angan @ lakonan dia, Atikahkan drama queen. Abaikan cikgu mengeja nama dia Athilah ler pulak sebab Atikah beria-beria kata lukisantu dia yang warnakan...
Ini hanya selingan belaka... gambar agar-agar apa tah untuk pulangkan pinggan jiran sebelah rumah teman yang memang tak pernah serik-serik menghantar macam-macam kat rumah teman. Teman memang tabik spring betoiler kat jiran temanni, sebab kadang-kadangtu sampai satu hidangan makan tengahari dia hantar siap dengan sambal belacan dan ulam.. Mana nak carikan jiran begitu rupa kat kota metropolitan inikan, tapi ituler hakikat berjiran di sini tapi kadang-kadang naik malupun ada sebab temanni selalunya tak punya masa yang banyak untuk membalas semua pinggan yang adatu. Nasibler Kak Ida dapat jiran macam temanni..
Buat agar-agarni pun senangkan jadi bolehler asalkan dapat pulangkan pinggankan.. Resipi hanya untuk teman ingat2kanjer...
langkah 1:
Rebuskan : 1 mangkuk agar2 (di penyek2kan dalam mangkuk)
31/2 mangkuk air
(rebus sehingga semua agar2 larut)
Tambahkan : 3/4 tin susu cair
selepas mengelegak..
Tambahkan : gula (agak2ler)..
# maka sejukkan terlebih dahulu ... dan apabila dah boleh dipotong maka potong kiub dan bubuh didalam bekas...
langkah 2:
Rebuskan : 1 mangkuk agar-agar
4 mangkuk air
(sehingga agar-agar larut)
Masukkan : 3 ketul gula melaka
(yang telah dilarutkan terlebih dahulu)
Tambahkan : gula jika perlu.
# Dah masak kalu, bolehlah dituangkan ke dalam agar2 yang telah dipotong kiub tadi...
Make sure kacau sedikit supaya agar2 kiub itu tidak tenggelam.. bolehler disejukkan dalam peti sejuk... anak teman kemain suka lagi...
"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanlah untuk pendidikan anak kita...
CHO ZILA ( 019 - 210 4240 )
atikah06najmi@yahoo.com
BK4, BaNdAr KiNrArA
Namun ampun dan maaf dipinta terpaksa meminta diri terlebih awal disebabkan ada urusan yang terpaksa dibereskan. Juga minta maaf sebab anak teman haritu tak macam anak orang lain asyik berkepit jer langsung tak nak berenggang (buat hati ibu dia geramjer~ siap berleter kat atikah lain kali jangan ikut ibu lagi tau, suruh bergambarpun susah~ ayah dia kata tak nak bergambarpun marah~ ialah kitani kalau bergather2 nak ler bergambar22kan... entahler).. Temanpun idakler keluarkan kamera buruk temantu jadi kebanyakan gambar hasil cilokan TERBAIK teman dari sahabat2 semua mintak halalkan....
Kepada semua sahabat tersayang http://akuckynhashim.fotopages.com(ckyn~organiser), http://wanizz.fotopages.com(azreen~tokei DF), http://tiwabanos.fotopages.com(lela), http:norwaninorwi.fotopages.com(wanie), http://aensufia.fotopages.com(as),  http://syimaamran.fotopages.com(syima), http://khazimahwalid.fotopages.com(Imah~Melaka), http://norzalini.fotopages.com(lynn), http://nurezira.fotopages.com(zira), http://cheerienaz83.fotopages.com(reen), http://izzaizzriq.fotopages.com(Izza) dan http://hanazmanis.fotopages.com(hanaz) yang menghadirkan diri, terima kasih kerana sudi menerima akak sebagai sahabat maya kalian. Tak lupa kepada yang tak dapat hadir hari itu http://elliiyyelos.fotopages.com(liya), http://ezanuar464.fotopages.com(ezan), http://nosika.fotopages.com(ika) dan http://annafarha15.fotopages.com(teacher Anna) harap kita akan jumpa lagi di lain gathering... Insyaallah...
Tengoklah kegembiraan yang terpancar dari semua yang hadir, tapi ada lagi yang tak sempat bergambar sori kat Zira (tengah bf anak dia) dan Hanaz (yang terlewat sedikit) kerana temanni kena balik awal... Kalauler teman tak balik awal tentulah dapat bergambar dengan semuakan tapi takper mesti ada lagi pertemuan inikan. Terima kasih untuk Wani yang datang dari Kulim dan jugak Imah yang datang dari Melaka untuk memeriahkan majlis ini... memang merah dan hitam menguasai Maju Junction haritu, anak-anakpun happy sangat nampak haritu (anak teman lak berkepitjer ~ Ida tengokkan perangai anak akak masa datang rumah Ida dulu tapi ngan anak Ezan dan Liya dulu okjer)
Entahler budak2 gituler, harap next perjumpaan anak teman dapat berkerjasama untuk memeriahkan majlis. Gambar ini diambil dari http://norwaninorwi.fotopages.com(wani), akak suka gambar ini.
Zira!! ada gak gambar adik tau... ibu yang sedang menyusukan anak dan sedang berbadan dua memang kena makan banyakkan suka gak gambar yang diambil dari http://syimaamran.fotopages.com(syima). Gambar ini semasa teman dah nak balikni, pegang hadiah dari kak imah macam takut hilang....
Tu dia bak kata wani bernanah mata tengok merah dan hitam yang cukup meriah ini. Gambarni semua dari http://syimaamran.fotopages.com(syima) yang memang duk sebelah teman masa bergambar haritu sudah pastilah suami dia ambik gambar anak dan isteri dia terselit jugak gambar teman..
Suka gak gambar ini seperti tadi masih dari http://syimaamran.fotopages.com(syima). Tengokler Izza ngan babynya yang baru lepas pantang terkejut tengok orang ramai ngan warna hitam dan merahlak tu.
Lihatler ibu-ibu beraksi dah lupa kat anak sebentar, Ckyn kalau tiru gaya Ziana Zain kelas gitu, anak teman si Azalia macam tertanya-tanya gak selalunyer dia penat beraksi harini semua mak2 budakjer yang suka kemain nampak kamera.
Hadiah yang dibawa untuk tukar-tukar antara kami. No 8 adalah hadiah yang  teman bawa dan dapat kepada Lela namun tiada gambar bagi hadiah kepada Lela sebab teman balik awalkan. Harap Lela suka hadiah dari teman kerana ini teman belitu semua last minute tak sempat sampai sudah nak gi ke shopping complex..
Hadiah yang dibawa untuk tukar-tukar antara kami. No 8 adalah hadiah yang  teman bawa dan dapat kepada Lela. Teman pulak dapat hadiah dari imah (dua2pun senior kat sini)... Terima kasih atas hadiah yang diberikan macam2 taujer anak teman ada 2 jadi tak boleh nak berebut budak 2 orang tu..
Ini adalah gambar teman dengan adik-adik yang tersayang. Yang mula tu teman dengan Izza dan Syima dan yang kedua tu teman ngan Lela...
Ini lagi ngan adik-adik yang memang sweet dan yang mulatu ngan Reen dan yang keduatu ngan Lyn adik yang paling junior sekali. Bayangkanler mak Lyntu baru 46 (rasanyaler) nak lebih kurang jer ngan teman tapi dia dah bela cucu teman baru mengejar anak kecik.
Aksi anak teman 2A semasa kat sana dan dalam perjalanan balik, tengokler "joghen" ajer mulut Atikahtu ngajak balik geram betoiler. Tapi makan boleh tahan habis gak menu kanak-kanaktu diaorang rembat... Thanks http://wanizz.fotopages.com(azreen & suami) kerana DFnyer menu yang memang sedap-sedap belaka kot nanti gi Maju Junction leh ler singgah lagi sini...
Untuk gambar yang lebih happening dan ceria sebab banyak gambar anak2 yang ceria dan gembira bermain yang umpama Maju Junction haritu kami yang punya pergilah ke fotopages kawan-kawan  yang hadir pada hari itu.
"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanan Pendidikan untuk Tersayang
CHO ZILA ( 019 - 210 4240)
Jadi untuk entry kali ni teman persembahkan xtvt kami anak beranak bersama kazen2 suami teman ke SUNWAY LAGOON... Sori  Cikatie kita tiru you punyer tajuk & cilok sekali gambar yang berkenan dihati, ampun. Ok ceritanya pada 5/12 yang lepas kami dah berada di depan pintu masuk Sunway Lagoon dalam pukul 9.30 pagi untuk memastikan kami dapat masuk awal ke situ dan tidak payahler nak berebut-rebut untuk main permainan yang ada di dalam sana. Pada mulanya tiket ditangan suami teman ada 15 keping untuk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak (Azalia masih percuma) tapi disebabkan Haziq dan cik Ocu tak mai hanya kami 16 orang sahaja yang ada. Tapi gamat tetap gamat jugak, moh kita tengok kejadian yang berlaku pada hari itu.....
Anak teruna mak Zana tengah melayan Azalia semasa menunggu pintu dibuka.
Milik siapakah tangan ini?? Ini tangan-tangan cucu-cucu Nenek Fatimah yang boleh tahan gak kalau kena penampar boleh tergolek jugakler.. jangan marah kazen22 ku,,
Jangan percaya dengan drama yang anda lihat ini, ini semua lakonan belaka. Bukan nak cari apa-apapun cuma suka nak bergambarjer... itu nasib cik ocu tak ikut kot idak lagi gamat...
Inilah ketua rombongan Mak Jana (aka cik Kiah~ adik iparku) yang sedang menunjukkan beg-beg ahli rombongan yang mana anak teruna dan anak dara semua seronok bermain.. cik Kiah jugak kena jaga...
Ini antara permainan yang ahli rombongan sempat bermain, ada lagi tapi tak sempat dirakamkan sebab dah kepenatan. Yang pasti anak teman berduatu tak reti takut langsung marah pulak kalau abang-abang sedara dia tak nak bawak diaoarang main sekali.. tapi memang enjoyler sebab kami mengambil keputusan yang tepat dengan bermain di sini dahulu baruler berendam kot idak dah letih berendam pastilah malas kot nak main semua ini.
Niler aksi2 sebelum kami pergi untuk berenang. Tengokjerler anak temantu seksi sikit sebab dah tak sabar nak mandi sebabnyer pagitu teman idakler mandikan diaorang dulu ingatkan nak mandi terus tapi rupanya main-main kat sini pun sampai pukul 12.00 lebih kurang baruler pergi ke beach dia...
Tu melangut tengok budak2 main yang kepala kat bawahtu (terbalik 360darjahnyer) yang gi cuma anak terunajer... kelakarnyer yang duk kat bawah yang riuh bagai nak rak, sampai orang kiri kananpun tergelak sama. Budak2ni turun dari permainantu punyaler serabai rambut dan ada gak yang pucat semacam memang kelakar....
Atikah dan Azalia seronok sesangat dilayan bagaikan puteri dikelilingi sang jejaka yang sedia membantu.Sebenarnya teman yang seronok sebab tak payahler nak melayan kerenah diaorang berdua sebabnya 2A kalau dah jumpa sepupu2 ayah dia dan sepupu dia memang dah tak nak kawan ngan ibu dia  lagi.. bolehler teman berendam sepuasnya...
Bestnyer naik pelampung ni, malanngnya rombongan wanita idak nak turun ke air kecuali teman ngan cik Mira idakler boleh tumpang pelampung ni... tengokler anak teman idak reti takut langsung.
Azalia keletihan dibawah pokok tempat ayah dia landing, inipun sebab teman tengok muka Azalia dah nak kebiruan paksa jugak dia keluar dari airtu, suruh ayah dia peluk (sebab ayah dia tak main airkan) tertidur kat pangkuan ayah dia jugak.Atikah pulak tengokler tetap tunjuk nak masuk dalam air tu jugak walaupun adik dia dah surrender..
Ini kiranya kesemua ahli rombongan kecuali yang mengambil gambar cik Mira kot. Cik Atie cakap muat ooo satu payung jer... keh! keh!
Gambar ahli rombongan berbincang nak isi perut kat mana.. setelah undian dibuat maka kami segerombolan bersetuju untuk makan di McD sebab ramai yang nak makan prosperity burger.. i like....
Kalau dah bawak ramai budak-budak McD memang menjadi pilihan nak buat camner ikutkan ajer, Mak Jana ngan cik Atie belanjakan... thanks... Tengokler tak cukup meja yang panjangtu, kat belakangtu pun rombongan kami jugak. Masa kat sunway Lagoon tu ada orang tanya ni datang hari keluarga yang mana satu (sebab ada dua company buat family day kat sini) maka ketua rombongan cakap rombongan keluarga sendiri...
Gambar Azalia menayang jam yang kononnyer percuma walhal duit RM10 sebagai deposit tag tangantu tak dipulangkan (maknanya harga jam tu RM10).. tapi takperlah untuk kenangan. Dan  jugak gambar Azalia yang tertidur keletihan di dalam perjalanan pulang dipangkuan abang Fikri dia...
Sahabat sekelian...
Teman mohon maafler termabuk gambar kali ini,,, lepastu takder tempat nak edit gambar2ni dan suka sangat dengan semua gambo jadinyer entry kali ini memang takder bunga-bunga bagai, takder berframe gambar2nyer, takder border bagai. Layan ajerler kan....
"BERILAH HADIAH, KAMU AKAN BERKASIH SAYANG"
Simpanan Pendidikan Permata Hati
Hubungi : CHO ZILA ( 019-210 4240 )
Hanya Azalia mengikut kami ke Sunway Pyramid haritu sebabnyer kakak dia dah dihantar ke Gombak seminggu sebelum hari raya. Oleh itu kemain manja lagiler Azalia selama seminggu.
Aksi 2A dengan kasut-kasut mereka....
Singgah sekejap di Taman Tasik Titiwangsa, tapi menakutkan ajer sebab budak dua orangni dah macam nak terjunjer dalam airtu.
Belonnyer  dia nak tapi nak suruh dekat ngan baduttu, memang tak nak. First time pegi Wangsa Walkni, okler kot ramai orang, parking masih free lagi.
Simpanan PENDIDIKAN Takaful
CHO ZILA (019-210 4240)
BaNdAr KiNrArA, PuChOnG
wakil takaful IKHLAS
Ini cerita-ceriti kami dikesempatan ayah 2A membenarkan teman memegang kamera secara automatik anak-anak teman teruja nak bergambar. Jadi inilah hasil kerja tangan teman, layan ajerler gambar-gambar yang ada ini.
Aksi 2A dengan basikal hadiah dari nek Jang, tapi basikalni tinggal rumah moyang 2A kat Gombak. Kiranya kalau ke Gombak sahaja 2A dapat bermain dengan basikal ini. Semingguni puasler Atikah pusing-pusing dalam rumah (sampai moyang dia kata boleh masuk world record kayuh tak berenti-renti) sebab Atikah duk kat rumah moyang dia dari semalam hingga hari rayaler.
Aksi 2A di rumah sendiri dengan koleksi buku kesayangan dan jugak gambar kawin teman kat belakangtu ( tak bergantung lagi selepas mengecat rumah raya yang lepas). Perasan tak gambartu adalah jahitan x-stich iaitu satu-satunya hasil kerja teman yang boleh dibanggakan.
Atikah ngan microfon hadiah dari McD, perasan menyanyi penuh perasaan. Memang sekarangni suka sangat menyanyi dan suami teman kata menyanyi cam mat salleh yang nyanyi dalam rancangan yang Redza jadi pengacara (rancangan apa yerk!!) dan artis kena teka tajuk lagu... dah ler lirikpun dia ubah secukup rasa. Nak cerita Azalia terer sikit menyanyi dari Atikah dari segi sebutan dan jugak irama berkemungkinan kerana pengasuh Azalia ada anak yang selalu masuk pertandingan menyanyi dan selalu menangpun, jadi selalulah berlatih menyanyi kat rumah.
Gaya terkini Azalia yang pantang nampak kamera tangan dia mulaler jadi cam gitu.
Ni aksi Azalia lagi...
Aksi kedua-dua puteriku dengan bangganya tak berbaju nak jugak bergambar, tengokler gigi Atikah yang dahler jarang tak berapa nak putih lak tu, Azalia pulak ngan muka berconteng dengan kalor krayon yang dibuatnya lipstik..pekap2. bahayakan!!
http://kids.niehs.nih.gov/color.htm
Sajaler nak kasi link untuk anak-anak mewarna...
Simpanan Pendidikan Takaful IKHLAS
CHO ZILA ( 019-210 4240 )
Hari sabtu yang lepas berlangsung sambutan harijadi untuk mak saudara suami teman di Jalan Melati, Gombak dengan meriahnya sepadan dengan  pertambahan usia.  Nek Jang itu adalah adik kepada emak mertua teman yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek mertua temanler. Majlis di mulakan dengan marhaban oleh grup yang di sertai oleh nek Jang jugak namun kali ini tiada baju seragam marhaban dibenarkan kerana terdapat pertandingan siapa yang paling the vogue. Ulasan cerita juri-juri awam bertelagah untuk mencari pemenang boleh dibaca diblog http://najidfamily.blogspot.com(SUZANA) ,memang kelakar sangat. Hadiah diberikan kepada 5 orang pemenang yang bertuah dan ketua jurinya adalah suzana~ adik ipar teman. Makanan seperti biasa kalau dirumah Nek Jang memang best-best belaka dan macam-macam ada... Jadi layan ajalah gambar yang ada ini dan dikesempatan ini mohon maaf kerana dah lama tak hapdet fpni.
Selamat Hari Jadi Nek Jang tak kira yang keberapa semoga kehidupan Nek Jang akan bertambah berbahagia dan sejahtera hendaknya. Ini gambar Atikah ngan sepupu dia Naufal menyampaikan hadiah sebagai cenderamata untuk hari jadi nek jang tahun ini.
Grup marhaban yang sporting dan juga penyampaian hadiah untuk pemenang pakaian paling vogue juga gambar cup cake yang cute itu. Lagu panjang umurmu dinyanyikan bersama grup marhaban tersebut memang kelakar sangat rasanya.
Upacara bukak hadiah yang gamat dihadiri oleh ahli keluarga sahaja dan itulah hadiah2 yang nek Jang dapat pada hari tersebut. Gambar cik Aty ngan hadiah yang diberikan kepada nek Jang.
Sana-sini gambar besday ini, yang pegang mangkuktu orang yang kasi hadiah bukan yang diraikan... dan ituler beg hadiah dari kami orang kinrara dan jugak kain berwarna biru yang kami berikan kepada nek Jang, nasib nek Jang suka.
Ini pulak gambar puteri kesayangan hamba yang pada hari tersebut. Cadang nak tukarkan baju tapi malas punya pasal comotler anak teman haritu, takper janji diaorang hepi jumpa sedara mara kebanyakan sepupu suami teman dan jugak dua pupu, sebab sepupu 2A sebelah ayah dia hanya ada 3 orangjer.
Simpanan Pendidikan
CHO ZILA (019-210 4240)
Ini gambo Atikah ngan Marcela semasa dalam perjalanan nak pergi rumah sepupu teman di Kajang. Sepupu inilah yang paling rapat dengan teman sebenarnya semasa di Ipoh dulu tapi semenjak dua2pun merantau kesini kitaorang dah tak serapat dulu lagi.
Ini pulak gambar anak2 teman ngan sepupu dia kat taman dan jugak gambar ngan Marcela yang nak pergi konsert tahunan tadika dia. Kami tak boleh nak ikut sebab tahunni konsert dia buat kat kelab golf mana tah yang memerlukan tiket untuk menonton, tahun lepas boleh ikut...
Inilah sebabnyer my parents datang sini sebab ada kenduri kawen sepupu teman yang dapat orang Taman Bakti, Ampang kot idak tak nak dia mai..
Selalu bila dah emak ngan apak teman tak dekat nak sangat ada gambo dengan deme tapi gituler bila dah ada depan mata selalu terlupa. Geram betoiler, 2A pun tak der bergambo dengan atok ngan opah. Takperler ni ler emak ngan apak teman masa nak balik Perak tapi teman takder hari isninkan kerja... adik teman yang pompuantu ambik cuti hari isnin.
Yang Terbaik untuk dirimu..
CHO ZILA (019-210 4240)
Salam semua.. ini adalah gambar di KLCC pada 11/10 yang lepas. Oleh kerana gambar ini tidak dikeluarkan lagi maka ini adalah kenangan 2A di KLCC tempohari, kiranya serdak2 gambarlerni.. Sebenarnya kami nak pergi Aquaria haritu tapi disebabkan Azalia takder mood haritu terpaksalah dibatalkan dan yang tak syioknya ialah dia hanya nak berdukung dengan ibunya sahaja, penatler teman.Yang peliktu mood dia cam angin kejap2 gelak terkekek-kekek sekejap lagi dah takder mood balik. Apapun layan ajerlah aksi 2A yang kalau boleh nak naik semua permainan yang ada macamler tak pernah mainkan.. tapi dari takder gambar baik adakan...
Kereta yang paling best sebabnyer adik boleh bawak kereta dan kakak boleh ambik2 order kononnyer kereta hot dog. Masa nak main mainanni ada pulak anak mat salleh tu masuk dulu,punyerler lama.. boringjer 2A tunggu.
Ni teksi yang sepatutnya muat untuk sorang tapi Atikah nak jugak masuk jadi terpaksalah duduk atas patung yang memang dah sedia ada jadi penumpang jadi sampai terjojoller kepala keluar.. kecoh budak dua orangni..
Atikah masa ini mendongak pandang lampu katanya, permainan ini untuk 3 orang baru berbaloi tapi disebabkan duit syiling ibu banyak haritu layan ajerlah.. nak main free baik kita gi Giant kinraratukan, tapi buruk-buruk belaka mesinnyer..
Serba pink pulak anak ibu azalia sayangni...
Ini pulak gambar serdak sehari selepas besday bash Azalia haritu yang kini telah jadi gambar untuk ticker besday 2A terkini...
Atikah dengan puzzle hadiah Azalia dapat tapi dia dah mengaku itu dia yang punya. Yang paling dasyat hadiah baju adik diapun kalau boleh dia nak sapu gak, nasibler satu panjang satu lagi comeljer. Tapi ada gak orang kata depani kembar..
Jenuh nak ambil gambar Azalia sebab masani dia tengah syiok memanjat.
Takaful keperluan masa kini... :P
anak ibu sayang...semoga menjadi anak yang pintar dan membahagiakan selalu....
Aksi gedik santai dua beradik sebelum majlis, budak 2 orangni kalau rumah tok busu diani memang suka sebabnyer ramai yang nak melayannyer.. kalau azalia asyik kena dukungjerler, jadi senangler kerja teman haritu nak ambik cupcake ngan syu dan gak beli satay kat PKNS juga beli pizza hut kat SACC Mall.
Terimakasih untuk http://aishahmad.blogspot.com(aishah) untuk kek yang memang menepati keinginan walaupun order dah terlewat. Terima kasih kerana letakkan kat blog Aishah kisah kitatu walaupun nama akak salah sedikit janji ada zie..  :-D  :-D  :-D http://aishahmad.blogspot.com/2009/10/garden-theme-birthday-celebration.html(kek azalia di blog aishah)
Cup cake yang diorder khas dari http://syuhaiza.fotopages.com(syuhaiza fotopages) dan yang paling tak sangka ialah sesuai sangat dengan kek princesstu padahal akak cuma cakap kat Syu janji budak2 suka tengok. Tp memang atikah dan azalia suka sangat2 dan naufal jugak. Kiranya semua orang sukaler Syu, dan terimakasih bagi  diskaun lagi.
Keseronokan menyambut harijadi kerana gembira melihat kek yang berwarna-warni dan yang penting ada princess Belle kat atas kektu dan Syu thanks buatkan garfield yang cute bangat. Walaupun majlisni kolabrasi sambutan harijadi Azalia, Naufal dan Haziq tapi biasalah girlni memang lebih sedikitkan...
Aksi besday girl yang gembira, dah comot dan keletihan dan yang penting malamtu punyalah lena tidur kedua orang puteriku ini
Azalia dengan sepupu2 suami teman dan waktu ini kebanyakan family suami teman dah nak berangkat balik. Terimakasih untuk hadiah yang memang amat berguna untuk Azalia.
Aksi birthday girl selepas majlis.. baru tau lapar gamaknyer. Juga gambar jajan yang teman bagi kepada tetamu haritu..
Takaful Untuk Kebahagiaan
:lol_up: Thumbs up untuk ayah 2A kerana berusaha menyeronokkan hujung minggu kami anak beranak. Maalumler susah dia nak bersetuju pergi bawak budak 2 orangni ke tempat yang ramai orang kerana sekarangni nak makan kat kedai sekalipun selalu dia mengelak. Biasalah dah namanya budak-budak memang tak kenyang makan kalau 2A mengikut belum lagi  dengan tumpah air dan terjatuh dari bangkunya. Tapi minggu lepas kami bukan sahaja dapat bergembira di Genting Highland pada hari sabtu tapi keesokan harinya dapat pulak pergi cuci mata di KLCC. Yang paling penting sekali ialah gambar 2A memang banyak untuk edisi jalan2 kali ini... Jadi layanzzzzz
Aksi Atikah semasa mula sampai di Genting ngan ayah dia, masani teman pegi beli tiket. Teman beli yang boleh main semua indoornyer game dalam sehari sebabnya semua game tak kira kanak2 @ dewasa harga RM8. Kalau beli pakej keluarga 2 dewasa 2 kanak-kanak RM109, jadinya kitaorang main satu-satu game sampai 3 kalipun ada nak bagi RM yang dibelanjakan berbaloi-baloi...
Atikah dengan kuda angan-angannya ~ princess2kan selalu ada kuda.. sekarangni kalau tanya besar nanti Ika nak jadi apa "snow white" mak oooi... jadi doktorker, engineerke, ahli muzikker... jenuh.... Mula2 sampaipun dia dah menjerit "ee, tempat princessler ayah".
Azalia dengan aksi membaham ayam goreng McD yang memang tak freshtu (adakah di gentingjer~ dahler harga cam berganda2jer), Atikah dah lelap dah masa ini kat sebelahtu. Gerun tengok cara Azalia makan.. adaker yang nak buat menantuni???
Inilah Azalia dengan aksi2 spontan dicampur ngan cakap selamba dia yang kadang2 tak percaya dia baru 2 tahun (maalumler Atikah dah 2 tahun lebih baru terer bercakap tapi sekarang dah jadi cam scha dalam awan dania.. pot pet pot pet tak berenti22).
Ini pulak Azalia dengan ibu dia. Azalia kelakar sangat semua permainan nak dicubanya, tanya kakak dia ada gak yang dia kata tak berani, Azalia bila tanyajer "Ya nak naik, Ya berani,"... teringat pengalaman pertama kali Atikah di Genting dulu, nasib beli tiket untuk satu permainan jer, dia macam nak terjun dari kereta rusa yang tinggitu.
Ini masa 2A naik monorail yang pusing sekeliling taman permain luar dan dalam, lebih kurang 20 minit gak kot. Masa kat sini dah membayangkan lain kali kita beli tiket out door lak, baru thrill sikit dapat rasa sejuk yang berkabuss2 tu.. dan paling teringin nak ambik gambo kat bas merah dua tingkattu.. (adaker tak beli tiket tak leh nak masuk dalam langsung~ ambik gambopun)..
Teman dan 2A kat luar.. tengok ajerler 2Atu "mengelenyor"(tak reti duduk diam), teramat payah nak mengambil gambo supaya beradab sopan sikit. takper janji boleh ambik gambokan...
Teman suka gambarni untuk 3 beranak, teman tengok ramai orang ambik gambo kat depan French Village(promosi jual barang Perancis kot) jadinya temanpun turut teruja. Tapi masa ni 2A sibuk nak tengok hantu yang  keluar ambik angin sekejap dari rumah berhantuler kot!!. Azalia cakap adik Ya tak takutpun dia bye bye kat Ya...
Disebabkan 2A nampak seronok berada di Genting, teman dah berangan lebih2 trip yang akan datang kena tidur sana.. dicadangkan jugak untuk semua orang yang ada anak kecik, sebabnya ialah budak2ni mesti nak tidur atau berehat . Macam Azalia boleh tidur kat dalam trenjer, lepaihtu  jenuh mendukungnya(tengokler dia leh tidor~ gambo ambik jugak) tapi takper janji hepi kan ayah!!
CHO ZILA (019-210 4240) :lol_up:  :weee:
Wakil Takaful IKHLAS